ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Gaya Hidup

Zeekr Malaysia Anjur Acara 'Zeekr Dynamic', Himpun Hampir 500 Pemilik Zeekr

Suhana Veru

Kongsi melalui

Zeekr-Dynamic_1.jpg

Zeekr Intelligent Technology Malaysia (Zeekr Malaysia) buat julung kalinya menganjurkan acara Zeekr Dynamic di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), baru-baru ini.

Acara sehari suntuk ini telah menghimpunkan hampir 500 pemilik Zeekr bersama keluarga dari  Malaysia termasuk Singapura, dan Vietnam, sekali gus mencerminkan semangat yang kian melonjak terhadap mobiliti elektrik premium di peringkat serantau.

Zeekr-Dynamic_2.jpg

Berpaksikan model Zeekr 7X dan Zeekr X, pengalaman ini memberi peluang kepada para peserta untuk menerokai keupayaan kenderaan tersebut dalam persekitaran litar yang terkawal melalui sesi pemanduan berstruktur. Sesi ini direka khas untuk memamerkan prestasi, sistem keselamatan, dan  pemanduan yang menjangkaui keadaan pemanduan harian biasa.

Pengurus Besar Zeekr Intelligent Technology Malaysia, Eddy Lu berkata, sebagai salah satu pasaran paling penting bagi Zeekr di Asia Tenggara, adalah amat bersesuaian untuk Malaysia menjadi tuan rumah bagi edisi pertama Zeekr Dynamic untuk keluarga Zeekr  yang semakin berkembang di rantau ini.

"Acara ini dicipta secara eksklusif bagi memberi peluang kepada pelanggan kami merasai sendiri pengalaman memandu kenderaan kami dalam suasana litar yang sebenar, di mana mereka dapat menghargai sepenuhnya prestasi, ketepatan, dan kawalan yang mentakrifkan pengalaman pemanduan Zeekr," katanya.

Pengalaman Litar 

Acara ini melibatkan pemanduan di:

  • Pengelakan Halangan (Obstacle Avoidance) – Menunjukkan keberkesanan sistem kestabilan elektronik (ESP/ESC) dalam mengekalkan kawalan kenderaan semasa melakukan gerakan mengejut.

  • Laluan Slalom (Slalom Course) – Menyerlahkan ketepatan stereng, kelincahan, dan keseimbangan casis melalui navigasi kon yang dinamik.

  • Brek Kecemasan (Emergency Braking) – Mempamerkan prestasi dan kestabilan brek di bawah nyahpecutan berintensiti tinggi, termasuk tindak balas ABS.

  • Gerakan Tukar Lorong (Lane Change Manoeuvre) – Menunjukkan peralihan arah yang terkawal dengan sokongan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), termasuk Bantuan Kekal Lorong (Lane Keeping Assist) dan Amaran Keluar Lorong (Lane Departure Warning).

  • Konvoi Litar (Track Convoy) – Menyediakan persekitaran berkelajuan tinggi namun terkawal untuk membina keyakinan dalam peralihan pecutan dan membrek.

Latihan-latihan ini memberikan pemahaman yang jelas kepada para peserta tentang bagaimana teknologi Zeekr menyokong keselamatan, kawalan, dan prestasi pemanduan dinamik dalam keadaan dunia sebenar.

Festival Pemilik ZEEKR 

Zeekr-Dynamic_3.jpg

Selain aksi di litar, acara ini juga direka sebagai pengalaman gaya hidup mesra keluarga, bagi memastikan penglibatan aktif untuk pemandu dan juga tetamu yang menemani mereka.

Antara aktiviti menarik termasuk:

  • Pasport Cabaran Litar Zeekr (Zeekr Track Challenge Passport), di mana peserta perlu menyelesaikan aktiviti untuk mengumpul setem dan menebus ganjaran.

  • Zon cabaran interaktif, termasuk permainan berasaskan masa tindak balas dan permainan bertemakan pemanduan jitu.

  • Pengalaman simulator perlumbaan, membolehkan tetamu memandu secara maya di Litar Sepang.

  • Zon khas untuk keluarga dan kanak-kanak, di samping trak makanan (food truck) dan kawasan hospitaliti yang mewujudkan suasana santai seperti sebuah festival.

