Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia

Pasaran kenderaan elektrik (EV) Malaysia kini bergegar! Jenama kebanggaan negara, Proton e.MAS, secara rasmi melakar sejarah baharu apabila muncul sebagai jenama automotif terpantas di Malaysia yang merekodkan sebanyak 31,504 pendaftaran xEV setakat 31 Julai 2026.
Apa yang lebih mengejutkan, rekod luar biasa ini dicapai hanya dalam tempoh 20 bulan selepas pelancaran model sulung mereka, Proton e.MAS 7, pada Disember 2024!

Kejayaan ini membuktikan satu hakikat jelas: Proton e.MAS adalah EV paling laku dan paling dicari di Malaysia kerana menawarkan pakej pemilikan yang praktikal, teknologi moden, dan yang paling penting: harga yang sangat mampu milik untuk rakyat tempatan.
"Goda" 30,000 Pemilik: Bukti EV Bukan Lagi Mimpi
Di sebalik angka jualan yang mencanak naik, sebanyak 30,293 pendaftaran domestik telah direkodkan. Ini bermakna lebih 30,000 rakyat Malaysia sudah mula beralih arah dan menjadikan mobiliti elektrik sebagai sebahagian daripada gaya hidup harian mereka.
Lonjakan luar biasa ini turut disokong oleh prestasi jualan separuh pertama tahun 2026 yang cukup mendebarkan. Proton e.MAS berjaya melepasi 20,000 pendaftaran dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini sahajasekali gus memotong jauh jumlah jualan keseluruhan bagi tahun 2025!
Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, pencapaian lebih 30,000 pendaftaran Proton e.MAS dalam tempoh hanya 20 bulan.
"Ini membuktikan bahawa xEV semakin menjadi pilihan dan sebahagian daripada gaya hidup harian pengguna ketika memilih kenderaan baharu. Setiap pemilik Proton e.MAS bukan sahaja memilih sebuah kenderaan elektrik, tetapi turut memainkan peranan dalam membina ekosistem yang menyokong pertumbuhan EV pada masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan.
KILANG TAMBAH KAPASITI

Dominasi Proton e.MAS dalam carta carian automotif negara diperkukuhkan lagi oleh tiga model utama yang menjadi kegilaan pembeli tempatan:
Proton e.MAS 5: Model paling laku keras dan terus menerajui pasaran sebagai EV No. 1 Malaysia dengan rekod 13,279 unit pendaftaran.
Proton e.MAS 7: Dinobat sebagai SUV EV segmen-C terlaris negara dengan catatan 12,068 unit pendaftaran.
Proton e.MAS 7 PHEV: Model plug-in hybrid paling laris di Malaysia dengan 4,946 unit pendaftaran.
Gabungan ketiga-tiga model ini membuktikan bahawa Proton e.MAS bijak merangkuh pelbagai lapisan pasaran dengan menawarkan pilihan berkualiti tinggi pada tanda harga yang tidak masuk akal murahnya!
Ekosistem Mantap: 4,700 Titik Pengecasan & Harga Serendah RM0.63/kWh
Satu lagi faktor utama kenapa Proton e.MAS menjadi bualan hangat dan pilihan utama rakyat Malaysia adalah kemudahan ekosistemnya yang cukup menyeluruh. Masalahrange anxiety kini berkubur!
Rangkaian Luas: 58 pusat pengedar, 45 pusat servis, dan 10 pusat Body & Paint di seluruh negara.
Pengecasan Mudah: Peta Pengecasan Langsung Bersepadu Proton e.MAS kini menampilkan lebih 4,700 titik pengecasan yang merangkumi 90% kawasan di Malaysia.
Jimat Maksimum: Lebih 1,500 titik pengecasan disediakan di lebih 600 kondominium, membolehkan pemilik menikmati kadar pengecasan serendah RM0.63 setiap kWh melalui aplikasi Proton e.MAS.
Kilang Tambah Kapasiti: Pelaburan RM37 Juta Demi Rakyat
Tidak hanya fokus pada jualan domestik, fenomena Proton e.MAS kini mula menular ke pentas global. Sebanyak 1,211 unit telah berjaya dieksport ke pasaran luar, termasuk 130 unit model Proton e.MAS 5.
Bagi menampung permintaan rakyat Malaysia yang meroket, PROTON telah melaburkan tambahan RM37 juta untuk menaik taraf fasiliti pembuatan EV khusus pertama di Malaysia. Kapasiti pengeluaran tahunan kini ditingkatkan daripada 20,000 unit kepada 42,000 unit memastikan bekalan sentiasa mencukupi dan pembeli tidak perlu menunggu lama untuk memandu pulang EV idaman mereka.
Dengan harga mampu milik, rangkaian pengecasan terluas, dan sokongan buatan tempatan yang utuh, Proton e.MAS kekal takhta sebagai raja baharu jalan raya Malaysia!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL1547
SELANGOR
BSS7258
JOHOR
JC4217J
PULAU PINANG
PSE6842
PERAK
APK6538
PAHANG
CFH4510
KEDAH
KGH5386
NEGERI SEMBILAN
NEL4351
KOTA KINABALU
SJT5374
KUCHING
QAB4032P
Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara
Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.
06-08-2026
Redah Jem Makin Selesa: Proton e.MAS 7 PHEV Kini Buatan Tempatan dengan Kerusi Urut
Proton e.MAS 7 PHEV CKD mula dikeluarkan dari kilangnya yang terletak di Tanjung Malim.
01-08-2026
KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut
Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.
12-06-2026
KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Bakal Muncul Dengan Varian Baharu
Proton e.MAS Bakal Buat Kejutan, Pratonton Varian Baharu e.MAS 7 Di KLIMS 2026.
09-06-2026
PROTON Tapau Pasaran Automotif Sebab Saga, e.MAS 7 PHEV?
Dominasi ICE Dan EV: PROTON Catat Jualan 16,995 Unit Pada Mei 2026.
08-06-2026
Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?
Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?
04-06-2026
Proton e.MAS Raikan Pemandu Wanita Melalui Pemanduan EV
Siapa Kata EV Rumit? Proton e.MAS Buktikan e.MAS 7 Cukup Praktikal Buat Wanita Moden.
22-05-2026
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat
Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!
13-05-2026
Berita Terkini
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada
2 Syarat Sebelum Jual EV Murah Di Malaysia — Elak Rakyat Terbeban!
10-08-2026
Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501
Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.
06-08-2026
Isu Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV, Ini Pula Komen BMW
BMW Group Malaysia menggesa agar cadangan kerajaan memperkenalkan levi (EV) bagi membiayai rangkaian pengecasan awam dibincangkan secara mendalam bersama pemain industri.
06-08-2026
Kerajaan Pertimbang Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV Untuk Bina Pengecas Awam
Kerajaan sedang kaji untuk mengenakan satu caj ke atas jualan EV.
04-08-2026
Tesla Destination Charger Mula Dikenakan Bayaran RM0.88/kWh
Masih Murah Berbanding Pasaran: Berapa Kos Sebenar Cas Tesla Sekarang?
28-07-2026
Proton e.MAS Kukuh Takhta xEV No. 1, Jualan Tembus 20,000 Unit Dalam 7 Bulan
Proton e.MAS 5 'Tapau' Pasaran! Ini Sebab Kenapa 20,000 Rakyat Malaysia Beralih ke EV Proton.
28-07-2026
Kecoh Harga Tesla Naik, Adakah Ditekan MITI Atau Sebab Lain?
Harga Tesla Naik Senyap-Senyap! Bukan Salah MITI, Ini Punca Sebenar Kenaikan
24-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat