Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990

Volvo Car Malaysia melancarkan Volvo Wallbox baharu bagi memudahkan urusan pemilik kereta Volvo di negara ini.
Ketua Penawaran Komersial APeC di Volvo Cars, Sun Qian berkata, pihaknya mahu menyokong pelanggan dari setiap aspek, bermula dari hari pertama mereka memiliki Volvo.
"Volvo Wallbox baharu ini dihubung terus dengan aplikasi Volvo Cars. Ia memberi kuasa kepada pemandu untuk mengawal bukan sahaja kenderaan, tetapi keseluruhan sistem pengecasan di rumah dengan cara yang paling mudah, hanya melalui skrin telefon pintar," katanya.

Kenapa Volvo Wallbox Ini Wajib Ada Di Rumah Anda?
- Pantas & Kalis Cuaca Malaysia: Dengan kelajuan mengecas sehingga 11 kW (melalui pemasangan 3-fasa), kereta anda sentiasa sedia memulakan perjalanan setiap pagi. Malah, dengan penarafan IP55, ia direka tahan lasak dan kalis cuaca—tak perlu risau hujan lebat mahupun cuaca panas terik.
- Kawalan Pintar di Hujung Jari: Diperkasakan dengan sambungan awan (cloud) sama ada melalui Wi-Fi, Ethernet, atau kad SIM. Gunakan aplikasi Volvo Cars App untuk pantau status bateri, mula/henti pengecasan, atau jadualkan waktu mengecas sewaktu tarif elektrik lebih murah!
- Adil Untuk Seisi Keluarga: Berkongsi parkir atau ada lebih daripada seorang pemandu di rumah? Tiada masalah. Ia dilengkapi dengan dua kad RFID untuk kawalan akses yang selamat dan teratur bersama ahli keluarga.
- Bersedia Untuk Masa Depan: Sebagai pelaburan jangka panjang, Wallbox ini sedia dihubungkan dengan meter tenaga luaran. Maknanya, anda boleh memanfaatkan lebihan tenaga solar dari bumbung rumah untuk mengecas kereta secara percuma dan mesra alam!
Harga & Pakej Pemasangan
Volvo Wallbox kini boleh didapati di semua pengedar sah Volvo di seluruh negara pada harga RM3,990, lengkap dengan jaminan perkakasan komprehensif selama 36 bulan.
Bagi memastikan pemasangan rumah anda dibuat mengikut standard keselamatan tertinggi, Volvo bekerjasama dengan pakar bertauliah, EV Connection Sdn Bhd, untuk menawarkan pakej pemasangan profesional yang telus bermula dari RM1,600.
Untuk keterangan lanjut, layari www.volvocars.com/my atau ikuti perkembangan terkini di Facebook (bit.ly/VolvoMY-FB) dan Instagram (bit.ly/VolvoMY-IG).
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB3763
SELANGOR
BSV4191
JOHOR
JJ3491J
PULAU PINANG
PSH7019
PERAK
APN3541
PAHANG
CFJ5132
KEDAH
KGK461
NEGERI SEMBILAN
NEM7330
KOTA KINABALU
SJV4012
KUCHING
QAB1448Q
Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Cukai Jalan EV 85% Lebih Murah Berbanding Kereta Petrol
Cukai Jalan EV 85% Lebih Rendah Berbanding ICE.
26-11-2026
We Never Anti EV - Menteri MITI
Datuk Johari menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah anti-EV.
26-11-2026
Perlindungan Bil Elektrik 800 kWj Berakhir 31 Dis Ini, Apa Pemilik EV Patut Tahu
Mengecas EV di rumah? Bersedia untuk perubahan perlindungan bil elektrik 800 kWj dan pelarasan AFA pada 2027 agar bil TNB bulanan anda kekal terkawal.
20-11-2026
BYD Flash Charging Tiba di Malaysia: Hanya Cas 9 Minit
BYD Flash Charging kini di Malaysia dengan kuasa 1,500 kW! Cas DENZA D9 & Z9GT 10%-97% dalam 9 minit di bilik pameran Balakong, Glenmarie & Old Klang Road.
19-11-2026
Letih Muat Turun App Berbeza, Kan Senang Kalau Guna Debit Sahaja
Kena Muat Turun Banyak App Semata-Mata Nak Cas Kereta.
19-11-2026
Berapa Jumlah Pengecas EV Awam Di Malaysia?
Baru ada 7,341 pengecas EV seluruh Malaysia — sempat ke nak capai 30,000 menjelang 2030?
17-11-2026
BYD Flash Charging Bakal Dilancar
Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.
13-11-2026
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan
Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.
12-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge