ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kia EV6: Cas 18 Minit Boleh Gerak Sejauh 338 KM!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Telah dilancarkan baru-baru ini di Amerika Syarikat ialah Kia EV6 yang didatangkan dengan pelbagai spesifikasi menarik.  

EV6 telah dibina berdasarkan platform modular yang dinamakan sebagai Electric-Global Modular Platform (E- GMP) yang diperkenalkan pada bulan Disember 2020. 

Kenderaan dengan struktur rekaan ini menggunakan sistem 800 volt yang membolehkannya untuk menggunakan pengecas berkelajuan tinggi untuk mencapai jarak perjalanan sejauh 300 batu (482 km) berdasarkan ujian kitaran EPA. 


Syarikat turut memaklumkan bahawa sekiranya EV6 dicas sehingga mencapai kapasiti tertinggi dengan menggunakan pengecas pantas DC, dalam masa hanya 18 minit ia dapat memberikan jarak pemanduan sebanyak 210 batu (338 km).

EV6 didatangkan dalam empat varian berbeza. Varian pertama iaitu varian asas EV6. Varian ini dimuatkan dengan satu motor belakang 58 kWj yang boleh memberikan kuasa output maksimum sebanyak 167 hp. 

Varian seterusnya juga merupakan model pacuan roda belakang satu motor, namun dengan kapasiti bateri lebih tinggi iaitu 77.4 kWj dan kuasa output sebanyak 218 hp. 


Varian yang ketiga tertinggi ialah model pacuan semua roda yang dipasangkan dengan dua motor elektrik, digabungkan dengan pek bateri yang lebih besar.  Gabungan kedua-dua motor ini dapat menjana kuasa maksimum sebanyak 313 hp dan boleh memecut daripada 0 ke 60 batu sejam (0-96 km/j) dalam hanya 5.1 saat. 

Varian tertinggi bagi EV6 ialah varian GT.  Butiran mengenai powertrainnya masih tidak didedahkan kepada orang ramai, namun syarikat mengumumkan bahawa varian ini memiliki kuasa output maksimum sebanyak 576 hp dan boleh memecut daripada 0-60 batu sejam (0-96 km/j) dalam masa hanya 3.5 saat. 


Apa yang membuatkan EV6 sebuah model yang unik adalah kerana ialah boleh dianggap sebagai 'power bank' bergerak. Ia memiliki fungsi yang dinamakan Vehicle-to-Load (V2L) yang membolehkan kereta ini mengecas apa-apa sahaja.  

Kebolehan 'power bank'nya membenarkan kereta untuk mengecas pelbagai peralatan elektrik rumah dan boleh bertahan sehingga selama 36 jam (sekiranya dicas penuh). 


Bukan itu sahaja, ia turut memiliki kemampuan pengecasan Vehicle-to-Vehicle (V2V). Fungsi ini membolehkan kereta untuk mengecas kereta lain pada 1.1 kW, bersamaan dengan pengecasan bagi peranti rumah 110 volt. 

Selain itu, mengenai peralatan teknikal yang dipasangkan, EV6 menampilkan 21 jenis bantuan pemanduan dan juga sistem keselamatan berbeza, sebuah paparan-di-kepala realiti terimbuh (augmented reality head-up display) dan paparan informasi cuaca secara langsung. 


Mengenai ruang dalamannya, kabin menggunakan upholsteri kulit yang 100 peratus vegan. Di bahagian belakang menawarkan ruang kargo yang berkapasiti tinggi iaitu 1,515 liter apabila kerusi dilipat rata. 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kia Amerika Utara  dan Kia Amerika, Sean Yoon menyimpulkan bahawa "EV6 menandakan era baharu dan transformatif dalam elektrifikasi Kia. Crossover inovatif ini memanfaatkan banyak kelebihan platform termajunya iaitu untuk menawarkan pelbagai keseronokan dan kemudahan teknologi yang dapat memberikan pengalaman pemilikan (kereta) yang terbaik."


Namun begitu, varian tertinggi iaitu EV6 GT akan mula ditawarkan lewat penghujung 2022. Sementara itu, tiga lagi varian EV6 lain bakal hadir di bilik pameran bermula awal tahun hadapan. 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRA2487

SELANGOR

BSQ3648

JOHOR

JYX3064

PULAU PINANG

PSC5034

PERAK

APH6771

PAHANG

CFG6023

KEDAH

KGG2173

NEGERI SEMBILAN

NEK4878

KOTA KINABALU

SJR9999*

KUCHING

QAB8435N

Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

08-01-2026
Global

12-12-2025
Berita Auto

11-12-2025
Berita Auto

28-11-2025
Global

17-09-2025
EV

13-02-2025
Global

20-12-2024
Kereta Baru

20-11-2024

Berita Terkini

Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026
Berita Auto

20 Saman AES: Pemandu Alphard Akhirnya Kantoi

Pemandu Alphard Kantoi Sembunyi Kereta Belakang Bank, Rupa-Rupanya 'Sarat' Saman AES!

26-05-2026
Berita Auto

Saman Bukan Matlamat: 2,000 Anggota JPJ Pantau Kawasan Berisiko

2,000 JPJ akan digerakkan di seluruh negara.

26-05-2026
Berita Auto

Tukar Hak Milik Kereta Persendirian: 8 Pusat Pemeriksaan Carro Mula Beroperasi Bulan Depan

Carro dilantik laksana pemeriksaan tukar hak milik kenderaan persendirian. - MOT.

26-05-2026
Berita Auto

Cuti Panjang: 150,000 Kereta Banjiri WCE Sehari

Nak Balik Kampung Guna WCE? Ini Tips 'Survival' Elak Jem & Mengantuk.

26-05-2026
Berita Auto

Sedia Hadap ‘Jammed’? Lebih 3 Juta Kenderaan Banjiri KLK & LPT1 Sempena Cuti Panjang

Aliran Trafik KLK, LPT1 Melonjak Sempena Cuti Sekolah & Aidiladha.

26-05-2026
Berita Auto

Naik Genting Highlands Kena Bayar? Ini Kadar Caj Baharu Bermula 28 Mei

Bukan percuma lagi! mulai Khamis ini, Masuk Genting Highlands kena bayar tol.

26-05-2026
Berita Auto

PLUS Lancar JustGo, Bakal Laksana Sistem Pembayaran Tol Terbuka

Bye-Bye Tersalah Lorong! JustGo Cetus Revolusi, Bebas Guna Mana-Mana Lorong Tol PLUS Bermula Ogos Ini.

25-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.