EV Terbakar Di Alam Damai: Adakah Cas EV Di Rumah Berbahaya?

Insiden sebuah kenderaan elektrik (EV) yang terbakar ketika sedang dicas di Alam Damai, Cheras pagi tadi telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan bakal pembeli yang bimbang kejadian sama berlaku kepada mereka.
Perkara itu mula disuarakan di group EV.
"Yakinkan saya please, EV selamat dicas di rumah," soal seorang ahli group EV.
Sebaliknya, rata-rata pengguna media sosial lain meninggalkan komen:
"Masalah bukan dekat EV..masalah dekat pendawaian elektrik di rumah," kata seorang pengguna Facebook.
Seorang lagi turut menulis: Gunakan Khidmat professional installer. Jangan kedekut sebab kejadian ni boleh berlaku jika guna khidmat installer yang tak berpengalaman.
"Charger wajib install orang yang bertauliah. Cable jangan pakai yang celup," jelasnya.
Seorang lagi pula memberi tips:
"Yang nak beli EV:
1. Check beza NMC vs LFP
2. Sarankan upgrade 3 phase dan guna 3 phase charger
3. Pastikan installer wallbox bertauliah dan menggunakan saiz cable dan breaker yg betul.

Pendek kata, jangan risau, mengecas EV di rumah kerana mengecas kereta di rumah sebenarnya selamat sekiranya prosedur dan perkakasan yang betul digunakan.
Kebanyakan kes kabel melepuh atau terbakar berpunca daripada penggunaan peralatan yang tidak melepasi piawaian atau bebanan elektrik melampau (overloading) pada litar rumah.

Tips Mengelakkan Kabel Pengecas EV Terbakar
Elakkan Penggunaan Extension Plug Biasa Soket sambungan (extension wire) biasa di rumah tidak direka untuk mengalirkan arus elektrik tinggi secara berterusan selama berjam-jam. Sentiasa colokkan pengecas mudah alih (portable charger) terus ke soket dinding.
Gunakan Wallbox Khusus (Pengecas AC) Lakukan pemasangan pengecas dinding (Wallbox) oleh jurutera atau pendawai elektrik bertauliah. Wallbox dilengkapi sistem perlindungan khas untuk mengawal aliran arus elektrik secara stabil dan selamat.
Pastikan Pendawaian Rumah Mampu Menampung Beban Sebelum mula mengecas, dapatkan pemeriksaan sistem pendawaian rumah daripada jurutera bertauliah. Pastikan suis pemutus litar (MCB/RCD) dan ketebalan wayar mematuhi spesifikasi bebanan pengecas EV.
Gunakan Kabel Pengecas Bertauliah & Original Gunakan kabel pengecas asal daripada pengeluar kenderaan (OEM) atau jenama pihak ketiga yang mempunyai sijil keselamatan diiktiraf (seperti SIRIM atau CE). Elakkan membeli kabel tiruan murah yang tiada jaminan keselamatan.
Periksa Keadaan Kabel dan Soket Secara Berkala Sebelum mengecas, pastikan fizikal kabel, kepala palam, dan soket berada dalam keadaan baik. Jangan gunakan kabel yang kembang, retak, atau mempunyai kesan terbakar/kekuningan.
Pastikan Pengudaraan Baik Semasa Mengecas Gulung habis kabel semasa mengecas dan elakkan meletakkan kabel yang terikat atau bertindih. Kabel yang terikat akan merangkap haba dan mempercepatkan proses peningkatan suhu yang membahayakan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL6243
SELANGOR
BSS9275
JOHOR
JC6309J
PULAU PINANG
PSE8147
PERAK
APK7529
PAHANG
CFH4837
KEDAH
KGH6154
NEGERI SEMBILAN
NEL4846
KOTA KINABALU
SJT5934
KUCHING
QAB4206P
Terakhir Kemas Kini 20 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tular Peserta Konvoi Motor Kena Saman, Masih Ada Hati Nak Konvoi Ke Thailand?
Ini tips bagi yang nak ride ke Thailand.
18-08-2026
EV Terbakar Di Alam Damai: Adakah Cas EV Di Rumah Berbahaya?
EV Terbakar? Ini Tips Cas EV Di Rumah Dengan Selamat.
17-08-2026
Analisis: Kenapa Kereta Sekarang Lebih Manja, Tidak Sejantan Macam Kereta Dulu
Makin moden, makin manja, kenapa kereta sekarang tak sejantan macam kereta dulu?
05-08-2026
"Kenapa Penumpang Kerap Pening & Loya Dalam Kereta EV?
Sakit Kepala Lepas Naik Kereta EV? Netizen Kaitkan Dengan ‘Regen Braking?
05-08-2026
Penunggang Motosikal Dalam Bahaya: Ramai Terlibat Kemalangan Maut
Nahas motosikal semakin menakutkan.
23-07-2026
Tiba-Tiba Banjir di KL: 5 Kesilapan Ini Boleh 'Bunuh' Enjin Kereta Anda Dalam 15 Minit
Lembah Klang Hujan Lebat? Ini 5 Tips Penting Pemandu KL Elak Kereta Tenggelam Banjir
21-07-2026
Jadikan Kes Ini Pengajaran: Kenapa Aplikasi MyJPJ Tak Boleh Guna Di Luar Negara?
Masih ramai tidak tahu, aplikasi MyJPJ tidak laku di luar negara.
13-07-2026
Kereta Makin Canggih, Tapi Mana Pergi Adab? Ini Tips Hidupkan Semula Trend Ucap Terima Kasih Di Jalan Raya
Kereta Makin Canggih Tapi Kedekut Bagi ‘Signal’? Ini Cara Ucap Terima Kasih Di Jalan Raya Yang Pemandu Moden Dah Lupa.
10-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat