Sime Darby Auto Connexion Merangkul Anugerah Jaguar Land Rover Retailer Awards!
Jaguar Land Rover Malaysia telah berjaya merangkul anugerah Jaguar Land Rover Retailer Awards 2020/21.
Setiap tahun, peniaga runcit automotif bagi Jaguar Land Rover di seluruh dunia diberikan penghargaan atas prestasi dan juga kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan.

Pemenang keseluruhan bagi anugerah berprestij pada tahun ini ialah Sime Darby Auto Connexion (SDAC) yang mendapat poin tertinggi bagi dua daripada tiga kategori yang dipertandingkan. Ini adalah kemenangan kali kedua SDAC yang sebelum ini pernah merangkul anugerah yang sama pada tahun 2016/17. Berada di tempat yang seterusnya ialah pengedar automotif, Sisma Auto.
"Sime Darby Motors sentiasa komited untuk mencapai kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan bertaraf dunia kepada pelanggan. Saya sangat berbangga dengan pasukan Jaguar Land Rover Malaysia. Kerja keras, dedikasi dan semangat mereka semestinya memberi kesan dalam perniagaan runcit automobil," ujar Pengarah Urusan bahagian Runcit dan Pengedaran Malaysia Sime Darby Motors, Jeffrey Gan dalam satu kenyataan.
Cabaran peruncit automotif yang bermula pada 1 April, 2020 dan tamat pada 30 Mac, 2021 ini memberi penghargaan sinergi antara tiga entiti Malaysia iaitu Jaguar Land Rover (Malaysia), Sisma Auto dealerships dan Sime Darby Auto Connexion yang berada pada kedudukan teratas dalam anugerah ini.
Jaguar Land Rover Malaysia adalah usaha sama antara Sime Darby dan Sisma Auto yang menjadi pengimport eksklusif kenderaan Jaguar dan Land Rover di Malaysia. Sementara itu, Sime Darby Auto Connexion dan Sisma Auto ialah pengedar bagi jenama ini.

"Kami memuji usaha keras semua kakitangan terutamanya mereka yang terlibat dalam pemasaran, jualan dan khidmat pelanggan, yang cuba untuk melakukan yang terbaik dalam situasi pasaran yang kian mencabar ini demi memacu perniagaan," kata Pengarah Pengurusan Jaguar Land Rover Malaysia, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.
Anugerah Jaguar Land Rover Retailer of the Year mengukur kesemua aspek prestasi setiap outlet termasuklah pemasaran, jualan, khidmat pelanggan, latihan dan persembahan peruncit yang membuatkan outlet ini lebih terserlah berbanding yang lain. Setiap kategori memiliki sembilan ke 12 kriteria, dan anugerah ini terkenal sebagai anugerah yang paling berprestij dalam industri.
Tambah Syed Ahmad Muzri, kemenangan yang dicapai adalah hasil usaha daripada kesemua kakitangan Jaguar Land Rover Malaysia.

Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8025
SELANGOR
BSU3956
JOHOR
JF6536J
PULAU PINANG
PSG4096
PERAK
APM2245
PAHANG
CFJ1046
KEDAH
KGJ4573
NEGERI SEMBILAN
NEM2719
KOTA KINABALU
SJU5389
KUCHING
QAB7493P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge