- Berita
- Berita Auto
- Hyundai Bagi Pengecas Ultra Pantas PERCUMA Untuk Kona Electric & Ioniq Electric 2021 Tapi...
Hyundai Bagi Pengecas Ultra Pantas PERCUMA Untuk Kona Electric & Ioniq Electric 2021 Tapi...
Hyundai Motor America menawarkan sesuatu yang istimewa dan menguntungkan bagi sesiapa yang menggunakan Hyundai Kona dan Ioniq Electric 2021. Mereka mengumumkan bahawa pengguna kedua-dua model kenderaan elektrik ini dapat menikmati khidmat pengecasan percuma sebanyak 250 kW/jam atau dalam sekitar 1,000 batu perjalanan!

Pelanggan boleh mendapatkan pengecasan percuma ini melalui aplikasi telefon pintar, Electrify America.
Ya, bukan di Malaysia.
Aplikasi ini lengkap dengan sistem navigasi yang menunjukkan lokasi-lokasi stesen Electrify America di mana pengguna dapat menikmati sesi pengecasan percuma. Bagi pemandu Kona Electric, masa yang diambil untuk mengecas sehingga 80 peratus adalah kurang daripada 1 jam apabila disambungkan kepada pengecas pantas DC 100 kW untuk mengisi tenaga pek bateri berkapasiti 64 kWj yang dimiliki model ini. Sementara itu Ioniq Electric pula memiliki pek bateri berkapasiti 38 kWj, mestilah lebih pantaskan?

"Pemilik Kona dan Ioniq kami dapat menikmati ketenangan apabila menempuhi perjalanan yang jauh dengan adanya akses prabayar kepada jaringan pengecasan pantas nasional Electrify Amecia. Pengecas pantas DC Electrify America dapat memenuhi keupayaan pengecasan berkuasa tinggi (yang diperlukan) Kona dan Ioniq," ujar Timbalan Presiden Hyundai North America, Olabisi Boyle.

Electrify America memiliki kira-kira 2,400 buah pengecas pantas di seluruh Amerika Syarikat. Stesen-stesen ini terletak di sepanjang laluan utama dan juga di kawasan metro berdekatan pusat membeli-belah, bank dan kedai makan. Setiap stesen dilengkapi dengan tiga ke 10 buah pengecas pantas DC supaya dapat mengecas lebih daripada satu kereta pada satu-satu masa.

"Pemilik Kona dan Ioniq dapat mengakses jaringan pengecasan pantas kami yang mendapat penarafan nombor satu oleh umlaut Inc. dalam Charged Electric Vehicles Magazine dalam anugerah “Best-in-Test” (Terbaik Berdasarkan Ujian) pada tahun 2020," kata pengarah Electrify America, Wayne Killen.
Apa maksud pengecasan pantas atau ultrafast ni?
Pengecas yang ditawarkan oleh Electrify America menggunakan teknologi yang mampu mengecas dengan kelajuan terpantas bagi kuasa daripada 150kW ke 350kW, bergantung kepada keupayaan kereta.

Fakta penting tentang kedua-dua model kereta elektrik Hyundai ini
Hyundai Kona EV

• Perjalanan sejauh 258 batu (EPA)
• Pengecas onboard 7.2 kW
• Pengecas pantas DC 100 kW (0–80% dalam 54 minit)
• Menggunakan pek bateri 64 kWj
Kona Electric menggunakan pek bateri berkapasiti 64 kWj boleh dicas dengan menggunakan pengecas pantas DC 100 kW dalam masa hanya sekitar 54 minit dari 0-80 peratus. Kereta ini dilengkapi dengan pengecas on-board berkapasiti 7.2 kW.
Hyundai Ioniq EV

• Perjalanan sejauh 170 batu (EPA)
• Pengecas onboard 7.2 kW
• Pengecas pantas DC 100 kW (0–80% dalam 54 minit)
• Menggunakan pek bateri 38.3 kWj
Malaysia bila lagi?
Bukannya sikit! Dah boleh makan angin satu Malaysia tanpa perlu keluar belanja untuk tenaga kereta. Memang terbaiklah!
Namun begitu, kita hanya boleh mengharapkan sesuatu yang sama akan berlaku di Malaysia pada masa akan datang. Semoga kereta dengan teknologi elektrik di Malaysia akan mula berkembang dengan pesat di negara ini.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6081
SELANGOR
BSR5144
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6847
PERAK
APJ7414
PAHANG
CFH1307
KEDAH
KGG9647
NEGERI SEMBILAN
NEK8743
KOTA KINABALU
SJS9915
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ini Yang Anda Patut Tahu Tentang Waranti EV
Mungkin ramai yang tidak mengendahkan mengenai waranti EV, jadi kami memberi sedikit tips untuk anda!
21-12-2023
Hyundai Kona Elektrik Nampak Serius, Rupa Macam Alien Tapi Bukan Calang-Calang!
Nak beli Hyundai Kona Elektrik, wajib baca 6 perkara ini dulu.
16-04-2023
Hyundai Kona Electric: 13 Unit Pertama Telah Diserahkan Kepada Pelanggan!
Hyundai-Sime Darby Motors Sdn Bhd (HSDM) telah menyerahkan kunci Hyundai Kona Electric kepada 13 pelanggan pertama di negara ini.
06-04-2022
Review Penuh Hyundai Kona Electric EV 2021 Malaysia | Kereta Elektrik paling Mampu Milik?
Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) secara rasminya melancarkan kenderaan elektrik pertamanya, Hyundai Kona Electric 2021 yang boleh didapati dalam tiga varian: Lite, Plus dan Max! Kapasiti baterinya agak besar memandangka ia mampu melakukan pemanduan sejauh 484km hanya dengan sekali cas dan prestas
29-11-2021
Hyundai Kona Dilancarkan Di Malaysia: Harga Bermula Dari RM149,888 Hingga RM199,888
Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) secara rasminya melancarkan kenderaan elektrik pertamanya, Hyundai Kona Electric 2021.
23-11-2021
Reka Bentuk Baharu SUV Hyundai Kona & Hyundai Kona Electric 2022
Hyundai telah mendedahkan reka bentuk baharu dan juga pelbagai penambahbaikan yang telah dilakukan ke atas SUV Hyundai Kona & Hyundai Kona Electric
11-03-2021
Tesla Model 3 & Hyundai Kona Electric Akan Digunakan Polis Indonesia
Pada masa ini, hanya Tesla Model 3 dan Hyundai Kona Electric sahaja model kereta elektrik yang telah menyertai barisan kenderaan POLRI.
02-03-2021
Lain Macam Idea Hyundai, Cipta Hyundai Ioniq 5 Versi Off-Road, XRT
Hyundai kini menawarkan Ioniq 5 elektrik dalam versi off-road yang dikenali sebagai Hyundai Ioniq 5 XRT.
05-09-2024
Berita Terkini
Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar
Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.
10-07-2026
Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi
Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.
10-07-2026
Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura
Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.
09-07-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Padah Amuk Kerana Hon, Kena Penjara 10 Tahun
Gara-Gara Hon, Merana Badan Dipenjara 10 Tahun.
08-07-2026
Berita Baik Rakyat Kelantan, Lebuh Raya KBKK Dah Siap 71%
Balik Raya Tak Jem Lagi? Lebuh Raya KBKK Siap 71.4% Manakala Siap Sepenuhnya 2027.
08-07-2026
Tular Video Gaduh Di Kaunter JPJ: Sebenarnya Palsu & Guna AI
Video Gaduh Di Kaunter JPJ, Hanya Rekaan AI.
08-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
