ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ford Bronco Dan Ranger Elektrik Bakal Menyusul Termasuk Dua Platform Baharu Model Elektrik!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Pengurus komunikasi produk Ford, Mike Levine  mendedahkan berita menggemparkan di Twitter apabila beliau menayangkan dua platform baharu untuk model kereta elektrik iaitu Global Electrified 2 (GE2) dan Truck Electrified 1 (TE1).

Ford mempamerkan GE2 bersama pelbagai variasi kenderaan termasuk Mustang Mach-E, Transit Connect dan van penumpang.


Pelabur juga menunjukkan profil seperti  Bronco dan Ranger yang terdapat pada  GE2 dimana ia mempunyai konsep yang cukup menarik!



Ia dilihat bahawa kedua-dua ciri model Bronco dan Ranger memiliki struktur kerangka yang standard seperti kenderaan utiliti sukan (SUV) off-road atau trak pikap bersaiz sederhana.

Biarpun, kerangka asas itu tidak boleh dianggap sebagai pengesahan rasmi, Ketua Pegawai Eksekutif Ford, Jim Farley menyifatkan bahawa jenama berkenaan akan menghasilkan kenderaan elektrik (EV)  yang paling ikonik.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa penghasilan EV itu juga mungkin  membabitkan model Bronco. 


Ketika ditanya mengenai platform TE1, Levine mengesahkan bahawa Ford sedang bekerjasama untuk membangunkan platform trak pikap bersaiz penuh yang dijana dengan elektrik.



Rangka kerja ini akan mengendalikan sekurang-kurangnya dua atau tiga barisan SUV yang merangkumi Ford Expedition dan Lincoln Navigator.

Sementara itu, jentera F-150 Lighting pula dijangka siap sepenuhnya pada Mei tahun hadapan.



Kereta pengeluar Amerika General Motors, Cadillac juga dilaporkan sedang membangunkan model Escalade dengan sifar emisi maka, tidak hairanlah kemunculan Expedition dan Navigator yang dijana dengan elektrik akan menjadi satu kejutan besar.

Malah, dilaporkan bahawa pengeluaran Escalade yang menggunakan enjin pembakaran dalaman akan dihentikan menjelang tahun 2029.


Dalam perkembangan sama, syarikat Blue Oval dijangka akan bekerjasama dengan SK Innovation Korea Selatan bagi menghasilkan pek bateri. Ia dikatakan merupakan sebahagian daripada rancangan Ford.

Ia menghasilkan  tiga jenis bateri iaitu  lithium-ion, fosfat besi lithium bateri solid state. Dua kemudahan pembuatan bateri akan dikendalikan di Amerika Syarikat.

Sehubungan itu, Ford menjangkakan satu pertiga sektor trak pikap bersaiz penuh akan dijana dengan elektrik sepenuhnya menjelang tahun 2030 sekali gus mewakili lebih 80,000 kereta untuk setahun.

Syarikat itu dikatakan turut komited untuk menjadi peneraju dalam segmen kereta elektrifikasi.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM5627

SELANGOR

BST2260

JOHOR

JD1347J

PULAU PINANG

PSF832

PERAK

APK9530

PAHANG

CFH5385

KEDAH

KGH7203

NEGERI SEMBILAN

NEL5710

KOTA KINABALU

SJT6940

KUCHING

QAB4514P

Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

03-06-2026
Global

25-11-2025
Kereta Baru

22-08-2025
Berita Auto

12-08-2025
Global

07-04-2025
Kereta Baru

25-09-2024
Global

17-09-2024
Kereta Baru

30-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak

Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak

Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.

26-08-2026
Berita Auto
Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand

Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand

Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.

26-08-2026
Berita Auto
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk

Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk

Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.

26-08-2026
Berita Auto
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL

2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL

Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.

26-08-2026
Berita Auto
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian

Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian

Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.

26-08-2026
Berita Auto
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal

MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal

Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.

25-08-2026
Berita Auto
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti

Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti

Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.

25-08-2026
Berita Auto
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora

Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora

WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.

25-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.