Ford Ranger Raptor, Guna Enjin 3.0L, V6 Petrol, Harga Pun OK
-full_normal.jpg)
Penantian peminat Ford Ranger Raptor nampaknya sudah berakhir apabila pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion melancarkan Ranger Raptor generasi baharu yang ditunggu-tunggu dalam sebuah acara meriah pagi tadi.
Ia yang ditawarkan dari harga RM259,888 itu dilancarkan di sebuah litar “dirt” khusus di Litar Antarabangsa Sepang.
-full_normal.jpg)
Apa yang anda perlu tahu ialah ia boleh menggunakan Ranger Raptor generasi baharu hampir dua kali lebih pantas berbanding model sebelumnya.
Malah, ia boleh tetap bergerak walaupun menggunakan RON95.
Pengarah Urusan, Pasaran Pengedar Ford Asia Pasifik, DJ Simpson berkata, pihaknya mahu memberi tumpuan terhadap prestasi sebenar menerusi jentera ini dimana pelanggan boleh menikmatinya terus tanpa sebarang modifikasi.
“Ia agak pantas, tampil lebih menarik dan padat dengan ciri baharu dengan kemampuan ekstrim yang tidak ditawarkan sebelum ini,” katanya.
Seperti mana model Ranger lain, ia juga dibangunkan oleh Ford Australia dan dipasang di Thailand untuk pasaran global.

Berikut adalah perincian Ford Ranger Raptor:
• Guna enjin 3.0L V6 dengan turbo berkembar, 10-kelajuan automatik
• 397hp@583 Nm
• 7 mod pemanduan: Normal, Sport, Slippery, Rock, Sands, Mud/Ruts, Baja
• Rekaan blok silinder graphite-iron kompak, 75% lebih kuat dan sehingga 75% lebih keras berbanding logam biasa
• Didatangkan dengan sistem anti-lag perlumbaan (hanya dalam mod Baja), yang membiarkan pengecas turbo berpusing sehingga tiga saat. Ini membolehkan sambungan pecutan yang lebih cepat untuk keluar selekoh atau ketika peralihan gear sebelum pemandu kembali menekan pendikit

LUARAN:
• Rim aloi 17-inci yang menggunakan tayar BFGoodrich ® All-Terrain KO2 ®
• bampar belakang dengan sudut yang menunjukkan jarak kelegaan tanah 265 mm
• Lampu LED, scuff plates Ford Performance
• Pemijak sisi aluminum yang baru
• DNA rekaan Ford global terserlah dengan lampu nyalaan siang (DRL) LED bentuk C
• Lampu hadapan Matrix LED dengan lampu belokan dinamik, lampu tinggi anti-silau

KABIN
• 12.4-inci TFT
• Skrin sentuh 12-inci di tengah yang menempatkan sistem infotainmen Ford SYNC ® 4A
• Ada Apple CarPlay dan Android Auto
• Sistem bunyi Bang & Olufsen ® dengan lapan pembesar suara.
• Empat slot pengecas USB, pengecas tanpa wayar Qi
• Kamera 360 darjah
• Kerusi balutan kulit dengan rekaan dari ilham jet pejuang
• Kerusi pemandu menerima larasan 10 arah kuasa elektrik
• Kerusi penumpang dengan larasan 10-arah manual

