Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Penyelesaian "Flat Rack" Leapmotor
"Flat Rack" LeapmotorKenderaan elektrik (EV) dari China kini bagaikan cendawan tumbuh di pasaran antarabangsa, namun percaya atau tidak, kebanyakan pengeluar kereta tersebut berdepan dengan masalah logistik dalam penghantaran kenderaan ke luar negara terutamanya pengangkut kenderaan jenis Rolll-on/Roll-off (Ro-Ro), lapor laman berita automotif China, CarNewsChina.
Dengan permintaan yang tinggi terhadap kapal pengangkut kereta tradisional, pengeluar dari China sedang menerajui kaedah perkapalan alternatif bagi memastikan kenderaan mereka sampai ke pasaran antarabangsa.
Penyelesaian "Flat Rack" Leapmotor
Berdepan dengan kapasiti Ro-Ro yang terhad, Leapmotor yang disokong oleh Stellantis telah menggunakan penyelesaian pengangkutan "Flat Rack" oleh COSCO Shipping Specialised Carriers.
Daripada bergantung pada kapal pengangkut kereta khusus, Leapmotor mengikat kenderaan mereka pada rak logam, yang kemudiannya dimuatkan ke atas kapal kargo konvensional.
Kaedah ini terbukti berjaya, di mana syarikat itu telah membawa lebih 1,800 kenderaan ke Brazil menggunakan pendekatan ini.

Ro-Ro: Kontena dan Rangka Khusus
Walaupun kapal Ro-Ro secara tradisinya mengendalikan sebahagian besar perdagangan maritim kenderaan siap kerana kecekapan mereka mengendalikan kargo beroda yang boleh dipandu sendiri, krisis kapasiti semasa telah mempercepatkan penerimaan logistik alternatif.
Penghantaran Kontena: Penghantaran kontena telah muncul sebagai alternatif yang fleksibel, kos efektif, dan mesra alam. Piawaian industri baharu telah ditetapkan untuk mengawal selia keselamatan pengangkutan kenderaan dalam kontena, dengan kontena 40 kaki biasanya mampu memuatkan 2 hingga 4 kenderaan.
Kenderaan yang akan dimuatkan ke dalam kontena.
Kapal serbaguna: COSCO Shipping Specialised Carriers telah mengubah armada kapal serbaguna 62,000-dwt mereka menjadi kapal "transformer" di laut.
Navigasi Kandungan:- Dengan menggunakan rangka khas "Flat Rack boleh lipat", kapal ini boleh membawa lebih 1,000 kereta setiap pelayaran. Rangka 48 kaki itu boleh dipandu masuk, diikat, dan kemudian diangkat ke dalam ruang kargo, di mana ia boleh disusun sehingga 8 tingkat. Selain itu, syarikat itu telah membangunkan V-Rack, iaitu rangka boleh lipat ultra-lebar untuk mengangkut kenderaan komersial.
Di sebalik kaedah pengangkutan yang tidak konvensional ini, kapal Ro-Ro digunakan secara meluas.

Maka, tidak hairanlah kenapa BYD, pengeluar kenderaan tenaga baharu terkemuka dunia, telah menempah beberapa kapal pengangkut kereta mereka sendiri, yang telah pun mula beroperasi.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS9360
SELANGOR
BSU2574
JOHOR
JF3349J
PULAU PINANG
PSG1785
PERAK
APL9507
PAHANG
CFH9376
KEDAH
KGJ3648
NEGERI SEMBILAN
NEM2016
KOTA KINABALU
SJU4390
KUCHING
QAB7165P
Terakhir Kemas Kini 05 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge