Harga Subaru Forester 2023 Turun RM10K – Kini Dari RM164K

TC Subaru Sdn Bhd baru-baru ini telah mengemaskini harga bagi model SUV segmen C, Subaru Forester 2023, hanya beberapa bulan selepas pelancarannya di Malaysia. Bermula pada 16 Ogos, semua empat varian Forester telah diturunkan harga sebanyak RM10,000 daripada harga yang diumumkan semasa pelancaran.




Penurunan harga ini menjadikan varian asasnya, Forester 2.0i-L EyeSight kini berharga RM164,288, manakala dua lagi varian, GT Lite Edition EyeSight dan 2.0i-S EyeSight masing-masing dijual pada harga RM170,288 dan RM174,288. Sementara itu, varian teratas, Forester GT Edition EyeSight dijual pada harga RM186,288. Kesemua harga yang dipaparkan adalah harga jalan (OTR) tanpa insurans untuk Semenanjung Malaysia.


Seperti standard, TC Subaru menawarkan jaminan kenderaan lima tahun atau 100,000 KM untuk pembelian mana-mana varian Subaru Forester. Selain itu, terdapat juga pakej pilihan Subaru Connex yang berharga RM1,900. Pakej ini terdiri daripada perkhidmatan tambahan seperti tindak balas kemalangan automatik, bantuan kerosakan yang dipertingkat, Bantuan VIP dan banyak lagi.




Subaru Forester Facelift 2.0 GT Edition EyeSight 2023
Dilancarkan awal tahun ini, Forester yang telah dilancarkan sebagai versi facelift ini menerima beberapa perubahan rekaan kecil, termasuk lampu hadapan dan lampu belakang LED dalam rekaan baharu, di mana lampu hadapan turut menampilkan DRL berbentuk huruf C yang mengapit gril hadapan dalam rekaan baharu. Sementara itu, dua varian GT iaitu GT Lite dan GT Edition - dilengkapi dengan pakej bodykit GT yang sporty, termasuk tayar aloi GT 18-inci dua tona yang lebih menarik.




Semua varian Forester facelift menggunakan enjin sama, 'Boxer' 2.0L dan dilengkapi dengan pakej ADAS Subaru EyeSight
Enjin yang digunakan tidak berubah, kerana model wajah baharu ini dikuasakan oleh enjin 'Boxer' 2.0 liter 4-silinder yang sama yang dipadankan dengan transmisi Lineartronic CVT yang boleh mencapai kuasa 154 hp dan 196 Nm. Tenaga kemudiannya disalurkan kepada semua empat roda melalui sistem pacuan kesemua roda 'all-wheel drive' (AWD) yang menggabungkan pengagihan tork dinamik X-Mode. Selain itu, semua varian Forester wajah baru kini dilengkapi dengan pakej Subaru EyeSight ADAS yang eksklusif.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF9541
SELANGOR
BSR5747
JOHOR
JA2203J
PULAU PINANG
PSD7450
PERAK
APJ8023
PAHANG
CFH1520
KEDAH
KGH637
NEGERI SEMBILAN
NEK9073
KOTA KINABALU
SJT671
KUCHING
QAB1917P
Terakhir Kemas Kini 15 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Subaru Forester Terpilih Model Terbaik Jepun 2025-2026 – Kalahkan Honda Prelude & Toyota Crown
Subaru Forester generasi keenam telah diisytiharkan sebagai pemenang keseluruhan bagi anugerah berprestij Japan Car of the Year (JCOTY) 2025-2026.
09-12-2025
Subaru Forester 2026 Kini Rasmi Di Malaysia – 1 Varian, CBU Jepun, Dari RM221,500
Subaru Forester 2026 kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Harganya? Lebih tinggi berbanding generasi terdahului, kerana model kali ini diimport sepenuhnya (CBU) dari negara Jepun.
30-10-2025
Harga Subaru Forester 2026 Didedahkan – Lebih Mahal, Bukan Lagi CKD?
Pengimport dan pengedar rasmi jenama Subaru di Malaysia, Motor Image Malaysia Sdn Bhd (Motor Image) telah mendedahkan harga rasmi bagi Subaru Forester 2026 melalui laman web rasmi mereka.
22-10-2025
Imej Teaser Disiar: Tempahan Subaru Forester Gen Ke-6 Sudah Dibuka
Pengimport dan pengedar rasmi Subaru, Motor Image Malaysia Sdn Bhd, menyiarkan gambar Subaru Forester generasi keenam yang baharu di media sosial, baru-baru ini.
22-09-2025
Pendaftaran Minat Subaru Forester GT Wild Lite Kini Dibuka – Lebih Ranggi & Lasak!
Motor Image Malaysia telah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk Subaru Forester GT Wild Lite. Ini perinciannya...
16-02-2024
Subaru Forester Masuk AS
Subaru melancarkan secara rasminya SUV Forester baharu semepan pameran LA Auto Show 2023.
17-11-2023
Subaru Dedah Imej Acah Forester Generasi Ke-6, Bakal Dipertontonkan Di Los Angeles
Subaru Forester generasi seterusnya akan dipertontonkan tidak lama lagi.
06-11-2023
Subaru Forester 2.0i-S GT Edition Eyesight – SUV Ranggi Untuk Semua!
Subaru Forester 2.0i-S GT Edition Eyesight – SUV Ranggi Untuk Semua!
09-08-2023
Berita Terkini
Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE
Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.
14-07-2026
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris
Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.
14-07-2026
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Lampu Isyarat AI Kuala Lumpur.
14-07-2026
Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling
Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.
14-07-2026
Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti
Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.
13-07-2026
Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan
Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.
12-07-2026
4 Penunggang RXZ Maut
Empat penunggang motosikal Yamaha RX-Z maut dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
12-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
