Belanjawan 2026: MAA Mohon Insentif Cukai EV Dilanjut Supaya Lebih Ramai Beli EV

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menggesa kerajaan supaya melanjutkan insentif cukai kenderaan elektrik bateri (BEV) dalam Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada hari ini.
Presidennya, Mohd Shamsor Mohd Zain, berkata, pihaknya mencadangkan agar insentif itu dilanjutkan hingga ke tahun 2027 bagi BEV yang dimport sepenuhnya (CBU) dan sehingga 2030 untuk BEV yang dipasang tempatan (CKD).
"Bahagian pasaran BEV masih rendah, hanya 4.0 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) setakat Jun 2025, walaupun meningkat 91 peratus daripada tempoh yang sama pada 2024.

"Jadi, terdapat keperluan mendesak untuk meneruskan insentif sedia ada bagi mengekalkan momentum pertumbuhan kenderaan elektrik (EV)," katanya kepada Bernama.
Langkah itu dilihat penting kerana dapat meningkatkan keyakinan pengguna terhadap teknologi EV, sekali gus mempercepatkan peralihan daripada kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE).
Difahamkan, pemberian insentif bukan sahaja akan mengekalkan permintaan tetapi juga membantu mempercepatkan pembangunan infrastruktur pengecasan.

"Tempoh insentif yang lebih lama akan merangsang permintaan terhadap BEV dan mempercepatkan pembinaan stesen pengecas EV (EVCB) di seluruh negara yang setakat 31 Mac 2025, berjumlah 4,161," katanya sambil menambah kerajaan menyasarkan sebanyak 10,000 stesen pengecas menjelang 31 Disember tahun ini.
Menurutnya, pengeluar peralatan asli (OEM) China juga semakin aktif di Malaysia.
Beliau berpandangan dengan mengukuhkan keyakinan dalam kalangan OEM BEV, terutamanya dari China, mereka berkemungkinan besar akan terus kekal berada di sini dan melabur untuk membuka operasi CKD di Malaysia.
"Ini seterusnya boleh mewujudkan peluang pekerjaan, terutamanya untuk graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tempatan yang akan meneraju transformasi EV," katanya.
Bagi mempercepat pembangunan EV di negara ini, Mohd Shamsor berkata MAA telah mencadangkan pengurangan sebanyak 75 peratus di bawah skim Insentif Tersuai Baharu untuk kenderaan elektrik hibrid (HEV) pemasangan tempatan, berkuat kuasa selama lebih dua tahun sehingga 2027.
"Menggalakkan HEV adalah pendekatan yang ideal untuk menghentikan pengeluaran kenderaan ICE konvensional secara berperingkat dan meningkatkan peralihan ke arah BEV," katanya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM6421
SELANGOR
BST2457
JOHOR
JD1649J
PULAU PINANG
PSF1146
PERAK
APK9676
PAHANG
CFH5430
KEDAH
KGH7291
NEGERI SEMBILAN
NEL5750
KOTA KINABALU
SJT7035
KUCHING
QAB4551P
Terakhir Kemas Kini 27 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Dari Jan-Nov 2025, 5,360 Pengecas EV Sudah Dipasang Di Malaysia
Sepanjang Januari hingga November lalu, sebanyak 5,360 unit pengecas kereta elektrik (EV) awam sudah dipasang di Semenanjung Malaysia.
22-12-2025
BMW Lakar Kejayaan Apabila Hasilkan xEV Yang Ke-3 Juta Dari Kilang Pengeluarannya
BMW melakar kejayaan terbaharu apabila menghasilkan xEV yang ke-3 juta di kilangnya yang terletak di Munich, Jerman baru-baru ini.
28-05-2025
Tengku Zafrul Adakan Perbincangan Dengan Delegasi Tesla
Tengku Zafrul telah mengadakan pertemuan dengan delegasi Tesla Malaysia, semalam.
23-08-2024
Ada Sebab Kenapa Aston Martin Ketepikan EV!
Aston Martin menangguhkan rancangannya untuk melancarkan EV mereka.
16-04-2024
Ramai Buat Pinjaman 9 Tahun, Ramai Pilih MYVI?
Ramai yang nak pakai kereta, sebab itu sanggup memilih tempoh pinjaman sehingga sembilan tahun.
10-03-2024
Toyota Tidak Mahu Ketinggalan Dalam Pembangunan EV, Ini Rancangan Syarikat...
Toyota mempergiatkan lagi usaha untuk membangunkan kenderaan elektrik (EV).
14-06-2023
Strategi Pelbagai Laluan Toyota, Lebih Realistik Untuk Capai Neutraliti Karbon?
UMW Toyota Motor (UMWT) dedah strategi pelbagai laluan yang dapat membantu Malaysia mencapai neutraliti karbon.
12-05-2023
Maybank Tawar Pembiayaan Bersepadu Pertama EV, Hibrid
Malayan Banking Berhad (Maybank) telah mengumumkan penawaran pembiayaan kenderaan bersepadu pertama seumpamanya.
15-03-2023
Berita Terkini
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada
2 Syarat Sebelum Jual EV Murah Di Malaysia — Elak Rakyat Terbeban!
10-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
