Vaksinasi Pandu Lalu Bakal Diadakan Di Malaysia: Apakah Kelebihan & Kekurangannya?
Baru-baru ini, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa lima lagi PPV mega akan ditambah di Lembah Klang untuk menampung kapasiti pemberian vaksin yang lebih besar bermula daripada 7 Jun nanti. Tiga PPV mega akan diwujudkan di sekitar Selangor dan dua lagi di Kuala Lumpur.
"Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) telah buat keputusan untuk meningkatkan kapasiti pemberian vaksin di Lembah Klang. Saya sudah maklumkan pada Menteri Besar Selangor.

"Di Selangor kita akan tambah tiga PPV mega iaitu di The Mines, UiTM Puncak Alam dan Setia City Convention Centre manakala di Kuala Lumpur, di Kuala Lumpur Convention Centre dan perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil," katanya setelah melakukan lawatan ke PPV di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Untuk lokasi lain seperti Pulau Pinang dan Johor, perbincangan pembukaan PPV mega juga bakal dilakukan.
VAKSINASI PANDU LALU SEDANG DIPERTIMBANGKAN
Untuk menyelesaikan isu kelewatan penerimaan vaksin, kerajaan sudah mula merancang untuk mengadakan vaksinasi pandu lalu.
Susulan keputusan memberangsangkan yang diterima daripada projek rintis pemberian vaksin secara pandu lalu di Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan, beberapa buah negeri sudah memohon kebenaran untuk menjalankan sistem ini.
"Saya minta tempoh 24 jam untuk mengeluarkan garis panduan pelaksanaan pemberian vaksin pandu lalu ini. Kita perlu pastikan ada garis panduan keselamatan, tak boleh pandu lalu, terus cucuk (vaksin) dan terus pergi. Kena ada tempoh pemantauan. Idea itu bagus dan kita telah timbang.”
VAKSINASI PANDU LALU ATAU WALK-IN, MANA LEBIH BAIK?
Berdasarkan kertas kajian Stanwood Camano Fire Department, Camano Island, Washington, berikut adalah antara kelebihan serta kekurangan vaksinasi pandu lalu dan juga walk-in.
Kelebihan sistem vaksinasi pandu lalu:
-Dapat memberikan vaksin kepada lebih ramai orang dalam masa yang lebih pantas
-Mengurangkan risiko terdedah kepada virus kedua-dua penerima vaksin dan juga pekerja kesihatan
-Penerima vaksin dapat duduk dengan lebih selesa di dalam kenderaan masing-masing
-Memudahkan individu kurang upaya
Kekurangan sistem vaksinasi pandu lalu:
-Isu penggunaan minyak kereta sewaktu menanti giliran
-Masalah membabitkan cuaca lebih-lebih lagi kepada pekerja kesihatan yang terdedah kepada cuaca luar (terutama sekali sekiranya hujan)
-Isu komunikasi dengan penerima vaksin yang beratur panjang
-Kemungkinan keracunan karbon monoksida
Kelebihan sistem vaksinasi walk-in:
-Lebih mudah untuk berkomunikasi kerana semua penerima vaksin berada dalam satu fasiliti yang sama
-Wujud kemudahan fasiliti seperti storan, elektrik, sambungan internet, peralatan audio-visual, tandas dan sebagainya.
Kekurangan sistem vaksinasi walk-in:
-Kemungkinan percampuran antara individu yang sihat dan tidak sihat
-Menyukarkan individu kurang upaya
-Kesukaran mencari tempat letak kereta
NEGARA MANA YANG TELAH MENJALANKAN SISTEM VAKSINASI PANDU LALU?
UK

UK ialah negara pertama di dunia yang telah melaksanakan vaksinasi pandu lalu kepada orang ramai. Proses vaksinasi secara pandu lalu yang pertama ini telah diadakan di pusat vaksinasi Hyde Leisure Centre, Greater Manchester.
Indonesia

Penerima vaksin COVID-19 di Tangerang, Banten, Indonesia pada 13 Mac lalu
Kementerian Kesihatan Indonesia telah pun mula menawarkan vaksinasi pandu lalu kepada warga tua dan juga pekerja dalam sektor pelancongan bermula pada Mac lalu.
Selepas menerima vaksin, mereka perlu menunggu kira-kira 30 minit dengan tingkap diturunkan untuk memudahkan kerja pemantauan oleh pekerja kesihatan. Sekiranya terdapat sebarang masalah, penerima vaksin disuruh untuk membunyikan hon. Sekiranya tiada sebarang masalah dalam tempoh tersebut, mereka dibenarkan pulang.
Pihak kesihatan menyediakan unit rawatan rapi mini, ambulan dan juga motosikal sebagai persediaan sekiranya terdapat sebarang komplikasi dalam kalangan penerima vaksin.
Kuwait

Seorang penerima vaksin melalui sistem pandu lalu di Kuwait pada 30 Mei lalu
Kuwait telah membuka pusat vaksinasi pandu lalu yang pertama di Sheikh Jaber Al-Ahmad Al-Sabah Causeway pada bulan Mei tahun ini. Pusat vaksinasi ini dilengkapi dengan klinik dan bilik kecemasan. Berkeluasan hampir 30,000 meter persegi, pusat vaksinasi terbesar di negara ini menempatkan 20 buah khemah yang membolehkan dalam sekitar 80 orang untuk menerima vaksin dalam masa sekitar tiga ke empat minit oleh 200 orang pekerja kesihatan. Dianggarkan pusat vaksinasi ini mampu menampung sehingga 5,000 buah kenderaan dalam sehari.
Perancis
Dinamakan ‘vaccidrive,’ pusat vaksinasi pandu lalu pertama negara Perancis telah dibuka di Saint-Jean-de-Védas pada April lalu.
Negara lain seperti Australia, masih lagi sedang mempertimbang sistem pandu lalu untuk vaksinasi. Pada pendapat anda, adakah vaksinasi pandu lalu ini sesuai untuk dilakukan di Malaysia? Apakah hal yang perlu dipertimbangkan supaya proses ini dapat berjalan dengan lancar? Kongsikan di ruangan komen.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4996
SELANGOR
BSR6734
JOHOR
JA4495J
PULAU PINANG
PSD8914
PERAK
APJ9285
PAHANG
CFH1907
KEDAH
KGH1527
NEGERI SEMBILAN
NEK9536
KOTA KINABALU
SJT1344
KUCHING
QAB2165P
Terakhir Kemas Kini 19 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
