Kereta Ikonik Renault Dengan Kerusi Boleh Lipat Jadi Katil Diperkenalkan
Renault mendedahkan barisan baharu Trafic bagi versi Combi dan juga SpaceClass. Kedua-dua versi baharu ini dikeluarkan untuk tujuan berbeza yang mana Combi adalah bagi mengangkut ramai penumpang, manakala SpaceClass pula merupakan sebuah model eksklusif yang direka untuk membawa penumpang VIP yang menginginkan lebih keselesaan.

"Renault memperkukuh DNA Trafik yang ikonik dengan lebih banyak reka bentuk, prestasi (lebih baik), keselamatan (lebih baik), bermula daripada kenderaan yang digunakan untuk mengangkut penumpang. Trafic Combi dan SpaceClass yang baharu adalah lebih elegan dengan reka bentuk yang nampak lebih ekspresif, lengkap dengan sistem bantuan pemandu baharu dan juga pilihan enjin yang lebih luas. Versi komersial Trafic yang baharu akan diperkenalkan pada penghujung tahun 2021," ujar Pengarah Komersial Group Renault, Jean-Baptiste.

Pelbagai Pilihan Enjin
Model baharu daripada Renault ini ditawarkan dalam tiga jenis enjin diesel berbeza iaitu enjin Blue dCi 110 baharu (6MT), Blue dCi 150 (dengan transmisi versi EDC 6 kelajuan manual atau automatik) serta akhir sekali Blue dCi 170 yang ditawarkan dengan transmisi automatik 6 kelajuan (EDC).
-full.jpg)
Tujuan Pengangkutan Yang Berbeza
Trafic Combi yang baharu sesuai untuk kegunaan keluarga yang besar dan syarikat yang menyediakan khidmat pengangkutan awam. Ia dapat memenuhi keperluan tempat duduk yang lebih modular, selesa, serta lengkap dengan ruang simpanan. Sementara itu, SpaceClass pula sesuai untuk kegunaan pelanggan VIP yang mencari sesuatu yang lebih versatile, dengan ruang dan keselesaan yang eksklusif.
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Ruang Dalaman
Selain itu, turut ditawarkan adalah kereta versi SpaceClass Signature yang didatangkan dengan upholsteri kulit dan kabin dalaman bergaya eksklusif. Rekaan dalamannya seolah-olah ruang tamu yang bergerak, cukup selesa. Lengkap dengan meja tengah yang boleh ditanggalkan. Pengguna boleh mengeluarkan kesemua kerusi pusing yang disediakan untuk memuatkan sehingga lima orang yang duduk bertentangan antara satu sama lain.
-full.jpg)
Kerusi Kepada Katil
Varian menarik lain ialah SpaceClass Escapade yang dihasilkan khas untuk tujuan rekreasi. Kerusinya boleh ditukarkan kepada katil yang berkepanjangan 1.90 meter. Meja yang boleh ditanggalkan bersama-sama dengan lampu bacaan tambahan di tepinya adalah gabungan yang sempurna untuk sebuah percutian yang mendamaikan jiwa dan serba lengkap.
Lengkap Dengan Teknologi Canggih
Model baharu ini dilengkapi dengan skrin sentuh bersaiz 8 inci dan juga pengecas induksi. Sistem sambungan yang digunakan juga cukup canggih melalui sistem multimedia latest Renault EASY LINK yang lengkap dengan kemudahan navigasi dan boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto.
Ciri Keselamatan Yang Menenangkan Fikiran
Ciri keselamatan kereta ini diperbaik dengan adanya sistem seperti kawalan jelajah adaptif, brek kecemasan aktif, amaran keluar laluan, amaran trajektori tidak stabil dan amaran titik buta. Tamabahan baharu lain yang dibuat adalah pemasangan beg udara depan bagi perlindungan yang lebih optimum.
Trafic Combi dan SpaceClass baharu sudah mula ditawarkan pada bulan ini kepada orang ramai.
-full.jpg)
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
CEO Renault Letak Jawatan Untuk Sertai Gergasi Barangan Mewah, Kering
Luca De Meo mengejutkan dunia automotif apabila mengumumkan peletakan jawatannya secara tiba-tiba pada 15 Jun 2025.
17-06-2025
Letupan Gas Putra Heights: Tan Chong Motor, Warisan TC Pinjamkan 30 Kereta
Tan Chong Motor Holdings Bhd (TCMH) dan Warisan TC Holdings Bhd (WTCH) turut tampil membantu mangsa letupan gas di Putra Heights, Subang Jaya.
06-04-2025
Renault 5 Turbo 3E Sedia Untuk Pengeluaran – EV Retro Berprestasi Tinggi
Model konsep Renault 5 Turbo 3E yang mencuri perhatian pada Disember lalu bakal menjadi kenyataan dengan pengenalan versi pengeluarannya.
20-03-2025
Konsep EV Renault Filante Hanya 1,000 KG – Sasar Catat Rekod Jarak EV Terjauh
Renault memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) konsep terbarunya yang dikenali sebagai Filante Record 2025, sebuah prototaip dengan ‘aura’ retro namun sarat teknologi canggih.
03-02-2025
Geely & Renault Kerjasama Bangunkan Enjin & Teknologi Hibrid Untuk Proton, Volvo
Geely dan Renault menjalinkan kerjasama untuk bangunkan teknologi trenkuasa.
14-07-2023
Toyota, Mazda Bakal Tutup Operasi Kilang Di Rusia, Ini Puncanya...
Toyota akhirnya telah mengambil keputusan untuk menutup sepenuhnya operasi kilang pengeluaran.
27-09-2022
Tempahan Renault ZOE Generasi Terbaharu Dibuka, Harga Dari RM163K
Renault Malaysia kini telah membuka tempahan bagi kenderaan elektrik (EV) kompak Renault Zoe generasi baharu.
15-08-2022
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

