ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Perbandingan Antara Honda City RS Dengan Pesaingnya, Toyota Vios & Nissan Almera

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Honda City RS telah pun memasuki pasaran Malaysia pada bulan Mac tahun ini.  Kehadiran RS mewujudkan pesaing baharu bagi kenderaan segmen B premium lain terutamanya Toyota Vios dan Nissan Almera. Dalam artikel ini, penulis kongsikan antara perbezaan  ketara bagi ketiga-ketiga model.


Jika dibandingkan dari segi harga, RS memiliki harga yang tertinggi yang bermula daripada RM 105,950, diikuti oleh Toyota Vios pada RM 74,623 dan akhir sekali Nissan Almera iaitu RM 65,699. 

Berkenaan enjin, RS menggunakan enjin i-VTEC DOHC kitaran Atkinson 1.5L yang memberikan  97 hp kuasa kuda pada 5,600 rpm - 6,400 rpm dan 177 Nm tork pada 4,500 rpm - 5,000 rpm. Dimuatkan dengan dua motor, enjin kereta turut dilengkapi motor elektrik yang berfungsi sebagai pemula atau starter.  Motor yang kedua menghasilkan kuasa kuda sebanyak 106 hp pada 3,500 ke 8,000 rpm dan 253 Nm tork pada 0 ke 3,000 rpm. 

Sementara itu, Vios menggunakan enjin 4 silinder Dwi VVT-i 1.5L yang menghasilkan 107 hp pada 6,000 rpm dan 140 Nm tork pada 4,200 rpm. Pesaing yang seterusnya, Almera pula dikuasakan oleh enjin 3 silinder berpengecas turbo 1.0L yang memberikan 99 hp pada 5,000 rpm dan 152 Nm tork pada 2,400 ke 4,000 rpm.  

Mengenai transmisi, RS menggunakan transmisi jenis e-CVT (Transmisi Boleh Ubah Berterusan Elektrik), Vios pula dilengkapi transmisi jenis CVT (Transmisi Boleh Ubah Berterusan)  bersama fungsi Sport Sequential Shiftmatic 7-kelajuan. Akhir sekali, Almera dengan X-Tronic CVT bersama D-Step Logic dan mod Sport.  

Vios memiliki kadar penggunaan minyak tertinggi iaitu  5.8 L/100km, diikuti oleh Almera 5.4 L/100km (NEDC). Kereta dengan penggunaan minyak terendah ialah RS  3.77 L/100km.

Honda City RS memiliki kepanjangan  4,553 mm, kelebaran 1,748 mm dan ketinggian 1,467 mm, dengan jarak antara roda 2,600 mm. Beratnya adalah 1,246 kg dan didatangkan dengan ruang but berkapasiti 410 liter.  




Untuk Toyota Vios pula, memiliki kepanjangan, kelebaran dan ketinggian dalam mm sebanyak 4,425 x 1,730 x  1,425. Berjarak antara roda 2,550 mm dengan berat 1,145 kg dan ruang but berkapasiti 506 liter.  



Seterusnya dimensi untuk kepanjangan, kelebaran dan ketinggian (mm) Nissan Almera pula adalah 4,425  x 1,695  x 1,500 dengan berat mencecah  1,035 kg. Jarak antara roda adalah 2,600 mm. Ruang but 490 liter. 




Berdasarkan dimensi yang dikongsikan, dapat dirumuskan bahawa RS adalah model yang terpanjang (4,553 mm) dan terlebar (1,748 mm) berbanding yang lain.  Namun begitu, model dengan dimensi badan tertinggi ialah Almera (1,500 mm). Untuk ruang but pula, Vios menawarkan kapasiti terbesar iaitu 506 liter.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6230

SELANGOR

BSU3687

JOHOR

JF5842J

PULAU PINANG

PSG3654

PERAK

APM1847

PAHANG

CFJ509

KEDAH

KGJ4374

NEGERI SEMBILAN

NEM2549

KOTA KINABALU

SJU5166

KUCHING

QAB7445P

Terakhir Kemas Kini 12 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Legenda Kini Kembali! Honda Prelude Serba Baharu Rasmi Di Malaysia, Ada DNA Type R, Harga RM278k

Lupakan Sekejap Civic, Honda Prelude Generasi Ke-6 Dah Tiba Di Malaysia! Apa Yang Best Sangat?

12-06-2026
Berita Auto

Honda Malaysia Perkukuh Dominasi Hibrid; Model e:HEV Kini Dilindungi Jaminan 10 Tahun

Bukan Untuk Model Baharu Sahaja, Pemilik Honda Jazz & City Hybrid Lama Turut Dapat Lanjutan Waranti!

04-05-2026
Kereta Baru

Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?

Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?

16-04-2026
Berita Auto

Kereta Honda Laku Keras, Ini Pula Sasaran CEO Honda Malaysia Tahun Ini

Honda Malaysia meletakkan sasaran untuk menjual sebanyak 60,000 unit kereta pada tahun ini.

11-02-2026
Berita Auto

Honda Malaysia Bakal Lancar 6 Model Baharu Tahun Ini, Adakah Mungkin Prelude?

Honda Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya akan melancarkan sekurang-kurangnya enam model baharu ke pasaran Malaysia pada tahun ini.

11-02-2026
Kereta Baru

Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900

Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25, Honda Malaysia (HM) mengumumkan syarikatnya itu kini menawarkan versi khas, CR-V Dual-Tone Edition, eksklusif untuk CR-V generasi keenam varian E dan V.

13-11-2025
Berita Auto

Honda Malaysia, KTMB Jalin Kerjasama Untuk Sediakan Mobiliti Lestari Pada Persidangan ASEAN Railways Ke-45

Honda Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bertindak sebagai Rakan Rasmi Pengangkutan Kereta bagi Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Kereta Api ASEAN (ARCEOs’) ke-45.

09-09-2025

Berita Terkini

Pandu Uji

Gaji RM1,700 Kereta Apa Yang Boleh Dibeli? Ini Senarai & Kiraannya

Kereta Apa Yang Boleh Dibeli Dengan Gaji RM1,700.

28-09-2026
Pandu Uji

SUV RM80K Paling Masuk Akal? Tengok Dulu Kos Maintenance Sebelum Sign Loan

Dalam harga RM80,000 Untuk SUV Sebegini? Ini Pengalaman Saya Bersama Perodua Traz.

25-09-2026
Pandu Uji

BUDI95 Tak Cukup? Haval H6 HEV 'Tapau' 1,000KM 1 Tangki

SUV jimat minyak, Haval H6 HEV sekali isi, boleh redah lebih 1,000KM.

31-03-2026
Pandu Uji

Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..

Penulis berkesempatan memandu uji Perodua Traz, baru-baru ini.

17-12-2025
Pandu Uji

Pandu Uji Ringkas Perodua QV-E, Nampak Gaya Ada Potensi Kalahkan EV "Luar"

Penulis berpeluang memandu uji Perodua QV-E di Litar Antarabangsa Sepang, baru-baru ini.

01-12-2025
Pandu Uji

BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.

10-11-2025
Pandu Uji

Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu

Ini dia tujuh perkara menarik yang perlu anda tahu tentang sedan segmen A, Proton Saga generasi keempat (Saga MC3).

04-11-2025
Pandu Uji

Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5: EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita

Penulis berpeluang memandu uji Proton e.MAS 5 di COE, Shah Alam, pada minggu lepas.

17-10-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.