Kenderaan Elektrik Menguasai Pasaran Automotif Seluruh Negara China
China, salah satu peneraju pasaran kereta dunia sedang menuju ke arah pengeluaran lebih banyak kenderaan elektrik (EV). Ini terbukti daripada pameran auto yang baru sahaja diadakan baru-baru ini di Shanghai.
Kajian yang dilakukan baru-baru ini oleh China Passenger Car Association mendapati bahawa, satu daripada setiap lima kereta baharu yang terjual di negara tersebut adalah sama ada model kereta elektrik atau hibrid.

Di samping itu, kajian turut menunjukkan bahawa rata-rata jualan kenderaan elektrik yang dilakukan adalah daripada enam bandar terbesar di China.
Menurut setiausaha agung badan perdagangan kereta, Cui Dongshu, kira-kira 31% kereta yang terjual adalah kenderaan yang menggunakan tenaga alternatif, peningkatan daripada hanya 6% pada tahun 2016. Bagi sesetengah bandar utama seperti Shanghai, angka yang dilaporkan adalah lebih tinggi.

Kajian ini turut menunjukkan statistik penembusan kenderaan elektrik daripada pengiraan jualan keseluruhan kereta. Statistik ini menunjukkan bahawa jualan kenderaan elektrik di Beijing adalah mencecah 16 peratus, Guangzhou 13 peratus, Shenzhen 25 peratus, Hangzhou 21 peratus dan Tianjin 12 peratus. Angka sebenar jualan EV di seluruh negara adalah lebih tinggi.
Kajian ini turut mendedahkan bahawa pengguna di bandar-bandar yang membangun di bahagian pantai timur China menunjukkan kecenderungan terhadap EV.
Ini disebabkan oleh dasar mesra pengguna yang diketengahkan oleh kerajaan tempatan yang mana dasar ini adalah termasuk kemudahan akses kepada plat kenderaan.

Walau bagaimanapun, lain ceritanya dengan masyarakat China di kawasan pedalaman yang masih lagi tidak begitu cenderung untuk memilih EV sebagai kenderaan harian.
Seperti yang dinyatakan Dongshu, dasar yang baik ini mungkin tidak akan kekal lama disebabkan oleh peningkatan masalah kesesakan jalan raya dan juga penembusan EV yang tinggi.
Dalam konteks ini, Shanghai mungkin akan mula melakukan sekatan atas pengeluaran nombor plat kenderaan untuk beberapa EV bersaiz kecil seperti SAIC-GM-Wuling Automobile Co.’s, Hongguang Mini EV.

Kajian juga mendedahkan bahawa kereta dengan kepanjangan kurang daripada 4.6 meter serta berharga kurang daripada 100,000 yuan (RM 64,048), tidak akan menerima sebarang kelebihan termasuklah nombor plat percuma.
Selain itu, setiausaha agung turut mengatakan bahawa sama ada peraturan baharu ini akan dilaksanakan atau tidak, ia mungkin tidak akan memberi kesan kepada jualan keseluruhan kereta elektrik.

Salah satu syarikat yang turut menyumbang kepada kemajuan China dalam pengeluaran EV ialah syarikat gergasi Baidu yang baru sahaja melancarkan khidmat teksi tanpa pemandu di Beijing. Syarikat ini adalah syarikat pertama yang mengkomersialkan teknologi pemanduan autonomi.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4996
SELANGOR
BSR6734
JOHOR
JA4495J
PULAU PINANG
PSD8914
PERAK
APJ9285
PAHANG
CFH1907
KEDAH
KGH1527
NEGERI SEMBILAN
NEK9536
KOTA KINABALU
SJT1344
KUCHING
QAB2165P
Terakhir Kemas Kini 19 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang
Pokok Tumbang Di Jalan Tun Razak: Seorang Maut, Tujuh Cedera.
20-07-2026
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif
Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.
20-07-2026
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini
EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.
20-07-2026
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat