ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Reka Bentuk Baharu SUV Hyundai Kona & Hyundai Kona Electric 2022

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Baru-baru ini, Hyundai telah mendedahkan reka bentuk baharu dan juga pelbagai penambahbaikan yang telah dilakukan ke atas SUV Hyundai Kona & Hyundai Kona Electric 2022 bagi pasaran Amerika Syarikat.


Kereta yang dikeluarkan di Ulsan, Korea ini dijangka akan dilancarkan pada musim bunga tahun depan (pertengahan Mac-Jun tahun depan).

Di samping pemambahbaikan dari segi sambungan dan ciri-ciri kemudahan lain, barisan pacuan roda yang turut menampilkan pilihan sporty dan mesra eko turut ditampilkan. Antara yang dipertingkat adalah sistem keselamatannya yang dilengkapkan dengan pelbagai gabungan teknologi keselamatan pasif dan aktif baharu.Memainkan peranan penting dalam strategi elektrifikasi Hyundai, pacuan elektrik Kona digabungkan dengan konfigurasi badan SUV sub-kompak.Sebenarnya, di Amerika Syarikat, Kona ialah SUV Hyundai pertama yang ditawarkan sebagi pacuan elektrik sepenuhnya.

Mengulas mengenai perancangan strategi produk dan mobiliti, Naib presiden Hyundai Motor North America, Olabisi Boyle berkata Kona dan juga Kona Electric 2022 telah diberikan nafas baharu, dilengkapkan dengan ciri-ciri keselamatan dan kemudahan baharu supaya SUV ini kekal berada di tangga teratas dalam senarai pembeli. Sama ada pembeli menginginkan sebuah kereta yang mementingkan penjimatan atau eko seperti Electric dan Turbo, mahupun versi N Line yang sporty, Hyundai yakin bahawa Kona dapat menjangkau jangkaan pembeli.

Rekaan bahagian depannya cukup menyerlah dengan garisan sporty dan juga cladding yang nampak gagah. Model terbaharu ini memiliki hud depan bersaiz lebar yang meruncing ke arah gril, gaya yang unik ini menjadikan Kona kelihatan lebih 'berkuasa.'

Sudut depannya juga dilengkapi lampu DRL LED yang membuatkan personaliti kereta ini kelihatan lebih tegas. Di bawahnya, bampar bergabung dengan kemas ke arah tayar dengan lengkungan cladding, motifnya kelihatan seolah-olah perisai yang kukuh.

Penambahbaikan lain yang dibuat adalah peletakan plat kelincir yang kelihatan seperti memegang liang kemasukan udara di bahagian bawah. Gabungan yang menyempurnakan kawasan di sekitar gril. Liang udara aerodinamik berbentuk vertikal untuk meningkatkan kadar aliran udara juga diintegrasikan pada sudut bampar. 

Kona 2022 memiliki sudut pandangan tepi yang masih lagi mengekalkan bentuk badan 'berotot,' penuh dengan perincian sepertimana model terdahulu. Namun reka bentuk keseluruhan model baharu ini kelihatan lebih terserlah melalui ciri sambungannya daripada sudut tepi atau bahu kereta ke arah sudut hadapan kereta.

 

Mengenai sudut pandangan belakangnya pula, kereta ini dipasangkan dengan lampu belakang baharu yang memanjang, menampakkan identiti yang unik. Rekaan bahagian belakang kereta ini dihasilkan dengan menggabungkan material yang kontra.

Bercakap tentang kabin dalamannya, model baharu Kona diberikan sentuhan dalaman yang kelihatan lasak atau rugged, namun rekaannya diperhalus lagi untuk disesuaikan dengan 'kegarangan' di sudut luar kereta. Papan pemukanya dipasangkan dengan konsol baharu yang dipisahkan daripada panel instrumen supaya dapat menyerlahkan layout memanjang, dan membuatkan atmosfera kereta kelihatan lebih luas.

Untuk model premium, brek parkir elektronik tambahan kini ditawarkan sebagai antara ciri kemudahan di samping lampu ambien yang mencahayai pemegang cawan dan dinding bahagian tempat meletak kaki (yang menerima kemasan seperti aluminum). 

Ruang kargo di belakang Kona 2022 dan ruang kaki di barisan kedua tempat duduk juga telah ditambah keluasannya. Di samping itu, penumpang tempat duduk barisan kedua juga dapat mengakses port USB.

Bagi kenderaan model Kona Electric 2022 pula, ianya telah diperbaharui dengan rekaan layout yang nampak lebih bergaya. Gril bergerigi pada model lama telah digantikan dengan gril bereka bentuk aerodinamik yang disempurnakan dengan garisan memanjang di bawah logo dan lampu DRL. 

Model ini juga memiliki lampu depan baharu dengan DRL untuk gaya yang lebih berbeza dan segar. Fender kereta ini dibentuk agar kelihatan sporty dan lebih aerodinamik. 

Dari sudut tepinya, reka bentuk rim aloi kereta telah dioptimumkan agar dapat membenarkan aliran udara yang lebih efisien. Di bahagian belakang, Hyundai menampilkan reka bentuk bampar baharu yang dilengkapi elemen jejalur, digabungkan dengan lampu belakang baharu yang diletak kemas, sesuai dengan keseluruhan reka bentuk kereta.

Kabin dalamannya, bahagian tengah Kona Electric 2022 menerima dua skrin paparan baharu bersaiz 10.25 inci. Bahagian bawah tengah ruang simpanan konsol juga telah diberikan nafas baharu, lengkap dengan kemudahan pengecas tanpa wayar dan juga ruang yang efisien.

Buat pertama kalinya, Kona 2022 ditawarkan dalam versi N Line. Kona N Line tampak gah dengan sudut padangan depannya dan juga belakang yang sporty, di samping cladding warna badannya yang menarik dan juga reka bentuk rim aloi dengan potongan berlian. Sudut belakang kereta disepadukan dengan peresap aerodinamik tengah yang besar, dengan dwi-ekzos. Pada sudut tepi bahagian belakang, fascia bampar dibentuk dengan garisan lekukan yang tajam bersama jejalur untuk meningkatkan aliran udara.

Kabin dalaman N Line dilengkapi warna pakej N Line iaitu kerusi hitam, jahitan merah, garisan pada tempat letak kepala berwarna hitam dan penggunaan pedal besi.

Logo 'N' dapat dilihat dipaparkan pada tempat duduk, stereng dan juga tuil gear.

Berkaitan prestasinya, Kona 2022 menawarkan pacuan dengan dua gasolin. Kereta ini dikuasakan oleh enjin 2.0-liter, Atkinson 4-silinder yang menjana 147 kuasa kuda pada 6200 rpm dan 179 Nm daya kilas pada 4500 rpm. Digabungkan dengan Smartstream Intelligent Variable Transmission (IVT) untuk kuasa efisien di tahap maksima.

Varian N Line menggunakan enjin 1.6 liter, suntikan terus 4-silinder dengan pengecas turbo yang menjana 195 kuasa kuda pada 5500 rpm dan 264 Nm daya kilas pada 1500-4500 rpm. Enjin ini digabungkan dengan transmisi DCT 7-kelajuan EcoShift.

Kona Electric pula memiliki kuasa yang mampu mencapai jarak sebanyak 415 km. Ia memiliki tahap efesien yang tinggi iaitu 150 kW (201 hp) motor elektrik segerak magnet-kekal yang disalurkan oleh bateri lithium-ion 64 kWh.

Motor elektrik ini menyalurkan sehingga 395 Nm daya kilas kepada tayar hadapan. Sistem baterinya merupakan sistem liquid-cooled yang beroperasi pada 365 volt.

Kona Electric 2022 menggunakan sistem pengecasan Level-II yang berkapasiti 7.2 kW untuk pengecasan yang pantas. Namun dalam masa yang sama, dengan kadar pengecasan pantas Level-III, bateri mampu dicas dengan pantas daripada 10 ke 80 peratus hanya dalam 47 minit sahaja jika menggunakan port pengecas SAE-Combo. 

Kebolehan untuk dicas dengan laju ini adalah ciri standard yang didatangkan pada Kona Electric. Manakala untuk pengecasan Level-II pula, mampu mengecas dari 10 ke 100 peratus dalam masa 9 jam 15 minit. Port pengecas terletak di bahagian depan gril untuk memudahkan pengguna sekiranya meletakkan kereta daripada sudut depan. 

Kona 2022 memiliki jarak antara roda yang panjang, berjarak antara lantai yang rendah, dan trek yang luas supaya kelihatan dan jadi lebih stabil. Ini membuatkan ia selesa untuk dipandu di sekitar bandar.

Kadar NVH juga telah dipertingkatkan, secara spesifiknya, dalam aspek bunyi bising, getaran dan kekasaran melalui penggunaan cermin depan akustik baharu, penebat bunyi panel instrumen, dan juga penebat bunyi di ruang kargo. Model ini dilengkapi rim aloi 18-inci dengan tayar 235/45 R18.

Di samping itu, turut terdapat pada model ini ialah kluster digital 10.25-inci dan juga paparan navigasi yang juga bersaiz 10.25-inci, lengkap dengan fungsi sambungan baharu. Skrin baharu ini didatangkan dengan fungsi skrin sisih atau split-screen, sambungan Bluetooth lebih daripada satu dan juga sistem pengecaman suara.

Ciri kawalan dan pengaktifan yang ditawarkan adalah melibatkan iklim, stesen radio, pemanas cermin belakang dan tepi, serta pemanasan stereng yang boleh dilakukan melalui teknologi Pengecaman Suara Dinamik. Pemandu boleh mengetahui info terkini berkaitan stock, cuaca atau melakukan carian POI menggunakan suara bila disambungkan dengan Blue Link.

Kona 2022 juga dilengkapi Paparan Audio standard, dengan peningkatan saiz skrin daripada 7 ke 8 inci. Sistem ini turut boleh disambungkan dengan Android Auto dan Apple CarPlay. Di samping itu, ia turut menawarkan Digital Key yang disokong oleh aplikasi telefon pintar. Teknologi ini membenarkan pengguna mengawal beberapa sistem kenderaan dari jarak jauh.

Berkenaan ciri keselamatannya, model ini dilengkapkan dengan sistem Hyundai SmartSense. Antara fungsi yang ada adalah seperti Forward Collision-Avoidance Assist (FCA), Blind-Spot Collision-Avoidance Assist (BCA), Rear Cross-Traffic Collision-Avoidance Assist (RCCA), Rear Occupant Alert (ROA), Smart Cruise Control (SCC) dengan fungsi berhenti dan gerak, Highway Drive Assist (HDA), Lane Following Assist (LFA) dan Safe Exit Warning (SEW).

Penambahbaikan lain Kona 2022 adalah seperti berikut:

Pengurusan profil dari jarak jauh yang boleh menyimpan tetapan kenderaan yang tertentu dalam Blue Link cloud, penghidup enjin jarak jauh, pemanas kerusi kerata jarak jauh dan juga pengalihan udara dari jarak jauh (sistem pengalihan udara ini hanyalah untuk Kona EV sahaja). Pemilihan profil yang akan pramemuatnaik tetapan setiap pemandu bagi kedudukan kerusi dan juga cermin sisi, Notifikasi Status Kenderaan, POI Hantar kepada Kereta (POI Send to Car) sekarang dilengkapi dengan ciri Waypoints iaitu kebolehan untuk menetapkan sehingga tiga poin destinasi berbeza, dan boleh mengatur susunan destinasi secara automatik. Fungsi lain ialah Maintenance Alert Enhancement.

Walau bagaimanapun, bagai Kona Electric, kenderaan ini memiliki ciri spesifiknya yang tersendiri. Ciri ini ditawarkan melalui ciri set Bluelink App yang ditawarkan MYHYUNDAI. Sistem ini membenarkan pemandu untuk mengatur dan memantau Kona Electric dari jarak jauh melalui aplikasi telefon pintar Blue Link. Antara fungsi yang ditawarkan adalah seperti Mula/Berhenti cas, penjadualan waktu cas, tahap bateri terkini dengan paparan julat minyak dan juga elektrik terkini, status plug (in/out), status pengecasan dan semakan status baki masa yang tinggal sehingga kereta dicas penuh.

Akhir sekali, dengan setiap pembelian model Kona dan Kona Electric 2022 di Amerika Syarikat, pemandu akan menerima pakej waranti, America's Best Warranty, iaitu waranti terhad pacuan roda selama 10 tahun/100,000 batu, waranti terhad kenderaan baharu selama 5-year/60,000 batu, waranti anti-lubang selama 7 tahun, dan Limited Battery Warranty khas bagi model Kona Electric untuk jangka masa selama 10 tahun/100,000 batu. 

Turut termasuk adalah tawaran penyelenggaraan percuma selama 3 tahun/36,000 batu untuk pertukaran minyak atau tayar biasa.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQT7694

SELANGOR

BSP2133

JOHOR

JYU7196

PULAU PINANG

PSB3982

PERAK

APG6122

PAHANG

CFG2056

KEDAH

KGF3015

NEGERI SEMBILAN

NEK1254

KOTA KINABALU

SJR3673

KUCHING

QAB5463N

Terakhir Kemas Kini 17 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Tips
Ini Yang Anda Patut Tahu Tentang Waranti EV

Ini Yang Anda Patut Tahu Tentang Waranti EV

Mungkin ramai yang tidak mengendahkan mengenai waranti EV, jadi kami memberi sedikit tips untuk anda!

21-12-2023
Pandu Uji
Hyundai Kona Elektrik Nampak Serius, Rupa Macam Alien Tapi Bukan Calang-Calang!

Hyundai Kona Elektrik Nampak Serius, Rupa Macam Alien Tapi Bukan Calang-Calang!

Nak beli Hyundai Kona Elektrik, wajib baca 6 perkara ini dulu.

16-04-2023
Berita Auto
Hyundai Kona Electric: 13 Unit Pertama Telah Diserahkan Kepada Pelanggan!

Hyundai Kona Electric: 13 Unit Pertama Telah Diserahkan Kepada Pelanggan!

Hyundai-Sime Darby Motors Sdn Bhd (HSDM) telah menyerahkan kunci Hyundai Kona Electric kepada 13 pelanggan pertama di negara ini.

06-04-2022
Video
Review Penuh Hyundai Kona Electric EV 2021 Malaysia | Kereta Elektrik paling Mampu Milik?

Review Penuh Hyundai Kona Electric EV 2021 Malaysia | Kereta Elektrik paling Mampu Milik?

Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) secara rasminya melancarkan kenderaan elektrik pertamanya, Hyundai Kona Electric 2021 yang boleh didapati dalam tiga varian: Lite, Plus dan Max! Kapasiti baterinya agak besar memandangka ia mampu melakukan pemanduan sejauh 484km hanya dengan sekali cas dan prestas

29-11-2021
Berita Auto
Hyundai Kona Dilancarkan Di Malaysia: Harga Bermula Dari RM149,888 Hingga RM199,888

Hyundai Kona Dilancarkan Di Malaysia: Harga Bermula Dari RM149,888 Hingga RM199,888

Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) secara rasminya melancarkan kenderaan elektrik pertamanya, Hyundai Kona Electric 2021.

23-11-2021
Berita Auto
Hyundai Bagi Pengecas Ultra Pantas PERCUMA Untuk Kona Electric &  Ioniq Electric 2021 Tapi...

Hyundai Bagi Pengecas Ultra Pantas PERCUMA Untuk Kona Electric & Ioniq Electric 2021 Tapi...

Hyundai Motor America menawarkan sesuatu yang istimewa dan menguntungkan pengguna.

18-05-2021
Berita Auto
Tesla Model 3 & Hyundai Kona Electric Akan Digunakan Polis Indonesia

Tesla Model 3 & Hyundai Kona Electric Akan Digunakan Polis Indonesia

Pada masa ini, hanya Tesla Model 3 dan Hyundai Kona Electric sahaja model kereta elektrik yang telah menyertai barisan kenderaan POLRI.

02-03-2021
Kereta Baru
Hyundai-Sime Darby Motors Rasmi Kona 1.6 N Line & 1.6 Turbo – Ini Ciri-Ciri Menariknya...

Hyundai-Sime Darby Motors Rasmi Kona 1.6 N Line & 1.6 Turbo – Ini Ciri-Ciri Menariknya...

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah melancarkan model B-SUV Kona iaitu varian 1.6 N Line dan 1.6 Turbo. 1.6 N Line ditawarkan pada harga RM156,888, sementara itu, 1.6 Turbo pula pada harga RM146,888.

03-08-2021

Berita Terkini

Berita Auto
Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto
Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto
Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto
Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto
Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto
Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto
15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto
Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini  Jawapannya

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.