Kia Corporation Jadikan Burj Khalifa Sebagai Iklan Digital Gergasi
Kia Corporation nampaknya mengikut jejak Porsche apabila membuat keputusan untuk menjadikan bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa bagi mengiklankan jenama baharu syarikat itu.
Kali ini, Kia menampilkan pengenalan global terhadap transformasi baharu jenamanya menerusi pertunjukan lampu LED yang menghiasi mercu tanda kota Dubai setinggi 828 meter itu.
Di sebalik memperkenalkan imej baharu di negara Timur Tengah itu, Kia juga turut mempamerkan slogan baharunya iaitu Movement that Inspires, logo korporatnya termasuk kenderaan elektrik pertamanya, EV6.

Pertunjukan LED itu dilihat menghiasi bahagian hadapan bangunan yang berkeluasan 33,000 meter persegi. Ia turut memegang Rekod Dunia Guinness sebagai iluminasi LED pada wajah bangunan terbesar dunia.
"Kia telah dilahirkan semula pada tahun 2021 dengan visi baharu untuk mobiliti. Kami percaya pergerakan sebenarnya mengilhamkan idea dan kami mahu mencipta satu ruang untuk semua pelanggan kami dengan merealisasikan idea mereka dalam kehidupan,” kata Naib Presiden Kanan KIA dan Ketua Jenama Global dan Pengalaman Pelanggan Kia Corporation, Artur Martins.

Jenama baharu Kia membabitkan transformasi syarikat bermula dari pengeluar kenderaan untuk menjadi pencipta penyelesaian mobiliti lestari untuk pelanggan mereka.
Bagaimanapun, syarikat berkenaan dikatakan mengambil langkah untuk memperkenalkan jenama baharu menerusi pameran digital di Seoul, Korea Selatan sejak Januari lalu.
Ia turut melancarkan majlis seumpama itu di India dan kini di negara Timur Tengah.
Kia berhasrat untuk menyempurnakan transformasi jenamanya di semua serantau kemudahan Kia selewat-lewatnya hujung tahun 2024.

Dengan pelancaran EV6, Kia merancang untuk memperkukuhkan rangkaian kenderaan elektriknya (EV) dengan melancarkan 11 model baharunya menjelang tahun 2026.
Sementara itu, tujuh EV akan dihasilkan menerusi platform Electric-Global Modular (E-GMP) manakala, empat yang lain akan dihasilkan berpandukan teknologi Internal Combustion Engines sedia ada.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kia Seltos Generasi Terbaru – Lebih Besar, Agresif, 2 Versi ICE
Kia telah mendedahkan rekaan SUV crossover subkompaknya dalam versi generasi terbaru, Kia Seltos. Model ini tampil dengan reka bentuk yang jauh lebih berani, diinspirasikan daripada model SUV Kia lain yang terbaru.
12-12-2025
Kia Vision Meta Turismo Didedahkan, Adakah Ia Pengganti Stinger GT?
Kia memperkenalkan konsep GT empat pintu terbaharunya yang dikenali sebagai Vision Meta Turismo.
09-12-2025
Ini Dia Kereta Konsep Kia, Mungkin Pengganti Kepada Model Stinger?
Gambar teaser itu menguatkan lagi spekulasi bahawa kereta yang ditunjukkan itu akan menjadi pengganti kepada model Kia Stinger.
05-12-2025
Kia PV5 Bakal Saingi VW ID.Buzz?
Lebih banyak butiran akan didedahkan sempena Hari EV pada 27 Februari ini.
24-02-2025
Rekaan Kia EV4 Didedahkan – Sedan Elegan & Hatchback Sporty
Selepas beberapa imej acah dikongsikan minggu lalu, Kia akhirnya mendedahkan imej rasmi pertama model elektrik kompak terbarunya, Kia EV4.
17-02-2025
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!
Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.
03-02-2025
Kia Sportage Facelift 2025 Diberikan Sentuhan & Teknologi Canggih Seperti EV9 – Lambat Lagi Tiba Di M'sia?
Syarikat automotif Korea, Kia, akhirnya memperkenalkan Kia Sportage 2025 versi facelift di pasaran domestiknya. Berdasarkan model generasi kelima (kod NQ5).
07-11-2024
Teaser Kia K8 Facelift Didedahkan – Tampil Elegan Dengan Sentuhan Rekaan EV9
Kia, baru-baru ini telah mengeluarkan teaser pertama untuk Kia K8 facelift yang akan datang.
01-08-2024
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat