ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bakal Lancarkan Kereta Elektrik, Oppo Nak Ikut Jejak Huawei & Xiaomi?

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Dalam dunia serba moden ini, teknologi dilihat sebagai sebahagian besar daripada kehidupan manusia. Salah satu industri yang dapat merasakan kemanisan perkembangan teknologi yang pesat ini ialah industri automotif. 


Baru-baru ini, Oppo, anak syarikat BBK Electronics yang terkenal dengan pengeluaran telefon pintar serta beberapa peralatan elektronik lain dilaporkan akan terlibat dalam dunia automotif mengikuti jejak yang telah diambil oleh syarikat gergasi lain seperti Huawei dan Xiaomi. Pengasas dan CEO Oppo, Tony Chen ialah individu yang akan mengetuai projek ini. 


“Walaupun dalam pengeluaran kereta, kami akan memberikan tumpuan kepada perkara yang Oppo mampu lakukan dengan baik. Sekiranya pengeluar kereta tidak dapat menghasilkan kereta yang baik dan Oppo memiliki kekuatan tersebut, kami akan mencubanya pada masa akan datang,” jelas Chen. 

Giat Membangunkan Pasukan

Berdasarkan laporan daripada beberapa platform lain, Chen kini sedang bergerak aktif untuk mewujudkan pasukan bagi projek teknologi pemanduan autonomi dengan mengadakan pertemuan dengan pembekal bateri iaitu China Passenger Car Division (CATL) di samping mengunjungi China Automotive Research Institute. 

China Automotive Research Institute

Individu lain yang turut terlibat adalah Andy Wu, Naib Presiden kejuruteraan perisian Oppo dan juga Eric Guo, bekas ketua saintis syarikat kenderaan elektrik Xiaopeng Motors (Xpeng).

Pengeluaran Paten

HQ Oppo, Chengdu

Oppo juga telah menghadiri persidangan pembangun SAIC yang diadakan di Shanghai pada tahun ini dan mengeluarkan beberapa paten berkait dengan autonomi, termasuklah peranti pengukur, kamera, dan peralatan untuk memposisikan kereta. Kajian sedang giat dijalankan di pusat automotif Oppo yang terletak di Chengdu. 

Mengikuti Jejak Langkah Pengeluar Telefon Pintar Lain

Tidak lama sebelum ini, pengeluar telefon pintar Xiaomi mengumumkan rancangan mereka untuk melaburkan sebanyak 10 bilion dolar untuk menghasilkan kereta elektrik. Tidak lama selepas itu pula, Huawei telah mempamerkan prototaip SUV elektrik pertama mereka yang dinamakan SF5 di Shanghai Auto Show. 


SF5 Huawei

Pengeluar telefon pintar lain seperti Apple dan Sony telah pun memulakan kerja-kerja penghasilan kereta elektrik keluaran mereka sendiri. Pada tahun lepas, Sony telah memberi kejutan kepada orang ramai apabila memperkenalkan prototaip pertama Vision S mereka di CES 2020.


Prototaip Vision S Sony


Jenama Milik Oppo (OnePlus, Realme, Vivo)

Oppo ialah pengeluar telefon pintar kedua terbesar di negara China yang merupakan pemilik bagi jenama seperti Vivo, OnePlus dan Realme dengan bahagian pasaran sebanyak 8 peratus dan telah mengeluarkan lebih daripada 112 juta telefon pintar di seluruh dunia pada tahun lalu, termasuk Malaysia. 


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

08-10-2026
Global

07-10-2026
Kereta Baru

30-09-2026
EV

30-09-2026
Berita Auto

29-09-2026
EV

28-09-2026
EV

28-09-2026
Berita Auto

25-09-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?

Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?

12-10-2026
Berita Auto

Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman

Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.

12-10-2026
Berita Auto

MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.

12-10-2026
Berita Auto

BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban

Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.

12-10-2026
Berita Auto

Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?

Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.

12-10-2026
Berita Auto

Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5

Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.

11-10-2026
Berita Auto

JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut

Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.

11-10-2026
Berita Auto

Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?

Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.

09-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.