CIRI-CIRI KESELAMATAN
• Kawalan Jelajah adaptif dengan Stop/Go
• Bantuan ke tengah lorong
• Lampu isyarat berhenti kecemasan
• Sistem maklumat titik buta (BLIS)
• Bantuan lampu tinggi
• Bantuan brek undur
• Bantuan stereng mengelak
• Amaran lintasan trafik di belakang.
• 7 beg udara
CASIS
• Peredam hentak jenis Fox 2-5 inci, ada ciri Bottom-Out Control
• Diisi dengan minyak yang diberikan lapisan Teflon bagi mengurangkan pergeseran sebanyak hampir 50% berbanding Raptor sebelum ini.
• Suspensi Ranger Raptor generasi baharu telah direka semula. Lengan kawalan atas dan bawah diperbuat daripada aluminium ringan tetapi lebih kuat, jarak gerak suspensi yang lebih panjang di depan dan belakang serta sambungan Watt yang diperhalus di belakang membolehkan lebih kawalan dalam pelbagai permukaan ekstrim dalam kelajuan tinggi.
• Pilar-C, ruang kargo dan tayar ganti diperkuatkan
Kawalan semua permukaan
• Ada 4 tetapan — 2WD, 4WD Auto, 4WD High dan 4WD Low
• Enjin V6 turbo berkembarnya datang dengan sistem ekzos aktif yang khusus untuk meningkatkan prestasi enjin, menukar bunyi enjin
Untuk makluman anda, Ford Ranger Raptor generasi baharu ini dijual pada harga RM259,888.00 (atas jalan, tidak termasuk insurans dan pendaftaran, bagi Semenanjung Malaysia) dan RM263,888.00 (atas jalan, tidak termasuk insurans dan pendaftaran, bagi Malaysia Timur).
Ia hadir dengan pilihan warna Code Orange, Absolute Black, Arctic White, Conquer Grey, Lightning Blue.
Ia juga hadir dengan jaminan pengeluar lima-tahun, atau 160,000 km, yang mana dulu.
Pelanggan juga boleh memilih untuk melanjutkan tempoh jaminan dengan penawaran perlindungan melalui PremiumCare.
Untuk keterangan lanjut, layari www.sdacford.com.my.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG3487
SELANGOR
BSR6314
JOHOR
JA3691J
PULAU PINANG
PSD8245
PERAK
APJ8719
PAHANG
CFH1753
KEDAH
KGH1272
NEGERI SEMBILAN
NEK9364
KOTA KINABALU
SJT1157
KUCHING
QAB2084P
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Sime Darby Auto Connexion Merangkul Anugerah Jaguar Land Rover Retailer Awards!
Jaguar Land Rover Malaysia telah berjaya merangkul anugerah Jaguar Land Rover Retailer Awards 2020/21.
11-06-2021
Ford Ranger Wildtrak Dengan Enjin Diesel V6 Bakal Masuki Pasaran Malaysia?
Sime Darby Auto Connexion (SDAC) Ford mungkin dalam perancangan untuk melancarkan Ford Ranger Wildtrak versi diesel V6 di Malaysia tidak lama lagi.
27-03-2025
Ford Ranger XLT Plus Special Edition Dilancarkan – 300 Unit, RM143,888, Baucar Minyak RM3K Untuk 20 Terawal
Sime Darby Auto Connexion (SDAC) Ford hari ini telah memperkenalkan model edisi khas, Ford Ranger XLT Plus Special Edition. Ini yang berbeza...
25-09-2024
Ada Berita Baik Untuk Pelanggan Baharu Ford
Peraduan hanya terbuka untuk pelanggan yang baru membeli Ford Ranger.
20-06-2024
Ada 200 Unit: Boleh Ditempah Dalam Talian: Harga Lebih RM181K
Ford Ranger StormTrak boleh ditempah secara dalam talian.
30-05-2024
Hanya Kereta Pra-Milik Ford Terbaik Dijual Melalui ‘Ford Assured’
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) melancarkan program “Ford Assured” untuk orang ramai yang ingin membeli kenderaan pra-milik dengan jiwa tenang.
06-03-2024
Ada Ford Ranger? Jom Sertai Aktiviti 4X4 Ke Cameron Highlands & Gunung Jerai Mei Ini!
Sime Darby Auto Connexion (SDAC) akan menganjurkan aktiviti Ford Ranger Getaways eksklusif untuk pemilik Ford Ranger generasi baharu.
09-04-2023
Ford Ranger XLT Plus, Padat Dengan Ciri Keselamatan, Tak Sia-Sia Beli
Baca komen kami mengenai Ford Ranger XLT Plus.
15-03-2023
Berita Terkini
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k
Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.
16-07-2026
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3
Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.
16-07-2026
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya
EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.
15-07-2026
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k
Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.
13-07-2026
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja
DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.
09-07-2026
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km
Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.
09-07-2026
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k
Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?
26-06-2026
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat