ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau masih belum menerima surat peletakan jawatan daripada Anthony Loke, meskipun bekas Menteri Pengangkutan itu sudah mengumumkan keputusannya itu baru-baru ini.


Bercakap dalam ceramah Grand Finale Pakatan Harapan (PH) di Melaka, Anwar menjelaskan bahawa beliau berhasrat untuk berunding semula dengan Setiausaha Agung DAP berkenaan sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat.

"Hendak cuti kejap ok, tapi hendak letak jawatan kena runding semula," ujar beliau kepada ribuan penyokong yang hadir.

Sumbangan Besar Anthony Loke Dalam Pengangkutan Awam

Menurut Anwar, Anthony telah mengemukakan pelbagai cadangan bernas serta projek berimpak tinggi sepanjang menerajui kementerian tersebut. Usaha ini jelas bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam serta memudahkan urusan perjalanan harian rakyat Malaysia.

Beliau turut melahirkan rasa kesal apabila ada pihak dari pembangkang, khususnya PAS dan UMNO.

"Apabila saya memujinya, ada pihak mempersoalkan mengapa Anwar memuji DAP atau orang Cina," jelas beliau.

Isu Integriti dan Standard Kepimpinan Negara

image.png

Menjelaskan lebih lanjut, Anwar menegaskan bahawa kayu ukur utama bagi pelantikan seseorang menteri bukanlah latar belakang kaum, sebaliknya integriti, kebersihan peribadi, dan ketekunan mereka dalam menjalankan amanah rakyat.

Beliau turut menyifatkan situasi politik semasa sebagai 'dunia sudah terbalik' apabila individu yang berintegriti dan bekerja keras dipaksa meletakkan jawatan, manakala pihak yang mempunyai pelbagai masalah seolah-olah diminta untuk kekal.

Untuk rekod, Anthony Loke sebelum ini mengumumkan peletakan jawatannya serta-merta berikutan kontroversi pelaksanaan baki hukuman penjara secara tahanan di rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Selasa lalu.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRY4512

SELANGOR

BSV1172

JOHOR

JH4075J

PULAU PINANG

PSH4012

PERAK

APM9475

PAHANG

CFJ4082

KEDAH

KGJ8110

NEGERI SEMBILAN

NEM5843

KOTA KINABALU

SJV1820

KUCHING

QAB198Q

Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Siapa Pengganti Menteri Pengangkuran?

Pengganti Anthony Loke Masih Belum Dibincangkan.

12-11-2026
Berita Auto
Berita Auto

Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji

Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.

06-11-2026
Berita Auto

Bila Anthony Loke Letak Jawatan?

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri

29-09-2026
Berita Auto

Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan

Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.

24-09-2026
Berita Auto

Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan

Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.

19-09-2026
Berita Auto

Selamatkan 21 Nyawa: Pemandu Lori Terima Penghargaan Daripada Menteri

Wira Terowong Menora' Terima Penghargaan Menteri, Sanggup Gadai Nyawa Demi Selamatkan Nyawa Pemandu Lain.

23-06-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse

: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.

13-11-2026
Berita Auto

Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu

Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.

13-11-2026
Berita Auto

Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok

LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.

12-11-2026
Berita Auto

Siapa Pengganti Menteri Pengangkuran?

Pengganti Anthony Loke Masih Belum Dibincangkan.

12-11-2026
Berita Auto

JPJ Cipta Sejarah

Nombor Pendaftaran Siri H Catat Sejarah, JPJ Kutip RM91.2 Juta.

11-11-2026
Berita Auto

Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang

Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.

11-11-2026
Berita Auto

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.