ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

Suhana Veru

Kongsi melalui

Your-paragraph-text---2026-09-02T120457.651.png

OMODA & JAECOO Malaysia rasmi melancarkan SUV elektrik JAECOO J5 EV (CKD) pada harga RM118,800. Meskipun dijual lebih mahal berbanding jiran serantau akibat penggunaan bateri LFP berprestasi tinggi daripada CATL, model ini menawarkan jarak pemanduan 461 km serta dilengkapi dengan 19 sistem ADAS lengkap.

Jaecoo J5 EV Dilancarkan Pada Harga RM118,800: Ini Punca Kenapa Ia Lebih Mahal Berbanding Thailand

Timbul persoalan dalam kalangan media apabila tanda harga RM118,800 tersebut kelihatan lebih tinggi berbanding pasaran Thailand dan Indonesia yang dijual sekitar RM75,000.

Perbezaan harga ini berpunca J5 kita dapat bateri lebih besar 58.9 kWh, Thailand (50.6 kWh) tapi kecil sikit berbanding Indonesia (60.9 kWh), dan semuanya datang daripada pembekal berbeza.

Spesifikasi Trenkuasa Dan Kecekapan Bateri CATL

Unit bateri CATL pada J5 EV ini menyokong pengecasan pantas DC 130 kW, membolehkan tahap bateri ditingkatkan dari 30% ke 80% dalam masa 28 minit sahaja. Untuk pengecasan AC 11 kW pula, ia mengambil masa kira-kira 7 jam.

Nadi pemacunya menjana kuasa 155 kW dan tork 288 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dicapai dalam 7.7 saat. Jarak pemanduan standard yang ditawarkan pula mencatatkan angka sehingga 461 km (NEDC).

Reka Bentuk Gaya Hidup Dan Praktikaliti Kabin

image.pngimage.png

JAECOO J5 EV direka untuk kegunaan pelbagai bentuk muka bumi dengan jarak kelegaan tanah 174 mm dan keupayaan meredah air setinggi 450 mm. Ia turut dilengkapi Active Grille Shutter dan rim aerodinamik 18-inci.

Di bahagian dalam, SUV ini tampil luas dengan bumbung kaca panoramik 1.45 meter. Ruang simpanannya merangkumi but hadapan (frunk) 35 liter dan kargo belakang hingga 1,284 liter apabila kerusi dilipat.

image.png

Bagi pencinta aktiviti luar, J5 EV turut didatangkan dengan Pet Mode, Camping Mode, serta fungsi pengecasan luar Vehicle-to-Load (V2L) berkuasa 3.3 kW.

Sistem Keselamatan ADAS Tahap 2+ Dan Jaminan Pemasangan CKD

image.png

JAECOO J5 EV dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Chery Corporate Malaysia, Shah Alam. Ketegaran badannya disokong oleh nilai kilasan 35,900 Nm/deg bersama kamera 540° HD Surround View.

  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Lane Keeping Assist (LKA)
  • Lane Departure Prevention (LDP)
  • Blind Spot Detection (BSD)
  • Lane Change Assist (LCA)
  • Full-Speed Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Front Vehicle Departure Alert (DAI)
  • Integrated Cruise Assist (ICA)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Rear Cross-Traffic Alert (RCTA) 
  • Rear Cross-Traffic Braking (RCTB) 
  • Autonomous Emergency Braking (AEB) 
  • Traffic Jam Assist (TJA) 
  • Evasive Steering Assist (ESA)
  • Door Opening Warning (DOW)
  • Active Speed Limiter (ASL)
  • Rear Collision Warning (RCW)
  • Multi-Collision Braking (MCB)
  • Emergency Lane Keeping Assist (ELK)

Setiap pembelian dilindungi oleh waranti kenderaan selama 7 tahun / 150,000 km dan waranti bateri voltan tinggi selama 10 tahun / 200,000 km, disokong oleh 56 bilik pameran di seluruh negara.

Untuk 1,000 penghantaran pertama yang didaftarkan menjelang 31 Oktober 2026, pembeli bakal menerima pakej pelancaran eksklusif bernilai RM10,000, yang merangkumi:


  • Insurans Percuma 1 Tahun (bernilai RM3,000).

  • Sambungan Data Percuma 3 Tahun (bernilai RM1,000).

  • Pengecas Dinding JAECOO Home Wallbox 7 kW (bernilai RM3,300).

  • Penyambung Penyesuai V2L JAECOO (bernilai RM700).

  • Pakej Aksesori Gaya Hidup JAECOO J5 yang mengandungi subwoofer, set karaoke dalam kereta, dan lampu suluh berkuasa tinggi (bernilai RM2,000).

  • Kredit Pengecasan Tanpa Had 12 Bulan di rangkaian JomCharge menerusi lebih 1,353 stesen pengecasan awam di seluruh negara.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN6694

SELANGOR

BST4219

JOHOR

JD5319J

PULAU PINANG

PSF2926

PERAK

APL2162

PAHANG

CFH6117

KEDAH

KGH8429

NEGERI SEMBILAN

NEL6739

KOTA KINABALU

SJT8721

KUCHING

QAB5081P

Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026

Berita Terkini

EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026
EV

Berapa EV Terbakar Di Malaysia

Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.

19-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.