Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Belum pun sampai setahun beroperasi, kilang pemasangan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) PROTON di Automotive High-Tech Valley (AHTV) bakal berwajah baharu.
Dipacu oleh penangan 'demam' siri Proton e.MAS yang mencatatkan permintaan luar biasa, PROTON secara rasmi mengumumkan pelan pelaburan tambahan sebanyak RM37 juta untuk menggandakan kapasiti pengeluaran kilang tersebut.
Langkah agresif ini diambil bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan yang melonjak naik, selain menyokong sasaran pasaran eksport.
20,000 Kepada 42,000 Unit Setahun
Fasiliti canggih yang pada asalnya dibangunkan dengan pelaburan RM82 juta ini bakal menyaksikan kapasiti tahunannya meningkat daripada 20,000 unit kepada 42,000 unit.
Bukan sekadar kilang biasa, hab pengeluaran di Tanjong Malim ini dilengkapi dengan:
Teknologi Robotik Moden & IoT: Sistem pengurusan berasaskan awan (cloud) yang membolehkan pelbagai model EV dipasang secara fleksibel dalam satu barisan pengeluaran sahaja.
Hab Strategik Geely Group: Mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pangkalan utama pembuatan NEV bagi rantau ASEAN di bawah payung Geely.
Peluang Kerjaya Baharu: Menambah kekuatan 391 tenaga kerja sedia ada, sekali gus membuka peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan memperkasa rantaian bekalan vendor tempatan.
Proton e.MAS 5 Juara EV Malaysia, Jualan Meroket 329%!
Keputusan PROTON untuk mempercepatkan pelan pengembangan ini bukanlah satu perjudian, melainkan respon terhadap angka jualan yang sangat mengagumkan.
Angka Di Luar Jangkaan (Januari – April 2026)
.jpg)
Proton e.MAS 5: Mencatatkan 8,472 unit penghantaran dalam masa 4 bulan pertama sahaja, sekali gus memegang takhta sebagai model EV paling laris di Malaysia.
Jumlah Jualan Keseluruhan (e.MAS 5, e.MAS 7 & e.MAS 7 PHEV): Mencecah 11,617 unit — lonjakan luar biasa sebanyak 329% berbanding tempoh yang sama tahun lalu!
Bagi memendekkan tempoh menunggu pelanggan, PROTON turut mengesahkan bahawa Proton e.MAS 5 bakal dipasang secara tempatan (CKD) di Tanjong Malim, menyertai 'abang besarnya', Proton e.MAS 7.
"Permintaan Melebihi Unjuran Awal" – Komitmen PROTON
Mengulas mengenai perkembangan drastik ini, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dato’ Ir. Abdul Rashid Musa menyifatkan perkembanga ini mencerminkan keyakinan pengguna terhadap produk syarikat serta komitmen jangka panjang PROTON dalam menyokong perkembangan industri EV negara.
“Keperluan untuk meningkatkan kapasiti kilang NEV PROTON berlaku lebih awal daripada jangkaan berikutan penerimaan pasaran yang amat memberangsangkan terhadap model Proton e.MAS kami. Permintaan pelanggan melebihi unjuran awal dan perkara ini mempercepatkan perancangan kami untuk memperluaskan kapasiti pengeluaran tempatan,” katanya.
Isyarat Jelas Penguasaan ASEAN
Langkah berani PROTON ini memberi isyarat jelas kepada pesaing serantau: PROTON kini bukan lagi sekadar pengeluar kereta konvensional, tetapi sedang memacu transisi industri automotif Malaysia ke arah era elektrifikasi, pembuatan pintar, dan teknologi mobiliti masa depan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRP8259
SELANGOR
BST6476
JOHOR
JE1646J
PULAU PINANG
PSF4980
PERAK
APL4351
PAHANG
CFH7161
KEDAH
KGJ710
NEGERI SEMBILAN
NEL8129
KOTA KINABALU
SJU942
KUCHING
QAB5501P
Terakhir Kemas Kini 14 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Geely EX5 Terlebih Dahulu Masuk Pasaran UK Bulan Depan, Apa Pula Nasib Proton e.MAS 7?
Geely EX5 EV SUV iaitu kembar kepada Proton e.MAS 7 akan dilancarkan secara rasmi di pasaran UK pada bulan depan.
17-09-2025
Proton Mahu Eksport 6,000 Kereta Tahun Ini, Sebab Proton e.MAS 7 Laku Keras, Nombor 3 Dalam Jualan Eksport
Proton menyasarkan eksport 6,000 unit kenderaan pada tahun ini.
29-07-2025
Kembar Proton e.MAS 7 Versi Long Range Didedahkan – Galaxy E5 Kini Capai 610 KM
Geely nampaknya telah menghasilkan varian baharu untuk SUV elektrik, Galaxy E5, iaitu versi Long Range.
26-05-2025
Auto Shanghai 2025: Kembar Proton eMas 7 Versi PHEV Ini Capai 1,420 KM
Di Auto Shanghai 2025 yang kini sedang berlangsung, kami berpeluang melihat dengan lebih dekat kembar Proton eMas 7 dalam versi PHEV, Geely Galaxy Starship 7 EM-i.
25-04-2025
Geely Galaxy Starship 7 PHEV Diperkenalkan Di China – Cecah 1,420 KM!
Galaxy Starship 7 ini merupakan versi separa enjin pembakaran kepada SUV EV Galaxy E5 yang turut menjadi model asas kepada Proton eMas 7.
09-11-2024
Jualan Kereta Ogos 2026: Bezza Juara, e.MAS 5 Masuk Top 5
Senarai kereta terlaris Malaysia.
14-09-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura
Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.
09-07-2026
Berita Terkini
Saman Trafik Warga Emas: JSPT Dedah Punca Utama.
4 Kesalahan Trafik Utama Warga Emas: Pandu Laju Tertinggi
14-09-2026
Jualan Kereta Ogos 2026: Bezza Juara, e.MAS 5 Masuk Top 5
Senarai kereta terlaris Malaysia.
14-09-2026
Cerun Runtuh Punca Sesak Dekat Terowong Menora
Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dilaporkan sesak akibat cerun runtuh.
11-09-2026
Pengeluaran Perodua Axia E Bakal Dihentikan Nov Ini?
Perodua Axia E Tiada Lagi Selepas November Ini.
11-09-2026
Lebuh Raya BSE Kurangkan Kesesakan Di Greater KL
Lebuhraya BSE RM1.75 Bilion Hubung Bandar Malaysia dan Seri Kembangan.
11-09-2026
Kenapa BYD Tak Jadi Bina Kilang CKD Di Tanjung Malim?
BYD tak jadi bina kilang CKD di Tanjung Malim tetapi jalin kerjasama dengan rakan kongsi tempatan.
11-09-2026
Op Tegar JPJ: 945 Syarikat Diberi 14 Hari Bayar Saman
Sita Kenderaan: JPJ Beri 14 Hari Selesaikan 40,595 Saman.
11-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
