ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mandalika Lagi Cantik, Kenapa Litar Sepang Jadi Pilihan F1

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Keputusan penganjur Formula 1 (F1) memilih Litar Antarabangsa Petronas Sepang (SIC) bagi menganjurkan perlumbaan pengganti Gulf Air Bahrain Grand Prix pada Oktober ini nyata mencetuskan 'panas' di media sosial. 

Segelintir netizen jiran sebelah mula mempersoalkan:

“Litar Mandalika kan lagi moden, ada pemandangan pantai dan bukit yang estetik… kenapa Sepang juga yang F1 pilih?”Nanti dulu! Dalam dunia F1, keindahan pemandangan tidak mampu mengatasi kecekapan logistik.

Penganjuran sukan bermotor paling mahal di dunia ini bukan sekadar soal 'pemandangan untuk Instagram', tetapi melibatkan operasibernilai jutaan dolar. 

Berikut 6 faktor utama kenapa F1 'jatuh hati' semula kepada Sepang:

image.png

1.  Logistik:  Sepang-KLIA Cuma 10 Minit!

Perlumbaan F1 membawa kira-kira 1,500 hingga 2,000 tan peralatan setiap minggu. Daripada kereta lumba, tayar, hinggalah ke kelengkapan stesen penyiaran canggih.

Sepang: Hanya 5 ke 10 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) — hab kargo kargo udara gergasi. Peralatan boleh dipindahkan terus ke paddock dalam sekelip mata! 

Mandalika: Kargo perlu diuruskan melalui Lapangan Terbang Lombok yang mempunyai kapasiti kargo terhad, sekali gus menambah risiko kelewatan dan kos.2. 

2. Perjalanan:

Perlumbaan di Malaysia terletak tepat di antara Grand Prix Azerbaijan dan Singapura. Lokasi Sepang di hab Asia Tenggara memudahkan laluan transit peranti teknikal F1 tanpa perlu penerbangan jarak jauh yang merumitkan.  

3.  Sepang Ada 'DNA' F1 Selama 19 Musim

Sepang bukannya 'budak baru nak belajar'. Berpengalaman menganjurkan F1 dari tahun 1999 hingga 2017, litar ini dibina khusus dengan spesifikasi FIA Grade 1 tertinggi:

Garaj dan pit lane bertaraf dunia.Pusat media antarabangsa sedia ada.I nfrastruktur penyiaran dan kawasan paddock yang luas.

4.  Bilik Hotel & Akses Pengangkutan

image.png

Satu minggu F1 membawa puluhan ribu krew, pelumba, media, dan peminat antarabangsa. Sepang dikelilingi ribuan bilik hotel berstatus tinggi di KLIA, Putrajaya, Cyberjaya, dan Kuala Lumpur dengan rangkaian lebuh raya serta pengangkutan awam yang serba lengkap.

5.  Rekod Penganjuran Yang Terbukti

image.png

Sepang tidak pernah 'berehat' daripada sukan permotoran kelas dunia. Dari MotoGP, GT World Challenge, hinggalah perlumbaan endurance, krew Sepang sudah biasa mengendalikan tekanan penganjuran tahap tinggi. Tiada tempoh trial and error diperlukan!  

6.  Mandalika Hebat, Tapi Fokusnya Berbeza!

image.png

Litar Mandalika memang diakui antara litar terindah di dunia dengan latar belakang pantai yang memukau.

Namun, sejak awal pembangunannya, Mandalika lebih difokuskan untuk acara MotoGP dan pemerkasaan sektor pelancongan. Walaupun memegang status FIA Grade 1, Mandalika belum pernah diuji dengan skala operasi F1 sebenar yang jauh lebih kompleks dan mencabar.

Kesimpulan: Bukan Soal Reka Bentuk, Tapi Kecekapan Operasi!

ini bukannya persaingan 'siapa lagi hebat'. F1 ialah perniagaan dan sukan teknikal berskala global.  Mandalika mungkin menang dari segi panorama, tetapi Sepang adalah raja dari sudut kecekapan logistik, infrastruktur bertaraf dunia, dan pengalaman operasi. Sebab itulah untuk slot sepantas ini, Sepang kekal sebagai pilihan paling praktikal dan selamat buat F1!  


Sumber Stadium Astro.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRP8406

SELANGOR

BST6492

JOHOR

JE1674J

PULAU PINANG

PSF5019

PERAK

APL4364

PAHANG

CFH7180

KEDAH

KGJ732

NEGERI SEMBILAN

NEL8145

KOTA KINABALU

SJU957

KUCHING

QAB5503P

Terakhir Kemas Kini 15 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

Bumbung Proton X50 Tiba-Tiba Retak, Dikatakan Masalah Wear & Tear?

Sunroof Proton X50 Pecah Sendiri? Pemilik Terkilan Ditolak Waranti.

14-09-2026
Berita Auto

Saman Trafik Warga Emas: JSPT Dedah Punca Utama.

4 Kesalahan Trafik Utama Warga Emas: Pandu Laju Tertinggi

14-09-2026
Berita Auto
Berita Auto

Cerun Runtuh Punca Sesak Dekat Terowong Menora

Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dilaporkan sesak akibat cerun runtuh.

11-09-2026
Berita Auto

Kereta Mewah Terbakar

Nahas Porsche Terbakar: Pemandu Sempat Selamatkan Diri.

11-09-2026
Berita Auto

Pengeluaran Perodua Axia E Bakal Dihentikan Nov Ini?

Perodua Axia E Tiada Lagi Selepas November Ini.

11-09-2026
Berita Auto

Lebuh Raya BSE Kurangkan Kesesakan Di Greater KL

Lebuhraya BSE RM1.75 Bilion Hubung Bandar Malaysia dan Seri Kembangan.

11-09-2026
Berita Auto

Kenapa BYD Tak Jadi Bina Kilang CKD Di Tanjung Malim?

BYD tak jadi bina kilang CKD di Tanjung Malim tetapi jalin kerjasama dengan rakan kongsi tempatan.

11-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.