ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

MINI Malaysia memperkenalkan  MINI Cooper S Oxford Edition baharu yang mana cuma ada enam unit untuk pasaran tempatan.

Bayangkan, 25 tahun selepas MINI moden pertama dihasilkan di Plant Oxford, MINI Cooper S Oxford Edition Baharu kini diperkenalkan di Malaysia bagi meraikan Oxford sebagai tempat bermulanya era MINI moden.

Model istimewa ini  ditawarkan pada harga bermula RM289,888 bagi meraikan warisan Plant Oxford.

Reka Bentuk Luaran & Dalaman Berinspirasikan British


image.png

Pada bahagian luaran, jentera ini menyerlah menerusi grafik Union Jack yang unik pada bumbung dan bonet.

Menambahkan lagi keunikan, ia hadir dengan penutup hab Oxford Edition bersama penutup injap yang sepadan, serta kemasan pada bahagian belakang dengan perincian Union Jack. Ia adalah  identiti visual yang begitu sinonim dengan Oxford.

Masuk ke ruang kabin, pemandu disajikan dengan logo khas pada stereng, kemasan ambang pintu, serta karpet lantai berunsurkan Union Jack.

image.pngimage.png

Setiap elemen dalaman direka rapi bagi memastikan pengalaman premium dirasai sejak pintu dibuka.

Pilihan Warna Eksklusif & Koleksi Gaya Hidup

Model istimewa ini hadir dengan pilihan warna menarik seperti Chili Red, Indigo Sunset Blue, dan Blazing Blue.

Setiap warna masing-masing terhad kepada hanya dua unit sahaja di pasaran Malaysia. Selain itu, peminat turut disajikan dengan MINI Lifestyle Oxford Capsule bermula Oktober 2026.

Koleksi barangan eksklusif ini merangkumi beg, kemeja-T, topi, serta payung ikonik bertema British.

Harga Jualan & Pelan Pembiayaan Rasmi

image.png

Bagi peminat yang berminat memilikinya, harga atas jalan tanpa insurans bermula pada RM289,888 manakala harga bersama pakej MINI Repair & Service Inclusive ditetapkan pada RM300,288.

Pelanggan juga boleh menikmati pelan pembiayaan Easy Drive bermula daripada RM2,773 sebulan.

Pilihan pelan Straight-Line pula ditawarkan dengan ansuran bulanan bermula daripada RM3,219 tertakluk kepada terma pinjaman.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRV7488

SELANGOR

BSU6224

JOHOR

JG4181J

PULAU PINANG

PSG8120

PERAK

APM5012

PAHANG

CFJ2431

KEDAH

KGJ6019

NEGERI SEMBILAN

NEM4029

KOTA KINABALU

SJU7235

KUCHING

QAB8364P

Terakhir Kemas Kini 27 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

MINI Cooper S 2024 Kini Rasmi Di Malaysia – Capai 201 HP, Dari RM280K

Model tiga pintu MINI kali ini ditawarkan dalam versi petrol Cooper S. Ini spesifikasinya...

21-05-2024
Global

Luaran EV MINI Cooper S Generasi Akan Datang Didedahkan

Beberapa foto bahagian luaran MINI versi elektrik terbaharu itu telah didedahkan untuk tatapan umum.

13-04-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.