Program Kesetiaan Hyundai Dilancarkan, Pelbagai Hadiah Menanti!
PENGEDAR rasmi kenderaan Hyundai di Malaysia, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan dua program kesetiaan selepas jualan untuk pelanggan Hyundai.
Ia yang dilancarkan semalam, terdiri daripada i-Care Plus dan Kad Kesetiaan dimana kedua-dua program ini menawarkan diskaun secara eksklusif untuk semua para pelanggannya.
Bagi pemilik kenderaan yang memiliki kenderaan itu selama empat tahun atau ke atas, mereka layak mengikuti program Hyundai i-Care Plus.
Hanya dengan yuran pendaftaran sebanyak RM20, pelanggan boleh menikmati enam baucar yang menawarkan diskaun sebanyak 10 peratus untuk alat ganti yang terpilih.

Sementara itu, pelanggan juga berpeluang menikmati diskaun lima peratus untuk kos upah, serta dua botol minyak enjin dan penapis pelincir secara percuma.
Para pelanggan boleh mendaftar program itu di mana-mana pusat servis rasmi Hyundai di seluruh negara.
Program berkenaan hanya sah bermula 1 April lalu dan hanya sah digunakan dalam masa 35 bulan dari tarikh pembelian.
Beralih kepada Kad Kesetiaan pula, program itu kini diberikan secara automatik bagi setiap pemilikan mana-mana model kereta Hyundai.
Malah, keistimewaan yang diberikan kepada pemegang kad ini termasuk promosi eksklusif bulanan seperti diskaun 20 peratus untuk produk KLIMA Fresh dan Bluechem pada bulan April ini.
HSDM turut menjangkakan lebih banyak keistimewaan akan diperkenalkan seperti diskaun bulan hari lahir untuk servis selepas jualan, diskaun untuk barangan-barangan Hyundai dan juga harga tukar-beli yang tinggi sekiranya pelanggan membeli kereta Hyundai yang baharu.
-full.jpg)
Bagi pelanggan sedia ada pula, mereka boleh mendaftar bagi mendapatkan kad itu di mana-mana pusat servis Hyundai yang bertauliah.
Pengarah Urusan HSDM, Loy Yuan Lung berkata, program kesetiaan yang baharu itu merupakan testimoni terhadap janji syarikat bagi menawarkan nilai tinggi kepada pemilik Hyundai di Malaysia.
“Kami berharap untuk memberi lebih nilai dan manfaat kepada pelanggan menerusi program yang direka khas sebegini memandangkan kami fokus untuk memberikan pengalaman yang lebih baik dengan Hyundai,” katanya.
Sehubungan itu, bagi yang yang berminat untuk menyertai program ini termasuk perkhidmatan dan produk Hyundai, anda boleh menghubungi 1300-13-2000 atau layari laman web www.hyundai.com.my.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB5384
SELANGOR
BSV4533
JOHOR
JJ4782J
PULAU PINANG
PSH7401
PERAK
APN3926
PAHANG
CFJ5247
KEDAH
KGK1077
NEGERI SEMBILAN
NEM7552
KOTA KINABALU
SJV4454
KUCHING
QAB1627Q
Terakhir Kemas Kini 28 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Hyundai Motor Malaysia Lancar Platform Media Sosial Baharu - Sedia Ambil Alih
Hyundai Motor Malaysia (HMY) telah melancarkan halaman media sosial rasmi di platform seperti Facebook, Instagram, TikTok dan lain-lain.
11-06-2025
Hyundai Creta Bakal Muncul? Mungkin Betul Sebab Dah Ada Imej Teaser! Nampaknya Creta Model Baharu Untuk 2023
Hyundai-Sime Darby Motor (HSDM) menyiarkan beberapa imej teaser sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) namun tidak mendedahkan jenis model itu.
11-04-2023
Hyundai Kona Dilancarkan Di Malaysia: Harga Bermula Dari RM149,888 Hingga RM199,888
Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) secara rasminya melancarkan kenderaan elektrik pertamanya, Hyundai Kona Electric 2021.
23-11-2021
Jangan Terlepas! Promosi 3 Hari Jualan Kereta Terpakai Diperakui Hyundai, Ada Jaminan 2 Ke 3 Tahun!
Beberapa unit kereta terpakai Hyundai yang diperakui akan ditawarkan dalam harga istimewa melalui Hyundai Promise
17-09-2021
Alternatif Terbaharu: Program Pajakan Smart Hyundai Grand Starex Dilancarkan
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan Program Pajak Smart Hyundai Grand Starex yang menawarkan program sewa tiga hingga lima tahun yang membolehkan pemilikan Grand Starex tanpa rasa bimbang.
19-08-2021
Hyundai Tawar Program Penghargaan Kepada Petugas Hadapan
Menyedari usaha petugas hadapan dalam memerangi krisis Covid-19, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) mengambil inisiatif dengan melancarkan Program Penghargaan Petugas Hadapan baru-baru ini.
17-08-2021
Hyundai-Sime Darby Motors Rasmi Kona 1.6 N Line & 1.6 Turbo – Ini Ciri-Ciri Menariknya...
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah melancarkan model B-SUV Kona iaitu varian 1.6 N Line dan 1.6 Turbo. 1.6 N Line ditawarkan pada harga RM156,888, sementara itu, 1.6 Turbo pula pada harga RM146,888.
03-08-2021
Hyundai Perkenal Program Jaminan Lanjutan: Ini Dia Model Kereta Yang Diterima!
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) baru sahaja melancarkan Program Jaminan Lanjutan yang eksklusif untuk model tertentu.
12-07-2021
Berita Terkini
Patutlah Proton Saga Laku Keras, Menang Anugerah Reka Bentuk Terbaik
Proton Saga telah meraih Anugerah Reka Bentuk Baik Malaysia (MGDA), baru-baru ini.
28-11-2026
BYD Sime Motors Anjur BYD Year-End Grand Finale Sale di MATRADE
BYD Sime Motors Anjur Jualan Akhir Tahun BYD Year-End Grand Finale Sale di MATRADE.
27-11-2026
Tiada Hasrat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta
Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .
27-11-2026
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia
Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.
26-11-2026
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?
Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.
26-11-2026
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke
Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.
25-11-2026
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih
Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti
25-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

