Mampukah SUV Baru PROTON Cabar Ativa?

SUV kompak terbaharu daripada Proton kini semakin sukar untuk disembunyikan. Satu konvoi ujian prototaip AMA02 yang dipenuhi dengan pelekat penyamaran dilihat berada di sebuah pengedar Proton di Kuantan, sekali gus ada yang berpendapat model terbaharu Proton ini bakal menjadi pesaing hebat Perodua Ativa.
Apa yang menarik: Proton sebelum ini menyasarkan pelancaran AMA02 pada tahun 2026. Jadikah adakah kehadiran model ini bermakna kemunculan sulungnya semakin hampir?
SUV Proton Yang Hampir Tiada Lagi Penyamaran?
Penampakan terbaharu itu dilaporkan melibatkan enam unit prototaip di pengedar Proton Hoi Keen 4S di Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Berbeza dengan kenderaan ujian terdahulu yang ditutupi penyamaran tebal, unit-unit ini memperlihatkan lebih banyak bahagian badan, perkadaran (proportions), dan rekaan gaya kenderaan tersebut.
SUV ini kelihatan mempunyai gayaan yang tegap, arka roda yang menonjol, serta sentuhan rekaan yang mengingatkan kita kepada model sedia ada siri-X Proton. Bagaimanapun, bahagian dalamannya tidak didedahkan kerana ditutupi dengan cermin gelap.
Mampukah Proton Akhirnya Mencabar Perodua Ativa?
Ini mungkin alasan terbesar mengapa pembeli di Malaysia perlu memberi perhatian. Proton sudah pun menawarkan X50, X70, dan X90, tetapi AMA02 boleh memberi pembuat kereta nasional ini sebuah SUV yang lebih kecil di bawah kedudukan X50. Jika itu berlaku, Perodua Ativa bakal menjadi pesaing utamanya secara langsung.
Bagi pembeli yang mahukan praktikaliti sebuah SUV tanpa perlu berbelanja melebihi bajet, pilihan tambahan dalam segmen ini sudah tentu amat dialu-alukan.
Saga Cross Atau X30? Namanya Masih Misteri
Meskipun AMA02 merupakan kod nama bagi projek ini, dua nama pengeluaran yang berpotensi telah bertiup kencang dalam laporan media.
Saga Cross membayangkan hubungannya dengan sedan tahap pengenalan Proton, manakala X30 pula amat sesuai diletakkan di bawah X50 dalam keluarga SUV jenama tersebut. Namun, tiada satu pun yang telah disahkan secara rasmi.
Bagaimana Pula Dengan Versi Hibrid?
Terdapat satu lagi sebab mengapa AMA02 menarik perhatian: teknologi hibrid. Proton telah mempamerkan sistem kenderaan elektrik hibrid (HEV) terbaharunya di KLIMS 2026 dan sekali lagi di GATE 2026.
Teknologi ini menggabungkan enjin khas hibrid dengan transmisi khas hibrid, yang direka untuk meningkatkan kecekapan bahan api dalam pemanduan harian. Walau bagaimanapun, walaupun pelbagai laporan mengaitkan AMA02 dengan sistem ini, Proton masih belum mengesahkan rangkaian kuasa (powertrain) muktamad untuk SUV tersebut.
Adakah Pelancaran Proton AMA02 Semakin Hampir?
Menurut laporan terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton sebelum ini menyatakan sasaran pelancaran AMA02 adalah pada tahun 2026. Secara berasingan, pendedahan berkaitan pembekal yang dilaporkan oleh Paultan menunjukkan pengeluaran dijangka pada suku keempat 2026.

Baru-baru ini, BitAuto melaporkan bahawa pengeluaran percubaan dikatakan telah bermula, dengan pengeluaran secara kitaran penuh (mass production) dijangka pada akhir Oktober 2026. Walaupun ia merupakan dakwaan yang lebih spesifik, perkara ini masih belum disahkan melalui pengumuman pengeluaran rasmi daripada Proton.
Apabila digabungkan dengan kelibat terbaharu di Kuantan, garisan masa ini membayangkan bahawa projek tersebut mungkin semakin menghampiri satu fasa penting.
Namun Proton masih belum mengesahkan bahawa pengeluaran secara besar-besaran telah bermula atau tarikh pelancaran sudah sangat dekat.
AMA02 sememangnya kelihatan semakin hampir untuk mendedahkan bentuk muktamadnya. Sama ada ia bakal menjadi pencabar sebenar kepada Ativa, semuanya bergantung kepada harga, kelengkapan spesifikasi, dan pilihan rangkaian kuasanya.
Bagi pembeli di Malaysia, tiga jawapan itulah yang paling berbaloi untuk dinantikan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT9860
SELANGOR
BSU4223
JOHOR
JF7250J
PULAU PINANG
PSG4393
PERAK
APM2575
PAHANG
CFJ1233
KEDAH
KGJ4724
NEGERI SEMBILAN
NEM2853
KOTA KINABALU
SJU5612
KUCHING
QAB7546P
Terakhir Kemas Kini 15 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Jualan Kereta Sept: Perodua Tetap King, Jetour Buat Kejutan
Perodua menerajui carta jualan September 2026.
15-10-2026
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i
Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.
22-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Pengeluaran Perodua Axia E Bakal Dihentikan Nov Ini?
Perodua Axia E Tiada Lagi Selepas November Ini.
11-09-2026
Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501
Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.
06-08-2026
Kereta Bajet: Axia VS Saga, Mana Satu Pilihan Anda?
Pilihan Kereta RM40k di Malaysia: Perodua Axia atau Proton Saga?
03-08-2026
Berita Terkini
Dari Rekaan Kotak, Jetour Kini Tembusi Pasaran Global
SUV Berkotak JETOUR: Gaya Off-Road Kini di Pasaran Global.
15-10-2026
Jetour Dari Reka Bentuk Kotak Ke Pasaran Global
Capai Jualan 2.56 Juta, Jetour Sudah Sedia Terajui Pasaran.
15-10-2026
Jualan Kereta Sept: Perodua Tetap King, Jetour Buat Kejutan
Perodua menerajui carta jualan September 2026.
15-10-2026
Perodua Ativa AV Pink Edition: Ada 10 Unit Sahaja
Perodua Ativa Kini Hadir Dalam Warna Pink.
14-10-2026
Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat
Honda City E: Brek Drum Tak Salah, Tapi Kenapa Pembeli Rasa Terpedaya?
14-10-2026
GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor
Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.
14-10-2026
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


