SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan nampaknya mahu menggegarkan pasaran SUV global apabila Nissan Motor India Private Ltd (NMIPL) secara rasminya melancarkan model SUV terbaharu mereka, Nissan Tekton, dalam satu acara Tayangan Perdana Dunia (World Premiere) di Mumbai, baru-baru ini.
Apa yang paling menarik perhatian sudah tentu tanda harganya. SUV segmen-B yang tampil dengan rekaan moden ini ditawarkan pada harga yang sangat mampu milik, bermula dari RM44,800 sehingga RM79,400 sahaja.
Sebagai tanda penghargaan kepada 400,000 pelanggannya di India, Nissan turut menawarkan kadar istimewa (harga pengenalan) khusus untuk 10,000 tempahan terawal.

Dua Pilihan Enjin Turbo: Manual & Transmisi DCT!
Di bawah bonet, Nissan Tekton tidak berkompromi dari segi prestasi. Ia ditawarkan dengan dua pilihan nadi enjin petrol turbo yang cukup bertenaga:
- Enjin 1.0L Turbo (3-Silinder): Menghasilkan kuasa 100 PS dan tork 166 Nm. Kuasa disalurkan ke roda hadapan menerusi transmisi manual 6-kelajuan. Sesuai untuk mereka yang mahukan pemanduan harian yang jimat dan santai.
- Enjin 1.3L Turbo (4-Silinder): Bagi yang mahukan prestasi lebih agresif, nadi ini mampu menghamburkan 163 PS dan tork puncak 280 Nm! Ia dipadankan sama ada dengan transmisi manual 6-kelajuan atau transmisi klac berkembar (DCT) 6-kelajuan yang menjanjikan penukaran gear lebih pantas.
Kabin Premium Saraf Teknologi: Google Built-In & ADAS
Walaupun harganya mesra poket, ruang dalaman Nissan Tekton dilengkapi dengan ciri yang biasanya hanya ada pada SUV premium. Antara kelengkapan menarik yang ditawarkan termasuklah:
- Bumbung Panoramik untuk penggayaan lebih mewah.
- Tempat duduk hadapan dengan fungsi pengudaraan (ventilated seats) – sangat berguna untuk cuaca panas!
- Sistem penyaman udara dua zon dan ruang but yang sangat praktikal seluas 700 liter.
- Paparan kokpit digital sepenuhnya serta sokongan perkhidmatan ketersambungan pintar.
Paling menarik, sistem infotainmennya hadir dengan fungsi Google built-in. Ini bermakna pemandu boleh mengakses terus aplikasi Google Maps, Google Assistant, dan Google Play secara terbina tanpa perlu sentiasa bergantung pada sambungan telefon pintar.
Aspek keselamatan juga dipertingkatkan dengan kehadiran Sistem Bantuan Pemandu Standard (ADAS) yang lengkap bagi memastikan pemanduan yang lebih selamat.
Bakal Dieksport Ke 50 Negara – Malaysia Seterusnya?
Dipasang di kilang pembuatan Chennai, India, Tekton merupakan produk ketiga keluaran Nissan India selepas kejayaan model Magnite dan Gravite.
Selain untuk pasaran domestik India, Nissan telah mengesahkan bahawa SUV kompak ini bakal dieksport ke 50 pasaran seluruh dunia, termasuklah rantau Afrika, Asia Barat, dan Arab Saudi.
Melihat kepada spesifikasi mantap dan harga yang sangat kompetitif ini, adakah Nissan Tekton ini sesuai untuk dibawa masuk oleh Edaran Tan Chong Motor (ETCM) bagi mencabar dominasi SUV segmen-B di Malaysia? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen!
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ1030
SELANGOR
BST6848
JOHOR
JE2469J
PULAU PINANG
PSF5412
PERAK
APL4621
PAHANG
CFH7304
KEDAH
KGJ1094
NEGERI SEMBILAN
NEL8362
KOTA KINABALU
SJU1209
KUCHING
QAB5610P
Terakhir Kemas Kini 16 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi
Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.
03-09-2026
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat