Cas EV Di Kondo Baru RM0.63/kWh! Aplikasi Proton e.MAS Mudahkan Hidup Warga Kota
Bagi penduduk bandar yang tinggal di kediaman bertingkat, antara igauan ngeri sebelum membeli kenderaan elektrik (EV) adalah: "Kat mana nak cas kereta?"
Memahami dilema ini, PRO-NET (anak syarikat milik penuh PROTON Holdings Berhad) tampil dengan langkah gergasi! Mereka kini meluaskan ekosistem pengecasan EV khusus untuk yang tinggal di kondominium dan kediaman bertingkat tinggi terpilih di seluruh negara.
Apa yang menarik, pemilik Proton e.MAS bakal menikmati kadar pengecasan eksklusif serendah RM0.63/kWh sahaja! Promosi super-jimat ini sah sehingga 31 Disember 2026.
Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, apabila lebih ramai rakyat Malaysia beralih kepada mobiliti lestari, adalah penting untuk penyelesaian pengecasan kenderaan elektrik memenuhi keperluan pelbagai jenis kediaman, termasuk kondominium dan kediaman bertingkat tinggi.
Dengan kadar pengecasan bermula daripada RM0.63/kWh serta peluasan akses di seluruh negara, kami menjadikan pemilikan EV lebih mudah diakses, praktikal dan kos efektif untuk kegunaan harian,” katanya.

Memperluas Akses Pengecasan untuk Kediaman Bertingkat
Rangkaian pengecasan Proton e.MAS kini merangkumi lebih 1,500 titik pengecasan di lebih 500 kondominium dan kediaman bertingkat yang terlibat di seluruh negara, menjadikannya antara ekosistem pengecasan EV paling meluas untuk kehidupan bandar di Malaysia.
Liputan terus diperluaskan di seluruh kawasan utama termasuk Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor, serta lokasi tambahan di Sabah, Sarawak dan bandar-bandar utama lain.
Harga Pengecasan Berpatutan Kini Lebih Mudah Diakses melalui Satu Aplikasi
Sebagai sebahagian daripada strategi ekosistemnya yang lebih luas, Proton e.MAS terus mengintegrasikan perkhidmatan pengecasan dan pemilikan dalam satu pengalaman yang bersatu.
Melalui aplikasi Proton e.MAS, pemilik e.MAS yang menetap di kondominium dan pangsapuri bertingkat terpilih dapat menikmati pengalaman pengecasan yang lebih mudah dan akses yang lebih baik, sekali gus membantu mengurangkan kos operasi berbanding kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE). Dengan beralih daripada petrol kepada EV, pemilik boleh menjimatkan lebih 30% kos tenaga bulanan berbanding kenderaan berkuasa petrol.

Untuk mengakses pengecasan kondominium melalui aplikasi Proton e.MAS, pelanggan hanya perlu:
- Buka aplikasi Proton e.MAS dan akses fungsi Peta Pengecasan.
- Pilih stesen pengecasan di kawasan kediaman anda serta pilih penyambung yang betul berdasarkan label fizikal yang dipaparkan pada pengecas.
- Lengkapkan proses pra-pengecasan untuk memulakan sesi pengecasan.
- Mulakan pengecasan dan uruskan sesi dengan mudah melalui aplikasi.

Pemilik Proton e.MAS dan pengguna yang berminat boleh meneroka lokasi pengecasan yang tersedia dikawasan kediaman mereka serta mendaftarkan minat bagi pembangunan infrastruktur pengecasan masa hadapan melalui platform Proton e.MAS:https://emas.proton.com/charging/
Untuk maklumat lanjut mengenai Proton e.MAS serta peluasan akses pengecasan, sila layari laman web Proton e.MAS dan saluran media sosial rasmi berikut: Facebook (Proton e.MAS Cars), Xiaohongshu (Proton e.MAS Cars), TikTok (@protonemasofficial) dan Instagram (@protonemasofficial).
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM6421
SELANGOR
BST2457
JOHOR
JD1649J
PULAU PINANG
PSF1146
PERAK
APK9676
PAHANG
CFH5430
KEDAH
KGH7291
NEGERI SEMBILAN
NEL5750
KOTA KINABALU
SJT7035
KUCHING
QAB4551P
Terakhir Kemas Kini 27 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada
2 Syarat Sebelum Jual EV Murah Di Malaysia — Elak Rakyat Terbeban!
10-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat