Apa Kata Pengeluar Kereta Malaysia?
Rata-rata pemain industri automotif di negara ini menyambut baik langkah pengecualian cukai jualan (SST) ke atas kenderaan penumpang pemasangan tempatan (CKD) dan model diimport sepenuhnya (CBU) yang dilanjutkan selama enam bulan lagi.

Keputusan itu merupakan sebahagian daripada bantuan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa PLUS) yang diumumkan malam tadi.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pengecualian itu akan berkuat kuasa mulai 1 Julai sehingga 31 Disember ini.

Di sebalik keputusan itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia (MBM), Dr Claus Weidner menyambut baik keputusan kerajaan.
-full.jpg)
“Kami mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk melanjutkan pengecualian cukai jualan sehingga hujung tahun ini.
“Pada tahun lalu, syarikat menyaksikan manfaat yang amat ketara berikutan pelaksanaan pengecualian cukai yang diperkenalkan kerajaan.
“Tindakan ini dilihat sekurang-kurangnya dapat membantu pemain industri automotif pulih dengan segera selain diharapkan ia dapat meningkatkan permintaan dan memacu industri automotif,” katanya kepada Caricarz dalam satu kenyataan petang tadi.
Senada dengan Weidner ialah wakil pengedar rasmi kenderaan Subaru di Malaysia, TC Subaru Sdn Bhd. Beliau pula berpendapat keputusan itu dilihat bertepatan dengan pelaksanaan total lockdown baru-baru ini.
Beliau menyokong sepenuhnya usaha kerajaan untuk membantu memulihkan industri automotif di negara ini.

“Dengan adanya inisiatif seperti ini, ia sedikit sebanyak membolehkan usaha jualan kenderaan kembali pulih walaupun pusat pameran terpaksa ditutup berikutan kes harian Covid-19 yang semakin meningkat,” katanya ringkas ketika dihubungi Caricarz.
Sementara itu, Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad berkata, pihaknya turut menyokong sepenuhnya semua langkah dan keputusan yang diambil oleh kerajaan.

“Keputusan ini sememangnya dinanti-nantikan semua pemain industri automotif. Kami akui jualan kenderaan terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan selain total lockdown,” katanya ketika dihubungi Caricarz.
Bagaimanapun, tambah beliau, menerusi insentif berkenaan, pihaknya berharap langkah tersebut dapat meningkatkan jualan kenderaan sepanjang tempoh enam bulan itu.

“Kami juga berharap pengecualian cukai ini membolehkan industri automotif mengekalkan pertumbuhan jualan tahunan,” ujarnya.
Selain TC Subaru Sdn.Bhd dan Mercedes-Benz yang menyambut baik terhadap pengecualian cukai itu, Honda Malaysia juga tidak terkecuali menyokong penuh langkah kerajaan itu.


Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4902
SELANGOR
BSR6718
JOHOR
JA4418J
PULAU PINANG
PSD8749
PERAK
APJ9263
PAHANG
CFH1897
KEDAH
KGH1430
NEGERI SEMBILAN
NEK9535
KOTA KINABALU
SJT1341
KUCHING
QAB2164P
Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788
Subaru Crosstrek 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia.
06-05-2026
Subaru Forester 2026 Kini Rasmi Di Malaysia – 1 Varian, CBU Jepun, Dari RM221,500
Subaru Forester 2026 kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Harganya? Lebih tinggi berbanding generasi terdahului, kerana model kali ini diimport sepenuhnya (CBU) dari negara Jepun.
30-10-2025
Harga Subaru Forester 2026 Didedahkan – Lebih Mahal, Bukan Lagi CKD?
Pengimport dan pengedar rasmi jenama Subaru di Malaysia, Motor Image Malaysia Sdn Bhd (Motor Image) telah mendedahkan harga rasmi bagi Subaru Forester 2026 melalui laman web rasmi mereka.
22-10-2025
Kempen Raya 2025 Subaru Malaysia – Penjimatan Cecah RM38K
Pengedar eksklusif kenderaan Subaru di Malaysia, TC Subaru Sdn Bhd, mengumumkan kempen khas sempena Hari Raya Aidilfitri 2025.
04-03-2025
Subaru Outback Serba Baharu Kini Rasmi di Malaysia- Dari RM280,390
TC Subaru sebentar tadi telah memperlihatkan model segmen D terbarunya, Subaru Outback generasi keenam di Malaysia. Ini spesifikasinya...
20-09-2024
Pendaftaran Minat Subaru Forester GT Wild Lite Kini Dibuka – Lebih Ranggi & Lasak!
Motor Image Malaysia telah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk Subaru Forester GT Wild Lite. Ini perinciannya...
16-02-2024
Harga Masih Belum Dedah Tapi Dah Boleh Tempah
Subaru WRX TR menerima casis dan brek Brembo yang sudah dinaiktraf
10-10-2023
Subaru Forester Facelift Dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023
Subaru Forester GT facelift 2023 dengan kit badan GT khas telah dipamerkan di booth Subaru MAS 2023.
09-05-2023
Berita Terkini
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
