ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak

Suhana Veru

Kongsi melalui

2026-PROTON-S70-iGT-1.5_Vivacity-Megamall-2.jpg

Model baharu Proton S70 i-GT 1.5 mencatatkan lebih 2,000 tempahan di Sabah dan Sarawak sejak 7 September lalu, sekali gus membuktikan sambutan luar biasa pengguna di Malaysia Timur terhadap sedan terbaharu PROTON ini.

Sambutan Hangat di Roadshow Vivacity Megamall

Peningkatan tempahan ini dimangkinkan oleh penganjuran roadshow tiga hari PROTON di Vivacity Megamall, Kuching dari 9 hingga 11 Oktober 2026.

Para pengunjung berpeluang melihat sendiri rupa paras sedan ini, berinteraksi dengan penasihat jualan, serta melakukan sesi pandu uji secara terus.

Langkah ini menyusuli pelancaran rasmi model berkenaan di Semenanjung Malaysia pada 22 September dan pengenalannya di Sabah pada 3 Oktober lepas.

Pertumbuhan Pesat PROTON di Sarawak

image.png

Menurut PROTON, Sarawak sahaja menyumbang lebih 1,000 unit tempahan daripada jumlah keseluruhan di Malaysia Timur.

Kehadiran PROTON di Sarawak menunjukkan tren peningkatan drastik, di mana jualan tahunan melonjak daripada 4,270 unit pada 2018 kepada 9,870 unit pada 2026—iaitu pertumbuhan sebanyak 131%.

Bagi menyokong pertambahan pemilik, PROTON menyediakan 16 pusat servis sah di seluruh Sarawak berserta sokongan Regional Parts Centre di Kuching untuk kelancaran bekalan alat ganti tulen.

"Sambutan terhadap 2026 PROTON S70 i-GT 1.5 di seluruh Malaysia Timur amat menggalakkan, dengan lebih 2,000 tempahan direkodkan sejak tempahan dibuka. Minat yang tinggi daripada pelanggan di Sabah dan Sarawak membuktikan daya tarikan sebuah sedan yang menggabungkan ruang, keselesaan, kemudahan dan keselamatan dalam satu pakej yang lengkap," kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Abdul Rashid Musa.

Spesifikasi Proton S70 i-GT 1.5 & Harga

image.png

Ditawarkan pada harga bermula RM58,800 di Malaysia Timur, model ini hadir dalam dua varian iaitu Lite dan Prime.

Ia dikuasakan oleh enjin i-GT 1.5 liter naturally aspirated yang dipadankan dengan transmisi CVT bersama torque converter.

Antara 10 ciri terunggul dalam kelasnya merangkumi:

  • Electric Parking Brake dengan Auto Brake Hold

  • Key Remote Engine Start

  • Tingkap Auto Up/Down dengan fungsi Anti-Trap

  • 5 port USB dan kamera undur

  • Sokongan Apple CarPlay® dan Android Auto™ tanpa wayar (bermula Oktober 2026)

Dari sudut keselamatan, ia dilengkapi Sistem Radar Sisi Belakang 5-fungsi termasuk Blind Spot Detection, Rear Cross Traffic Alert, dan Rear Collision Warning.

Ujian Ketahanan Tinggi

Rangkaian kuasa model ini telah melalui ujian ketat melepasi 5,400 jam ujian dinamometer dan 412,000 kilometer ujian jalan raya bagi menjamin ketahanan serta kelancaran pemanduan harian.

Untuk maklumat lanjut mengenai 2026 PROTON S70 i-GT 1.5, orang ramai boleh mendapatkan maklumat daripada pasukan jualan di roadshow atau mengunjungi cawangan PROTON yang terdekat.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Tips

22-09-2026
Kereta Baru

14-09-2026
Kereta Baru

07-09-2026
Berita Auto

03-07-2026
Pandu Uji

14-02-2026
Kereta Baru

16-12-2025
Berita Auto

29-11-2025
Global

22-09-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak

Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.

13-10-2026
Berita Auto

Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?

Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?

12-10-2026
Berita Auto

Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman

Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.

12-10-2026
Berita Auto

MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.

12-10-2026
Berita Auto

BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban

Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.

12-10-2026
Berita Auto

Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?

Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.

12-10-2026
Berita Auto

Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5

Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.

11-10-2026
Berita Auto

JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut

Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.

11-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.