Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera

Kementerian Kerja Raya telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) menjalankan siasatan teknikal berhubung insiden beberapa penunggang motosikal terbabas di laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan arah Klang, semalam.
Faktor Teknikal dan Penilaian Permukaan Jalan
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, berdasarkan maklumat awal, bahagian permukaan berwarna di laluan motosikal tersebut sememangnya direka dan dilaksanakan sebagai kemasan anti-gelincir mengikut spesifikasi kerja yang ditetapkan.
"Namun begitu, ketika kejadian, hujan renyai-renyai dan keadaan permukaan jalan dilaporkan sedikit basah. Kita juga dimaklumkan bahawa beberapa penunggang motosikal telah terbabas di lokasi yang sama.
"Saya telah mengarahkan JKR menjalankan siasatan teknikal secara menyeluruh. Kita tidak mahu membuat sebarang kesimpulan awal mengenai punca kejadian," katanya di facebook.
Antara perkara yang sedang diteliti termasuk tahap rintangan gelincir permukaan ketika basah, keadaan turapan, kemungkinan terdapat pencemaran permukaan seperti minyak atau diesel, kualiti pelaksanaan kerja serta faktor-faktor lain yang mungkin menyumbang kepada kejadian tersebut.
Tindakan Sudah Diambil
JKR telah pun mengambil tindakan awal di lokasi kejadian.
Kerosakan turapan telah ditampal sementara dan papan tanda “KURANGKAN LAJU” telah dipasang sebagai langkah segera.
Ujian skid dalam keadaan kering dan basah turut dijalankan bagi mengesahkan prestasi sebenar permukaan tersebut.
Susulan itu,kerja penambahbaikan termasuk mill and pave serta pemasangan papan tanda halaju panduan 40 km/j akan dilaksanakan.
"Apa yang penting, kita akan mengambil pengajaran daripada kejadian ini. Sekiranya hasil siasatan mendapati terdapat kelemahan pada bahan, pelaksanaan kerja, reka bentuk atau aspek penyelenggaraan, kita akan ambil tindakan pembetulan yang sewajarnya," tambahnya.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX8342
SELANGOR
BSU9432
JOHOR
JH2084J
PULAU PINANG
PSH3240
PERAK
APM8236
PAHANG
CFJ3746
KEDAH
KGJ7613
NEGERI SEMBILAN
NEM5483
KOTA KINABALU
SJV1173
KUCHING
QAB9726P
Terakhir Kemas Kini 09 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Banjir Gua Musang: Beberapa Jalan, Jambatan Tenggelam Akibat Banjir
Jalan masuk ke FELDA Perasu ditutup kepada semua kenderaan selepas ditenggelami air pagi tadi.
26-11-2025
Lubang Benam Ambil Masa 2 Bulan Untuk Baiki, - JKR
Lencongan di laluan berkenaan tidak dapat dilakukan berikutan tanah di kawasan terbabit lembut.
18-12-2024
Lubang Benam Di KLIA, Mujur Tiada Yang Maut
Sebuah lubang benam dikesan di laluan masuk ke Kompleks Bunga Raya, Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada pagi tadi.
25-09-2024
Selepas Setahun Lebih, Jalan Dibuka Semula
Jalan Batang Kali-Genting Highlands dijangka ditutup selama setahun bagi membolehkan pelaksanaan kerja membaiki cerun
01-07-2024
Kereta Kena Hempap Pokok, Bolehkah Claim Insurans?
Keluarga mangsa maut dihempap pokok boleh saman.
07-08-2023
Ada Masalah Jalan Berlubang? Hubungi ASaPP
Sebanyak 2,138 jalan berlubang di jalan persekutuan Semenanjung Malaysia ditampal.
12-06-2023
Jalan Batang Kali Ditutup Tapi Ada Laluan Alternatif Lain
Gara-gara kejadian runtuh di jalan Batang Kali,- Genting, Selangor menyebabkan kerajaan terpaksa menutup laluan itu selama setahun bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan di lokasi terbabit.
20-12-2022
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge