Kerajaan Tak Jadi Ambil Alih Lebuh Raya Bernilai RM6.2 bilion – Ini Sebabnya
Kerajaan telah mengambil keputusan untuk membatalkan perancangan mengambil alih empat lebuh raya di Lembah Klang yang ditawarkan pada 2019 oleh Gamuda Berhad (Gamuda).

Nilai yang terlibat dalam proses pengambilalihan lebuh raya Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd, Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (SPRINT), KESAS Sdn Bhd dan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) adalah sebanyak RM6.2 bilion.

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, keputusan ini diambil selepas mempertimbangkan bebanan yang ditanggung kerajaan dalam menguruskan proses ini.
Namun begitu, pada ketika ini Gamuda dan syarikat pengendali lebuh raya lain telah memberikan cadangan terbaharu yang sedang diteliti oleh kerajaan demi menyelesaikan isu tol.
Jelasnya, berdasarkan cadangan yang dibuat, kadar tol di lebuh raya yang terlibat tidak akan dinaikkan sepanjang tempoh konsesi dengan kemungkinan tempoh konsesi akan dilanjutkan.
“Kabinet sudah putuskan bahawa kerajaan tidak akan mengambil alih empat lebuh raya Gamuda disebabkan bebanan yang perlu ditanggung oleh kerajaan.
“Namun, Gamuda membuat cadangan baharu seperti yang dilakukan di Lebuhraya PLUS, iaitu kadar tol ditetapkan, tetapi (tempoh konsesi diberikan lanjutan).
“Perkara ini sedang dinilai oleh Kementerian Kerja Raya, Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Kementerian Kewangan dan apabila ada keputusan, kita akan umumkan,” katanya.
Sebelum ini, pada bulan Jun 2019, kerajaan pernah mengemukakan tawaran untuk mengambil alih LITRAK (RM2.47 bilion), SPRINT (RM1.984 bilion),KESAS (RM1.377 bilion) dan SMART (RM369 juta).
Mengulas lanjut mengenai hal ini, Fadillah berkata, kerajaan turut menerima cadangan yang sama daripada Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas), yang memegang konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE), Lebuh Raya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuh Raya Kajang SILK (SILK), Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).
"Cadangan supaya semua tol ditetapkan pada satu kadar hingga tamat konsesi bukan saja untuk Gamuda, tapi juga Prolintas dan lain-lain.
"Kita mahu atasi isu pengguna tidak puas hati, ada yang tak mahu tol dan ada yang boleh bayar tapi pada kadar yang munasabah.

"Namun kalau dibayar tol, tapi lebuh raya sesak, ini menimbulkan rasa tidak puas hati. Jadi, kita akan tengok keseluruhan penyelesaiannya berdasarkan maklum balas pengguna," katanya.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

