Pendaftaran Minat Subaru Forester GT Wild Lite Kini Dibuka – Lebih Ranggi & Lasak!

Motor Image Malaysia telah membuka pendaftaran minat untuk Subaru Forester GT Wild Lite.
Motor Image Malaysia telah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk Subaru Forester GT Wild Lite. Edisi istimewa bagi versi facelift yang dilancarkan pada bulan Mei 2023 ini bukan sahaja diberikan kit aksesori yang lebih ranggi, tetapi juga ciri off-road!



Dari segi rekaan, Forester GT Wild Lite diberikan pelekat atau livery istimewa yang memaparkan grafik deretan gunung dan jalur hitam atau decal pada bahagian tengah penutup bonet. Dari tepi, dapat dilihat model ini menggunakan tayar lasak dengan kamampuan off-road, Yokohama Geolander all-terrain (A/T).


Dihasilkan berdasarkan varian 2.0i-S, Forester GT Wild Lite dikuasakan oleh enjin ‘Boxer’ aspirasi natural 4 silinder 2.0 liter dengan output 154 HP (156 PS) dan 196 NM. Kuasa disalurkan kepada roda melalui sistem transmisi CVT Lineartronic dan Symmetrical All-Wheel Drive (AWD) Subaru. Kemampuan off-road model ini ditingkatkan dengan fungsi pemilihan mod pemanduan SI-Drive serta Special X-Mode.

Dari segi keselamatan, Forester GT Wild Lite hadir dengan pakej keselamatan aktif EyeSight 4.0 yang merangkumi brek pra-pelanggaran, pengendalian kecemasan autonomi, kawalan jelajah adaptif, pemusatan lorong dan pencegahan keluar lorong.

Walaupun ROI bagi model ini telah dibuka secara rasmi, Motor Image Malaysia masih belum membuat sebarang pengumuman mengenai harga jualannya. Namun, harga jualan semasa bagi SUV Forester standard bermula daripada RM163,000 hingga RM185,500 atas jalan, kita boleh menjangkakan model istimewa ini akan dijual pada harga lebih tinggi.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Subaru Forester Terpilih Model Terbaik Jepun 2025-2026 – Kalahkan Honda Prelude & Toyota Crown
Subaru Forester generasi keenam telah diisytiharkan sebagai pemenang keseluruhan bagi anugerah berprestij Japan Car of the Year (JCOTY) 2025-2026.
09-12-2025
Subaru Forester 2026 Kini Rasmi Di Malaysia – 1 Varian, CBU Jepun, Dari RM221,500
Subaru Forester 2026 kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Harganya? Lebih tinggi berbanding generasi terdahului, kerana model kali ini diimport sepenuhnya (CBU) dari negara Jepun.
30-10-2025
Harga Subaru Forester 2026 Didedahkan – Lebih Mahal, Bukan Lagi CKD?
Pengimport dan pengedar rasmi jenama Subaru di Malaysia, Motor Image Malaysia Sdn Bhd (Motor Image) telah mendedahkan harga rasmi bagi Subaru Forester 2026 melalui laman web rasmi mereka.
22-10-2025
Imej Teaser Disiar: Tempahan Subaru Forester Gen Ke-6 Sudah Dibuka
Pengimport dan pengedar rasmi Subaru, Motor Image Malaysia Sdn Bhd, menyiarkan gambar Subaru Forester generasi keenam yang baharu di media sosial, baru-baru ini.
22-09-2025
Subaru Forester Masuk AS
Subaru melancarkan secara rasminya SUV Forester baharu semepan pameran LA Auto Show 2023.
17-11-2023
Subaru Dedah Imej Acah Forester Generasi Ke-6, Bakal Dipertontonkan Di Los Angeles
Subaru Forester generasi seterusnya akan dipertontonkan tidak lama lagi.
06-11-2023
Harga Subaru Forester 2023 Turun RM10K – Kini Dari RM164K
Harga bagi model SUV segmen C, Subaru Forester, diturunkan.
24-08-2023
Subaru Forester 2.0i-S GT Edition Eyesight – SUV Ranggi Untuk Semua!
Subaru Forester 2.0i-S GT Edition Eyesight – SUV Ranggi Untuk Semua!
09-08-2023
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

