Kia, Stellantis Jalin Kerjasama Bagi Pemasangan Tempatan
.jpg)
Kia Malaysia secara rasmi mengumumkan langkah strategik terbesar mereka untuk tahun ini dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Stellantis Malaysia.
erjasama ini bakal menyaksikan fasiliti Stellantis di Gurun, Kedah bertindak sebagai pemasang kontrak (contract assembler) bagi kenderaan pasangan tempatan (CKD) jenama Kia.
Langkah agresif ini bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi permintaan pasaran domestik, malah bersedia menjadikan Malaysia sebagai hab eksport utama Kia untuk rantau ASEAN.
Strategi 'Return, Rebuild & Reposition' Kia
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kia Malaysia serta Kia Sales Malaysia, Hyung Ho Kim berkata, kolaborasi ini merupakan satu pencapaian penting dalam strategi Kia untuk ‘Return, Rebuild, and Reposition’ kedudukan Kia di Malaysia.
Bekerjasama dengan Stellantis Malaysia serta memanfaatkan ekosistem rantaian bekalan automotif Malaysia, Kia berada pada kedudukan yang kukuh untuk memperluas kehadiran tempatan kami di samping memperkukuh kualiti pembuatan dan persediaan untuk memperkenalkan model-model baharu pada masa hadapan," katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan ASEAN Stellantis, Isaac Yeo pula menyifatkan kerjasama itu merupakan satu pencapaian bermakna dalam memperkukuh ekosistem pembuatan automotif Malaysia dan menekankan kepentingan kerjasama antara rakan industri dalam memacu pertumbuhan jangka panjang serta pembangunan ekonomi.
.jpg)
Kilang Gurun Sedia 'Sumbat' Sportage, Carnival & Model Masa Depan
Fasiliti pembuatan Stellantis yang terletak di Kawasan Perindustrian Gurun ini bukan calang-calang. Berkeluasan 140 ekar dan beroperasi sejak 2021, loji ini dilengkapi dengan:
Infrastruktur pengeluaran komprehensif patuh piawaian ISO 9001 (QMS).
Kemudahan cat, badan kenderaan, dan litar ujian (on-site test track).
Zon khas untuk vendor serta disokong oleh lebih 400 tenaga kerja mahir.
Menariknya, fasiliti ini direka fleksibel untuk mengendalikan pelbagai jenis rangkaian kuasa (powertrain). Ini bermakna, ia mampu menampung pengeluaran model semasa Kia seperti Kia Sportage dan Kia Carnival, sehinggalah ke model-model generasi baharu (termasuk potensi model EV/Hibrid) yang akan datang.
Bila Pengeluaran Bermula?
Sesi pusingan roda pengeluaran (SOP) dijadualkan bermula pada Suku Ketiga (Q3) tahun 2026. Apa yang lebih penting, operasi pemasangan bagi pasaran eksport serantau akan digerakkan serentak dengan pengeluaran untuk pasaran Malaysia.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRP8259
SELANGOR
BST6476
JOHOR
JE1646J
PULAU PINANG
PSF4980
PERAK
APL4351
PAHANG
CFH7161
KEDAH
KGJ710
NEGERI SEMBILAN
NEL8129
KOTA KINABALU
SJU942
KUCHING
QAB5501P
Terakhir Kemas Kini 14 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Projek Hidrogen Stellantis Ditamatkan Secara Mengejut
Gergasi automotif global, Stellantis, mengejutkan ramai apabila mengumumkan penamatan program pembangunan teknologi sel bahan api hidrogennya.
18-07-2025
Maserati Bakal 'Terpadam' Daripada Portfolio Stellantis?
Gergasi automotif global, Stellantis, dilaporkan sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk melepaskan jenama mewah Maserati.
24-06-2025
Antonio Filosa Dilantik CEO Baharu Stellantis, Ganti Carlos Tavares
Stellantis mengumumkan pelantikan Antonio Filosa sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu.
29-05-2025
Jenama Eurorepar Tawar Servis, Alat Ganti OEM Pada Harga Mampu Milik, Bakal Tembusi Pasaran Malaysia
Stellantis mendedahkan rancangan untuk memperkenalkan jenama selepas jualan pelbagai jenama miliknya, Eurorepar akan menembusi pasaran tempatan dalam tempoh terdekat ini.
16-05-2025
Leapmotor B10 Baru Dilancar, Sudah Terima Lebih 15,000 Tempahan
Leapmotor B10 ditawarkan pada harga bermula dari RM67,000.
12-03-2025
Stellantis Rombak Struktur Pengurusan, Pencarian CEO Masih Diteruskan
Syarikat automotif global, Stellantis mengumumkan rombakan besar dalam struktur pengurusannya minggu ini sebagai sebahagian daripada usaha syarikat untuk menyederhanakan organisasi.
05-02-2025
Stellantis Akan Ambil Alih Syarikat Pengeluar Sistem Transmisi Kereta, Punch Powertrain
Syarikat automotif global, Stellantis, mengumumkan pengambilalihan penuh Punch Powertrain.
30-01-2025
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis
Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.
24-01-2025
Berita Terkini
Saman Trafik Warga Emas: JSPT Dedah Punca Utama.
4 Kesalahan Trafik Utama Warga Emas: Pandu Laju Tertinggi
14-09-2026
Jualan Kereta Ogos 2026: Bezza Juara, e.MAS 5 Masuk Top 5
Senarai kereta terlaris Malaysia.
14-09-2026
Cerun Runtuh Punca Sesak Dekat Terowong Menora
Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dilaporkan sesak akibat cerun runtuh.
11-09-2026
Pengeluaran Perodua Axia E Bakal Dihentikan Nov Ini?
Perodua Axia E Tiada Lagi Selepas November Ini.
11-09-2026
Lebuh Raya BSE Kurangkan Kesesakan Di Greater KL
Lebuhraya BSE RM1.75 Bilion Hubung Bandar Malaysia dan Seri Kembangan.
11-09-2026
Kenapa BYD Tak Jadi Bina Kilang CKD Di Tanjung Malim?
BYD tak jadi bina kilang CKD di Tanjung Malim tetapi jalin kerjasama dengan rakan kongsi tempatan.
11-09-2026
Op Tegar JPJ: 945 Syarikat Diberi 14 Hari Bayar Saman
Sita Kenderaan: JPJ Beri 14 Hari Selesaikan 40,595 Saman.
11-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat