Smart #2 Mula Diuji: Kereta Bandar Elektrik 2-Tempat Duduk Generasi Baharu

Smart #2 serba elektrik kini telah memasuki fasa pengesahan fizikal global menjelang kemunculan sulung model produksinya di Pameran Motor Paris pada Oktober nanti, lapor berita automotif China, CarsnewsChina.
Menurut pengumuman Smart, prototaip #2 sedang menjalani pengesahan merentasi pelbagai persekitaran, termasuk litar ujian, terowong angin, bilik akustik, rig empat tiang dengan kawalan suhu (temperature-controlled four-post rigs), dan jalan raya awam.
Program ini merangkumi ujian pertukaran lorong kecemasan, keadaan jalan basah, pengoptimuman bunyi, getaran dan kekasaran (NVH), impak pembahagi jalan (kerb), serta penilaian ketahanan lubang jalan yang dalam. Smart tidak mendedahkan keputusan ujian berangka atau data pengesahan bebas daripada program berkenaan.
Pembangunan awal sebelum ini turut melibatkan ujian dinamik musim sejuk di Timur Laut China. Smart belum mendedahkan senarai penuh lokasi pengesahan global atau nama kemudahan khusus yang terlibat.
Smart #2 menggunakan Seni Bina Kompak Elektrik (ECA) dengan susun atur dua tempat duduk, pacuan roda belakang, dan sel keselamatan tridion generasi seterusnya. Menurut Smart, kerja-kerja pengesahan semasa termasuk memperhalusi titik tegar casis (chassis hard points), nisbah stereng, pergerakan rak (rack travel), kawalan pergerakan suspensi, ketegaran casis, dan titik tekanan struktur.
Apa yang kita tahu setakat ini?

Konsep Smart #2 sebelum ini telah diperkenalkan dengan bateri 35.7 kWh, sasaran jarak gerak WLTP sekitar 300 km, masa pengecasan pantas DC 10–80% dalam masa lebih kurang 20 minit,
Bagaimanapun, angka-angka ini hanya terpakai untuk kenderaan konsep tersebut dan masih belum disahkan untuk model produksi.
Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Smart, Tong Xiangbei, menyifatkan #2 sebagai model yang akan dikeluarkan untuk produksi dan merujuk kepada sasaran jarak gerak CLTC sejauh 400 km.
Angka tersebut merupakan sasaran pihak pengurusan dan bukannya spesifikasi produksi yang disahkan.
Ujian terdahulu mula dilaporkan pada Disember 2025 menggunakan kenderaan ujian yang diubah suai berasaskan Smart fortwo sebelum pembangunannya meningkat ke fasa pra-produksi semasa.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRP8406
SELANGOR
BST6492
JOHOR
JE1674J
PULAU PINANG
PSF5019
PERAK
APL4364
PAHANG
CFH7180
KEDAH
KGJ732
NEGERI SEMBILAN
NEL8145
KOTA KINABALU
SJU957
KUCHING
QAB5503P
Terakhir Kemas Kini 15 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi
Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.
03-09-2026
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat