INFINITI QX55 2022 Bakal Dilancarkan Di AS – Adakah Rakyat Malaysia Dapat Merasa?
Baru-baru ini, INFINITI telah mengumumkan bahawa model crossover coupe baharu mereka, INFINITI QX55 2022 bakal ditawarkan dalam harga yang bermula daripada $46,500 (RM191,487) MSRP. Model yang akan kunjung tiba pada bulan April di seluruh Amerika Syarikat ini akan ditawarkan dalam tiga gred berbeza iaitu LUXE, ESSENTIAL dan SENSORY.

Model ini akan dimuatkan dengan sistem pacuan semua roda pintar, rim bersaiz 20 inci, teknologi wireless Apple CarPlay dan juga kargo peneraju kelas secara standard.
Sebagai tambahan kepada ciri standard, QX55 LUXE akan dilengkapi dengan moonroof bergelas tinted yang boleh digelangsar secara automatik, kerusi depan ergonomik dan boleh dipanaskan, riasan dalaman yang berwarna aluminium gelap dan Penghapus Bunyi Aktif.
Dari segi keselamatan, model ini menampilkan ciri-ciri seperti Brek Kecemasan Hadapan dengan pengesan pejalan kaki, Brek Automatik Belakang, Amaran Pelanggaran Hadapan Prediktif, Bantuan Lampu Suluh Tinggi, Amaran Keluar Laluan, Amaran Titik Buta dan Amaran Lintasan Trafik Belakang. Selain itu, sambungan 4G LTE dengan Wi-Fi juga turut ditawarkan. Teknologi ini boleh disambungkan kepada sehingga tujuh buah peranti.

QX55 akan dikuasakan oleh enjin VC-Turbo 268 hp yang digabungkan dengan CVT dengan stereng yang dilengkapi penganjak pedal serta mod manual. Pemilih Mod Pemanduan (Drive Mode) membenarkan pemandu untuk memilih tetapan yang sesuai dengan perjalanan. Sistem InTouch dwi-skrin INFINITI adalah sistem yang bersaiz 8 inci untuk skrin sentuh atas dan 7 inci untuk skrin sentuh bawah. Skrin ini menjadikan akses untuk hiburan dan informasi semuanya hanya di hujung jari.

Seterusnya, QX55 ESSENTIAL pula menawarkan pelbagai ciri standard yang dapat menyempurnakan Pakej ProASSIST seperti lampu depan LED berbentuk kiub, sistem pencahayaan depan adaptif, Kawalan Pelayaran Pintar, Bantuan Kawalan Jarak, Intervensi Titik Buta dan Pencegahan Keluar Laluan.
Sementara itu, Pakej ProACTIVE juga turut ditawarkan. Pakej ini merangkumi Pengecaman Papan Tanda Trafik, Stereng Adaptif Terus, Paparan Head-Up iaitu paparan pada lingkungan pandangan pemandu, dan juga Sistem Bantuan ProPILOT yang inovatif untuk menyokong pemandu melalui penawaran ciri seperti Bantuan Stereng dan juga Kawalan Pelayaran Pintar. Sistem kawalan ini lengkap dengan julat berkelajuan penuh, berhenti dan tahan.
INFINITI QX55 SENSORY 2022 memiliki kesemua ciri yang dinyatakan tetapi ditambah dengan tempat duduk balutan kulit semi-aniline, riasan kayu dengan pori terbuka semula jadi, sistem kawalan iklim automatik tiga zon, pintu belakang yang boleh diaktifkan melalui pergerakan dan kabin dalaman dengan pencahayaan ambien.

QX55 ditawarkan dalam lapan warna berbeza iaitu Majestic White, Liquid Platinum, Graphite Shadow, Mineral Black, Black Obsidian dan Hermosa Blue. Dua ton yang menonjol turut ditawarkan iaitu Dynamic Sunstone Red dan Slate Gray.
Untuk kabin dalamannya, permukaan tempat duduk dengan balutan kulit semi aniline berwarna Graphic dan Stone ditawarkan. Anda juga boleh memilih untuk menggabungkan warna merah Monaco dengan Graphite bagi balutan kulit semi aniline yang dapat memancarkan ekspresi berani.
Pembeli boleh melakukan tempahan secara digital yang membolehkan pembeli menjadi antara yang terawal menerima QX55 2022 sebaik ianya tiba. Model ini dijangkakan akan sampai kepada pasaran penting lain di dunia selepas pelancaran awal di Amerika Syarikat dan Kanada diadakan pada musim bunga nanti.
Namun begitu, ada berita menyedihkan untuk peminat kereta Nissan di Malaysia. Nissan Motor Co. Ltd telah mengambil keputusan untuk menarik Infiniti keluar dari Asia dan Oceania (kecuali China). Nampaknya, tak dapatlah kita melihat QX55 berpijak di bumi Malaysia.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT5654
SELANGOR
BSP1578
JOHOR
JYU6073
PULAU PINANG
PSB3574
PERAK
APG5721
PAHANG
CFG1837
KEDAH
KGF2754
NEGERI SEMBILAN
NEK941
KOTA KINABALU
SJR3395
KUCHING
QAB5401N
Terakhir Kemas Kini 16 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen
Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.
15-04-2026
15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?
auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!
15-04-2026
Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya
Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.
15-04-2026
15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia
Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.
15-04-2026
Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%
ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.
14-04-2026
Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan
Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.
14-04-2026
Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%
Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!
14-04-2026
Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)
MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.
13-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat