ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh

Suhana Veru

Kongsi melalui

0327_309231.jpg

smart Malaysia secara rasminya mempertaruhkan model flagship terbaharu mereka, smart #5 — sebuah SUV elektrik premium yang direka khusus untuk mereka yang dahagakan fleksibiliti tanpa kompromi.

Bagi membuktikannya, smart #5 tampil di KLIMS 2026 dengan persalinan penuh aksesori kembara. Bukan sekadar hiasan kosmetik, aksesori tulen ini dibina untuk lasak:

0028_309081.jpg

  • Pembawa Bumbung (Roof Carrier):
  • Ruang ekstra untuk papan luncur, khemah, atau beg penjelajahan anda.
  • Beg Sisi (Side Bag): Storan sisi ikonik untuk akses pantas barangan harian.
  • Tangga Sisi (Side Ladder): Memudahkan akses ke bumbung sekaligus memberikan imej 'abang lori' yang premium dan ranggi.

Balik Kampung" Tanpa Anxiety: Jarak Gerak Sehingga 590km

Risau pasal range bateri? Padamkan ketakutan itu. smart #5 dibina untuk kembara rentas negeri tanpa drama dengan dua pilihan varian kuasa:

Varian smart #5Jarak Gerak (WLTP)Harga Atas Jalan
Premium590 kmRM 209,800.00
BRABUS540 kmRM 259,800.00

Sama ada anda memilih varian Premium yang memfokuskan jarak optimum, atau BRABUS yang menawarkan kuasa pecutan mengujakan, pemanduan jarak jauh di Malaysia kini menjadi sebuah pengalaman yang sangat lancar dan mengasyikkan.

Konsert Bergerak Sennheiser & Mod 'Camping'

Apabila anda tiba di destinasi alam semula jadi, smart #5 bertukar menjadi ruang santai peribadi. Melalui Mod Perkhemahan (Camping Mode) yang terbina dalam, kabin luas SUV ini dilaraskan menjadi ruang rehat yang praktikal dan selesa untuk bermalam.

Tawaran Istimewa & Pakej Aksesori di KLIMS 2026

Bagi peminat tegar aktiviti luar, smart Malaysia menawarkan Outdoor Pack (seperti yang dipamerkan di KLIMS) pada harga berpatutan yang jauh lebih menjimatkan.

Jika anda mahukan gaya yang lebih ringkas, Adventure Pack turut tersedia dengan sistem rel bumbung (roof rail) yang lebih dinamik. Secara keseluruhan, terdapat 9 aksesori tulen (termasuk lapik lantai TPE tahan lasak dan jaring bagasi) yang boleh dipilih untuk disesuaikan dengan personaliti anda.

Jom Serbu KLIMS 2026!

Jangan lepaskan peluang untuk melihat, menyentuh, dan merasai sendiri aura smart #5 yang dilengkapi aksesori penuh ini. Layari my.smart.com atau kunjungi reruai smart di KLIMS 2026 untuk mendapatkan pakej promosi dan pemilikan eksklusif yang hanya tersedia sepanjang tempoh pameran!


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRB9649

SELANGOR

BSQ7064

JOHOR

JYY3876

PULAU PINANG

PSC8974

PERAK

APJ1294

PAHANG

CFG7430

KEDAH

KGG4534

NEGERI SEMBILAN

NEK6185

KOTA KINABALU

SJS3508

KUCHING

QAB9672N

Terakhir Kemas Kini 15 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

14-11-2025
EV

19-09-2025
EV

29-08-2024
EV

14-06-2024
Berita Auto

24-12-2025
Kereta Baru

14-11-2025
Kereta Baru

10-11-2025
Kereta Baru

28-08-2025

Berita Terkini

EV

Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499

Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!

15-06-2026
EV

KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh

EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.

15-06-2026
EV

Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia

Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.

10-06-2026
EV

Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.

10-06-2026
EV

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
EV

Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!

04-06-2026
EV

Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi

Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.

04-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.