- Berita
- Berita Auto
- Pantone Menggunakan Warna Signaturnya Bagi Mencerminkan Unsur Kelajuan Pada Alpine A110
Pantone Menggunakan Warna Signaturnya Bagi Mencerminkan Unsur Kelajuan Pada Alpine A110
Kumpulan Renault mempamerkan rekaan corak kereta sport ikoniknya, Alpine A110 yang dikatakan tiada tolok tandingannya dalam satu acara berprestij di Grand Prix F1 Monaco baru-baru ini.

Syarikat itu telah memeterai satu kolaborasi dengan artis Argentina, Felipe Pantone pada April lalu. Hasil kerjasama terbaharu itu dikenali sebagai ‘Alpine F1 x Felipe Pantone’.

Ini bermakna, Pantone akan mempersembahkan hasil kreatifnya pada Alpine. Jentera berkenaan kini dipamerkan di Atelier Renault yang dikhaskan untuk Alpine.
Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Alpine, Cedric Journel berkata, pihaknya menjalinkan kerjasama dengan Pantone buat kali kedua.
Pantone dikatakan akan mempersembahkan bakatnya memandangkan hasil karyanya nyata kreatif dan luar biasa.
“Pilihan warna, bentuk geometri dan kesan optik sekali gus menonjolkan A110 dalam pancaran cahaya baharu. Hasil keputusan ini menghasilkan karya seni dilihat sangat moden, dinamik dan menawan,” katanya

Pantone dikatakan mengambil masa yang lama untuk mempelajari mengenai jenama, sejarah dan pemanduan kereta coupe yang sporty ini.
Kerja-kerja mengecat kerangka Alpine A110 dijalankan dengan menggunakan tangan menyebabkan ia akan mengambil beberapa minggu untuk siap dengan sepenuhnya.
Gambaran keseluruhan menunjukkan garisan grafik diukir berdasarkan bentuk A110 sekali gus menampilkan elemen kelajuan biarpun kenderaan itu hakikatnya, tidak bergerak.

Alpine A110 juga tampil dengan warna signatur artis itu iaitu hitam dan putih.
Bagi menambahkan lagi elemen eksklusifnya, setiap tiga model yang dijual akan menampilkan seni variasi grafik yang halus bagi menampakkan setiap model itu kelihatan unik.

“Idea saya pada A110 sebenarnya membangkitkan deria ultra dinamisme. Visual kelajuan ini adalah sesuatu yang saya kaji beberapa tahun lalu dan saya berasa ia sememangnya sesuatu untuk kereta ini.
“Ia menekankan reka bentuk yang cemerlang dengan penampilan teknologi pantas,” kata Pantone.

Hasil karya Alpine A110 adalah berdasarkan versi A100S dimana ia memiliki daya kuasa yang hebat sekali gus mampu menghamburkan 292 kuasa kuda.
Bagi meraikan kolaborasi buat kali kedua ini, pasukan Alpine dikatakan menjenamakan warna Patone dengan elemen grafik yang khas.

Setakat ini, hanya tiga Alpine A110 dihasilkan setakat ini. Setiap model didatangkan dengan tag harga €125,000 (RM 616,935) termasuk cukai.

Biarpun, ia diluluskan untuk kegunaan di jalan raya, hasil karya seni ini sebenarnya ditujukan kepada pengumpul tegar kereta cantik dan unik!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
CEO Renault Letak Jawatan Untuk Sertai Gergasi Barangan Mewah, Kering
Luca De Meo mengejutkan dunia automotif apabila mengumumkan peletakan jawatannya secara tiba-tiba pada 15 Jun 2025.
17-06-2025
Letupan Gas Putra Heights: Tan Chong Motor, Warisan TC Pinjamkan 30 Kereta
Tan Chong Motor Holdings Bhd (TCMH) dan Warisan TC Holdings Bhd (WTCH) turut tampil membantu mangsa letupan gas di Putra Heights, Subang Jaya.
06-04-2025
Renault 5 Turbo 3E Sedia Untuk Pengeluaran – EV Retro Berprestasi Tinggi
Model konsep Renault 5 Turbo 3E yang mencuri perhatian pada Disember lalu bakal menjadi kenyataan dengan pengenalan versi pengeluarannya.
20-03-2025
Konsep EV Renault Filante Hanya 1,000 KG – Sasar Catat Rekod Jarak EV Terjauh
Renault memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) konsep terbarunya yang dikenali sebagai Filante Record 2025, sebuah prototaip dengan ‘aura’ retro namun sarat teknologi canggih.
03-02-2025
Geely & Renault Kerjasama Bangunkan Enjin & Teknologi Hibrid Untuk Proton, Volvo
Geely dan Renault menjalinkan kerjasama untuk bangunkan teknologi trenkuasa.
14-07-2023
Toyota, Mazda Bakal Tutup Operasi Kilang Di Rusia, Ini Puncanya...
Toyota akhirnya telah mengambil keputusan untuk menutup sepenuhnya operasi kilang pengeluaran.
27-09-2022
Tempahan Renault ZOE Generasi Terbaharu Dibuka, Harga Dari RM163K
Renault Malaysia kini telah membuka tempahan bagi kenderaan elektrik (EV) kompak Renault Zoe generasi baharu.
15-08-2022
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat