PRO-NET Sediakan Tenaga Kerja Mahir e.MAS
Ekosistem kenderaan elektrik (EV) tanah air melangkah ke satu lagi era baharu. Dalam usaha memastikan pemilik EV menikmati perkhidmatan selepas jualan yang selamat dan berprestasi tinggi, PRO-NET mengiktiraf kumpulan pertama seramai 37 orang Juruteknik e.MAS Bertauliah Tahap 2 (L2) menerusi kerjasama strategik bersama TVETMARA.
Pengiktirafan sulung ini menyaksikan 37 wira teknikal tempatan yang mewakili 25 pusat pengedar Proton e.MAS di seluruh negara berjaya melepasi ujian ketat dan latihan komprehensif bagi menguasai teknologi kenderaan masa depan.
Jaminan Kualiti Selepas Jualan untuk 30,000 Pemilik e.MAS
Dengan lebih 30,000 unit kenderaan Proton e.MAS membanjiri jalan raya Malaysia setakat Julai 2026, kepakaran teknikal menjadi nadi utama dalam memastikan kebolehpercayaan jenama ini.
Rangkaian PRO-NET kini berkembang pesat dengan sokongan 58 pengedar, 45 pusat servis, dan 10 pusat Body & Paint di seluruh negara. Namun, kehadiran juruteknik mahir adalah kunci sebenar dalam memberikan ketenangan fikiran (peace of mind) kepada setiap pemilik EV.
Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, menegaskan bahawa perralihan kepada mobiliti elektrik bukan sekadar memperkenalkan kenderaan berteknologi, tetapi turut melibatkan pembangunan keupayaan dan ekosistem yang diperlukan untuk menyokong pelanggan sepanjang tempoh pemilikan mereka.
"Melalui Program Pensijilan Juruteknik e.MAS, kami melabur dalam pembangunan tenaga kerja, meningkatkan piawaian perkhidmatan selepas jualan serta membentuk tenaga kerja yang bersedia untuk masa hadapan dan memainkan peranan penting dalam menyokong peralihan Malaysia ke arah mobiliti elektrik,” katanya.
Latihan Ketat Sistem Voltan Tinggi (HV)
Bukan mudah untuk meraih gelaran Juruteknik Tahap 2. Setiap peserta perlu menyempurnakan tujuh modul latihan khas, termasuk pengendalian kritikal sistem Voltan Tinggi (HV), sebelum menduduki penilaian teknikal dan amali yang ketat.
Bagi menjamin standard piawaian tertinggi, program latihan ini disahkan secara rasmi oleh TVETMARA Masjid Tanah.
Pelan Jangka Panjang: Daripada Kilang ke Pusat Servis
Kejayaan ini adalah langkah permulaan. PRO-NET merancang untuk menjadikan program pensijilan ini sebagai acara tahunan yang merangkumi kepakaran peringkat Tahap 2 (L2), Tahap 3 (L3), hingga Tahap 4 (L4).
Selain kemahiran perkhidmatan, PRO-NET turut memperkukuh keupayaan pengeluaran EV tempatan di Loji EV PROTON yang terletak di Automotive High Tech Valley (AHTV), Tanjong Malim yang kini menggaji 391 orang pekerja tempatan.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS1941
SELANGOR
BSU1362
JOHOR
JF184J
PULAU PINANG
PSF9442
PERAK
APL7973
PAHANG
CFH8701
KEDAH
KGJ2994
NEGERI SEMBILAN
NEM1378
KOTA KINABALU
SJU3475
KUCHING
QAB6563P
Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
PDRM Guna Proton e.MAS Untuk Tugas Operasi Harian
PDRM Terima 3 Unit Proton e.MAS Untuk Penilaian Operasi Rasmi.
17-09-2026
Proton e.MAS Kukuh Takhta xEV No. 1, Jualan Tembus 20,000 Unit Dalam 7 Bulan
Proton e.MAS 5 'Tapau' Pasaran! Ini Sebab Kenapa 20,000 Rakyat Malaysia Beralih ke EV Proton.
28-07-2026
Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi
Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.
04-06-2026
Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia
Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.
28-05-2026
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat
Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!
13-05-2026
3,500 Tempahan Dalam 45 Hari! Apa 'Saka' Proton e.MAS 7 PHEV Sampai Laku Keras Macam Pisang Goreng?
Luar Biasa! 3,500 Orang Dah 'Sambar' Proton e.MAS 7 PHEV, Adakah Ini SUV Paling Berbaloi 2026?
06-03-2026
Berita Terkini
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports
Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat