MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

MINI Malaysia memperkenalkan MINI Cooper S Oxford Edition baharu yang mana cuma ada enam unit untuk pasaran tempatan.
Bayangkan, 25 tahun selepas MINI moden pertama dihasilkan di Plant Oxford, MINI Cooper S Oxford Edition Baharu kini diperkenalkan di Malaysia bagi meraikan Oxford sebagai tempat bermulanya era MINI moden.
Model istimewa ini ditawarkan pada harga bermula RM289,888 bagi meraikan warisan Plant Oxford.
Reka Bentuk Luaran & Dalaman Berinspirasikan British
Pada bahagian luaran, jentera ini menyerlah menerusi grafik Union Jack yang unik pada bumbung dan bonet.
Menambahkan lagi keunikan, ia hadir dengan penutup hab Oxford Edition bersama penutup injap yang sepadan, serta kemasan pada bahagian belakang dengan perincian Union Jack. Ia adalah identiti visual yang begitu sinonim dengan Oxford.
Masuk ke ruang kabin, pemandu disajikan dengan logo khas pada stereng, kemasan ambang pintu, serta karpet lantai berunsurkan Union Jack.


Setiap elemen dalaman direka rapi bagi memastikan pengalaman premium dirasai sejak pintu dibuka.
Pilihan Warna Eksklusif & Koleksi Gaya Hidup
Model istimewa ini hadir dengan pilihan warna menarik seperti Chili Red, Indigo Sunset Blue, dan Blazing Blue.
Setiap warna masing-masing terhad kepada hanya dua unit sahaja di pasaran Malaysia. Selain itu, peminat turut disajikan dengan MINI Lifestyle Oxford Capsule bermula Oktober 2026.
Koleksi barangan eksklusif ini merangkumi beg, kemeja-T, topi, serta payung ikonik bertema British.
Harga Jualan & Pelan Pembiayaan Rasmi
Bagi peminat yang berminat memilikinya, harga atas jalan tanpa insurans bermula pada RM289,888 manakala harga bersama pakej MINI Repair & Service Inclusive ditetapkan pada RM300,288.
Pelanggan juga boleh menikmati pelan pembiayaan Easy Drive bermula daripada RM2,773 sebulan.
Pilihan pelan Straight-Line pula ditawarkan dengan ansuran bulanan bermula daripada RM3,219 tertakluk kepada terma pinjaman.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRP4940
SELANGOR
BST5760
JOHOR
JD9231J
PULAU PINANG
PSF4414
PERAK
APL3750
PAHANG
CFH6836
KEDAH
KGH9789
NEGERI SEMBILAN
NEL7664
KOTA KINABALU
SJT9792
KUCHING
QAB5392P
Terakhir Kemas Kini 11 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
MINI Cooper S 2024 Kini Rasmi Di Malaysia – Capai 201 HP, Dari RM280K
Model tiga pintu MINI kali ini ditawarkan dalam versi petrol Cooper S. Ini spesifikasinya...
21-05-2024
Luaran EV MINI Cooper S Generasi Akan Datang Didedahkan
Beberapa foto bahagian luaran MINI versi elektrik terbaharu itu telah didedahkan untuk tatapan umum.
13-04-2023
Berita Terkini
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja
JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.
22-08-2026
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

