Kia EV6: Cas 18 Minit Boleh Gerak Sejauh 338 KM!
Telah dilancarkan baru-baru ini di Amerika Syarikat ialah Kia EV6 yang didatangkan dengan pelbagai spesifikasi menarik.
![]()
EV6 telah dibina berdasarkan platform modular yang dinamakan sebagai Electric-Global Modular Platform (E- GMP) yang diperkenalkan pada bulan Disember 2020.
Kenderaan dengan struktur rekaan ini menggunakan sistem 800 volt yang membolehkannya untuk menggunakan pengecas berkelajuan tinggi untuk mencapai jarak perjalanan sejauh 300 batu (482 km) berdasarkan ujian kitaran EPA.

Syarikat turut memaklumkan bahawa sekiranya EV6 dicas sehingga mencapai kapasiti tertinggi dengan menggunakan pengecas pantas DC, dalam masa hanya 18 minit ia dapat memberikan jarak pemanduan sebanyak 210 batu (338 km).

EV6 didatangkan dalam empat varian berbeza. Varian pertama iaitu varian asas EV6. Varian ini dimuatkan dengan satu motor belakang 58 kWj yang boleh memberikan kuasa output maksimum sebanyak 167 hp.
Varian seterusnya juga merupakan model pacuan roda belakang satu motor, namun dengan kapasiti bateri lebih tinggi iaitu 77.4 kWj dan kuasa output sebanyak 218 hp.

Varian yang ketiga tertinggi ialah model pacuan semua roda yang dipasangkan dengan dua motor elektrik, digabungkan dengan pek bateri yang lebih besar. Gabungan kedua-dua motor ini dapat menjana kuasa maksimum sebanyak 313 hp dan boleh memecut daripada 0 ke 60 batu sejam (0-96 km/j) dalam hanya 5.1 saat.
Varian tertinggi bagi EV6 ialah varian GT. Butiran mengenai powertrainnya masih tidak didedahkan kepada orang ramai, namun syarikat mengumumkan bahawa varian ini memiliki kuasa output maksimum sebanyak 576 hp dan boleh memecut daripada 0-60 batu sejam (0-96 km/j) dalam masa hanya 3.5 saat.

Apa yang membuatkan EV6 sebuah model yang unik adalah kerana ialah boleh dianggap sebagai 'power bank' bergerak. Ia memiliki fungsi yang dinamakan Vehicle-to-Load (V2L) yang membolehkan kereta ini mengecas apa-apa sahaja.
Kebolehan 'power bank'nya membenarkan kereta untuk mengecas pelbagai peralatan elektrik rumah dan boleh bertahan sehingga selama 36 jam (sekiranya dicas penuh).

Bukan itu sahaja, ia turut memiliki kemampuan pengecasan Vehicle-to-Vehicle (V2V). Fungsi ini membolehkan kereta untuk mengecas kereta lain pada 1.1 kW, bersamaan dengan pengecasan bagi peranti rumah 110 volt.
Selain itu, mengenai peralatan teknikal yang dipasangkan, EV6 menampilkan 21 jenis bantuan pemanduan dan juga sistem keselamatan berbeza, sebuah paparan-di-kepala realiti terimbuh (augmented reality head-up display) dan paparan informasi cuaca secara langsung.

Mengenai ruang dalamannya, kabin menggunakan upholsteri kulit yang 100 peratus vegan. Di bahagian belakang menawarkan ruang kargo yang berkapasiti tinggi iaitu 1,515 liter apabila kerusi dilipat rata.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kia Amerika Utara dan Kia Amerika, Sean Yoon menyimpulkan bahawa "EV6 menandakan era baharu dan transformatif dalam elektrifikasi Kia. Crossover inovatif ini memanfaatkan banyak kelebihan platform termajunya iaitu untuk menawarkan pelbagai keseronokan dan kemudahan teknologi yang dapat memberikan pengalaman pemilikan (kereta) yang terbaik."

Namun begitu, varian tertinggi iaitu EV6 GT akan mula ditawarkan lewat penghujung 2022. Sementara itu, tiga lagi varian EV6 lain bakal hadir di bilik pameran bermula awal tahun hadapan.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kia Seltos Generasi Terbaru – Lebih Besar, Agresif, 2 Versi ICE
Kia telah mendedahkan rekaan SUV crossover subkompaknya dalam versi generasi terbaru, Kia Seltos. Model ini tampil dengan reka bentuk yang jauh lebih berani, diinspirasikan daripada model SUV Kia lain yang terbaru.
12-12-2025
Kia Vision Meta Turismo Didedahkan, Adakah Ia Pengganti Stinger GT?
Kia memperkenalkan konsep GT empat pintu terbaharunya yang dikenali sebagai Vision Meta Turismo.
09-12-2025
Ini Dia Kereta Konsep Kia, Mungkin Pengganti Kepada Model Stinger?
Gambar teaser itu menguatkan lagi spekulasi bahawa kereta yang ditunjukkan itu akan menjadi pengganti kepada model Kia Stinger.
05-12-2025
Kia PV5 Bakal Saingi VW ID.Buzz?
Lebih banyak butiran akan didedahkan sempena Hari EV pada 27 Februari ini.
24-02-2025
Rekaan Kia EV4 Didedahkan – Sedan Elegan & Hatchback Sporty
Selepas beberapa imej acah dikongsikan minggu lalu, Kia akhirnya mendedahkan imej rasmi pertama model elektrik kompak terbarunya, Kia EV4.
17-02-2025
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!
Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.
03-02-2025
Kia Sportage Facelift 2025 Diberikan Sentuhan & Teknologi Canggih Seperti EV9 – Lambat Lagi Tiba Di M'sia?
Syarikat automotif Korea, Kia, akhirnya memperkenalkan Kia Sportage 2025 versi facelift di pasaran domestiknya. Berdasarkan model generasi kelima (kod NQ5).
07-11-2024
Teaser Kia K8 Facelift Didedahkan – Tampil Elegan Dengan Sentuhan Rekaan EV9
Kia, baru-baru ini telah mengeluarkan teaser pertama untuk Kia K8 facelift yang akan datang.
01-08-2024
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

