Ikon Klasik Muncul Semula

Selepas beberapa model konsep dan prototaip yang didedahkan di media sosial, , Renault 5 E-Tech akhirnya membuat penampilan globalnya sempena Geneva International Motor Show 2024 yang diadakan di Geneva, Switzerland baru-baru ini.
Kehadiran supermini ini sebenarnya adalah ikon Renault 5 70-an yang telah dilahirkan semula namun kali ini ia didatangkan dalam versi elektrik.
Apapun, walaupun ia nampak sedikit klasik namun ia didatangkan dengan reka bentuk yang agak moden memandangkan bahagian hadapannya hadir dengan grafik mimik muka manusia.


Ini kerana kedua lampu depan jenis LED kelihatan seperti mata manakala logonya pula terletak di tengah-tengah kerangka badan menyebabkan ia kelihatan seperti hidung.
Saya mengakui supermini kompak ini kelihatan agak moden kerana pemegang pintunya tersembunyi manakala ia cuma didatangkan dengan tiga pintu.


Menjengah kabinnya, ia mempunyai persamaan dengan model terdahulunya.
Ia dilengkapi dengan skrin kluster digital sebesar tujuh atau 10 inci, sementara skrin infohibur tengah pula adalah standard 10 inci untuk semua versi.
Kesemua tempat duduknya pula dibaluti dengan warna kuning dan kelabu.


Beralih kepada port pengecasnya, ia terletak di bahagian sisi bagi dan sebaik baterinya penuh, logo berbentuk 5 yang berada di but depan akan menyala.

Dari segi bateri, R5 E-Tech didatangkan dengan pek bateri berkapasiti 40-kWj atau 52-kWj, namun jika ia menggunakan bateri 40-kWj, ia boleh bergerak sejauh 299 kilometer (KM) manakala 52kWj (400 KM) dengan hanya sekali cas.
Ia juga mempunyai pengecasan AC dua arah yang menyokong teknologi V2L (vehicle-to-load) dan V2G (vehicle-to-grid).

Menyentuh mengenai trenkuasanya, ia didapati dalam tiga pilihan kuasa, iaitu 94 hp/215 Nm, 121 hp/225 Nm atau 148 hp/254 Nm.
Buat masa ini, Renault 5 E-Tech sudah berada di pasaran Eropah dan dijual pada harga €25,000 (RM129,649).
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
CEO Renault Letak Jawatan Untuk Sertai Gergasi Barangan Mewah, Kering
Luca De Meo mengejutkan dunia automotif apabila mengumumkan peletakan jawatannya secara tiba-tiba pada 15 Jun 2025.
17-06-2025
Letupan Gas Putra Heights: Tan Chong Motor, Warisan TC Pinjamkan 30 Kereta
Tan Chong Motor Holdings Bhd (TCMH) dan Warisan TC Holdings Bhd (WTCH) turut tampil membantu mangsa letupan gas di Putra Heights, Subang Jaya.
06-04-2025
Renault 5 Turbo 3E Sedia Untuk Pengeluaran – EV Retro Berprestasi Tinggi
Model konsep Renault 5 Turbo 3E yang mencuri perhatian pada Disember lalu bakal menjadi kenyataan dengan pengenalan versi pengeluarannya.
20-03-2025
Konsep EV Renault Filante Hanya 1,000 KG – Sasar Catat Rekod Jarak EV Terjauh
Renault memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) konsep terbarunya yang dikenali sebagai Filante Record 2025, sebuah prototaip dengan ‘aura’ retro namun sarat teknologi canggih.
03-02-2025
Geely & Renault Kerjasama Bangunkan Enjin & Teknologi Hibrid Untuk Proton, Volvo
Geely dan Renault menjalinkan kerjasama untuk bangunkan teknologi trenkuasa.
14-07-2023
Toyota, Mazda Bakal Tutup Operasi Kilang Di Rusia, Ini Puncanya...
Toyota akhirnya telah mengambil keputusan untuk menutup sepenuhnya operasi kilang pengeluaran.
27-09-2022
Tempahan Renault ZOE Generasi Terbaharu Dibuka, Harga Dari RM163K
Renault Malaysia kini telah membuka tempahan bagi kenderaan elektrik (EV) kompak Renault Zoe generasi baharu.
15-08-2022
Pantone Menggunakan Warna Signaturnya Bagi Mencerminkan Unsur Kelajuan Pada Alpine A110
Alpine A110 ditayangkan dalam satu acara berprestij di Grand Prix F1 Monaco baru-baru ini.
24-08-2021
Berita Terkini
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