Acara Zeekr Dynamic di SIC ini menyerlahkan komuniti pemilik Zeekr yang kukuh dan kian berkembang, selainil memperkukuh fokus jenama tersebut dalam membina hubungan yang bermakna melangkaui fasa pembelian.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Zeekr 7X dan Zeekr X yang baharu di laman web Zeekr Malaysia di Instagram (@zeekrmy), Facebook (Zeekr Malaysia), TikTok (@zeekrmalaysia).

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4007

SELANGOR

BSU4697

JOHOR

JF9076J

PULAU PINANG

PSG5072

PERAK

APM3298

PAHANG

CFJ1494

KEDAH

KGJ4939

NEGERI SEMBILAN

NEM3174

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Ini Dia Pelukis Bendera Gergasi Di Litar Sepang

Ini Dia Pelukis Bendera Gergasi Di Litar Sepang

Inilah Pelukis Bendera Gergasi F1 Sepang Yang Ramai Tak Tahu.

06-10-2026
Berita Auto
Malaysia Berpeluang Anjur Semula F1 di SIC

Malaysia Berpeluang Anjur Semula F1 di SIC

Adakah Formula 1 Bakal Pulang ke Sepang?

05-10-2026
Berita Auto
Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"

Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"

Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.

02-10-2026
Berita Auto
Nasi Lemak RM35 Di Sepang: Harga Makanan F1 Cetus Bualan Hangat

Nasi Lemak RM35 Di Sepang: Harga Makanan F1 Cetus Bualan Hangat

F1 Sepang: Isu Harga Makanan RM35 Jadi Tumpuan Pengunjung.

02-10-2026
Berita Auto
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma

F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma

Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.

24-09-2026
Berita Auto
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026

Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026

Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.

24-09-2026
Berita Auto
GP BAHRAIN:  Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia

GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia

Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.

21-09-2026
Berita Auto
GP Bahrain: Tiket Madani RM200 Habis Dijual

Berita Terkini

Gaya Hidup
Adidas Samba OG x Mercedes-Benz Dilancar, Kasut Edisi Terhad!

Adidas Samba OG x Mercedes-Benz Dilancar, Kasut Edisi Terhad!

Mercedes-Benz Terapkan Kemewahan S-Class Pada adidas Samba OG.

06-10-2026
Gaya Hidup
ECRL Bakal Siap: Ini 7 Kemudahan Menanti Penumpang
Gaya Hidup
Antara Hobi Dan Nyawa: Bila Hobi Sihat Menjadi Tragedi Berdarah
Gaya Hidup
Hidung Kembang, Gril Kontroversi: Kenapa BMW Sengaja Ambil Risiko Penampilan Ekstrem

Hidung Kembang, Gril Kontroversi: Kenapa BMW Sengaja Ambil Risiko Penampilan Ekstrem

Suka Atau Tidak: Sejarah Reka Bentuk BMW Sentiasa Goncang Dunia Automotif.

07-08-2026
Gaya Hidup
Mitos Atau Fakta: Kena Saman Jika Pandu Berkaki Ayam, Berselipar?

Mitos Atau Fakta: Kena Saman Jika Pandu Berkaki Ayam, Berselipar?

Betul Ke Tak Boleh Pandu Berkaki Ayam Di Malaysia? Ini Penjelasannya.

08-07-2026
Gaya Hidup
KAJIAN: Memandu Kereta Manual Rupanya Boleh Selamatkan Otak Anda

KAJIAN: Memandu Kereta Manual Rupanya Boleh Selamatkan Otak Anda

Jangan Lupus Kereta Manual Lagi! Pakar Jepun Dedah 'Rahsia' Luar Biasa Ini.

02-07-2026
Gaya Hidup
Dari Jalan Raya Ke Koleksi Peribadi: Proton Saga & e.MAS 5 Kini Ada Versi Miniatur 1/64!

Dari Jalan Raya Ke Koleksi Peribadi: Proton Saga & e.MAS 5 Kini Ada Versi Miniatur 1/64!

PROTON kini meneruskan usaha mendekati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat usia melalui kolaborasi terbaharu bersama Sunway Tiny Toys dengan memperkenalkan model miniatur berskala 1/64 bagi Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5.

25-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.