- Berita
- Berita Auto
- MAA Semak Semula Jangkaan TIV 2021, Pengedar Kenderaan Pula Dijangka Tutup Perniagaan!
MAA Semak Semula Jangkaan TIV 2021, Pengedar Kenderaan Pula Dijangka Tutup Perniagaan!
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berpanjangan menyebabkan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) terpaksa akur untuk mengurangkan unjuran jumlah jualan industri (TIV) 2021 sebanyak 5.6 peratus kepada 500,000 unit.

Sebelum ini, MAA pernah membuat ramalan berani bahawa TIV bagi 2021 akan mencecah sekurang-kurangnya 570,000 unit namun melihat kepada sektor automotif yang masih belum dibenarkan beroperasi dengan sepenunhnya menyebabkan MAA terpaksa membuat perubahan ramalan itu.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad berkata, perubahan itu dibuat memandangkan kilang automotif, pusat pengedaran dan bilik pameran hanya dibenarkan beroperasi menjelang Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Ini menyebabkan kami tidak merekodkan jumlah jualan dan pengeluaran kenderaan. Kami juga tidak tahu bila bilik pameran dan kilang pemasangan kenderaan tempatan akan dibenarkan beroperasi semula.
“Malah, kebanyakan pengedar mendakwa mereka terjejas teruk terutamanya dari segi aliran tunai. Jika keadaan ini masih berlarutan untuk beberapa bulan lagi maka, mereka tidak mempunyai pilihan lain selain menutup operasi atau membuang pekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat media ketika membentangkan prestasi sektor automotif yang diadakan secara dalam talian pada pagi tadi.
Justeru, pihaknya telah menghantar beberapa permohonan supaya kerajaan membenarkan sektor automotif beroperasi namun dengan prosedur operasi standard yang lebih ketat.
Malangnya sehingga ini, pihaknya masih belum menerima sebarang maklum balas berhubung perkara itu.
Ketika ditanya mengenai TIV kenderaan baharu yang didaftarkan enam bulan pertama 2021, beliau bagaimanapun mendakwa bahawa tempoh berkenaan mencatatkan peningkatan sebanyak 43.6 peratus kepada 249,129 unit berbanding 173,545 unit yang direkodkan pada tempoh yang sama pada tahun lalu.
Sebaliknya, beliau mengakui jualan kenderaan baharu pada bulan Jun merosot sebanyak 96 peratus kepada 1,921 unit berbanding 47,204 unit yang dicatatkan pada bulan sebelumnya (Mei).
Penurunan secara mendadak itu adalah disebabkan kesan daripada sekatan pergerakan seluruh negara yang dikenakan sejak 1 Jun lalu.
![]()
“Jualan kenderaan terpaksa dihentikan di seluruh negeri sejak 1 Jun memandangkan sektor automotif tidak disenaraikan sebagai aktiviti ekonomi yang perlu (essential),” ujarnya sambil memberitahu bahawa pengedar kenderaan dijangka terpaksa gulung tikar jika terus tidak dibenarkan untuk beroperasi dalam tempoh terdekat.
Ia juga turut memberi tamparan hebat kepada pengedar besar kerana mereka juga turut terjejas dan mungkin hanya boleh bertahan sehingga Oktober ini jika kerajaan masih menutup operasi sektor automotif.
Sehubungan itu, beliau berharap sektor automotif dapat beroperasi semula atau Malaysia bakal kehilangan pasaran di peringkat global!
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRP4940
SELANGOR
BST5760
JOHOR
JD9231J
PULAU PINANG
PSF4414
PERAK
APL3750
PAHANG
CFH6836
KEDAH
KGH9789
NEGERI SEMBILAN
NEL7664
KOTA KINABALU
SJT9792
KUCHING
QAB5392P
Terakhir Kemas Kini 11 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Jualan Kereta Nasional Melonjak, Perodua & Proton Terus Terajui Pasaran
Kenapa Pembeli Malaysia Makin Setia Dengan Kereta Tempatan?
23-07-2026
MITI Ubah Dasar 'Dalam Diam', Harga Lantai RM250K Kini Untuk “Model” EV Baharu
Apa yang pada mulanya dianggap sebagai pindaan kecil dalam garis panduan automotif kini nampaknya bakal mencetuskan 'gempa bumi' dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) tempatan.
21-01-2026
Harga Kereta CKD Kekal - MAA
Kenderaan yang dipasang secara tempatan (CKD) tidak akan mengalami kenaikan harga tahun ini.
21-01-2026
Industri Automotif Tempatan Bakal Tempuhi 'Ujian Besar' Tahun Depan?
Selepas mencatatkan angka memberangsangkan pada 2025, industri automotif tempatan dijangka berdepan era yang mencabar tahun hadapan.
30-12-2025
Tahun 2025 Penuh 'Drama': Dari Hambar Kepada Rancak, Bagaimana Pula 2026 Nanti?
Tahun 2025 menyaksikan satu perjalanan yang penuh ‘drama’ bagi sektor automotif negara. Bermula dengan prestasi hambar pada suku ketiga (Q3), pasaran kembali ‘meletup’ apabila syarikat-syarikat automotif mula melancarkan promosi secara agresif bermula Oktober sehingga kini.
29-12-2025
Harga Kereta CKD Tak Naik Hingga Julai 2026
Harga kereta pemasangan tempatan (CKD) tidak akan naik sehingga Julai 2026 memandangkan kerajaan sekali lagi menangguhkan pelaksanaan semakan struktur cukai eksais berdasarkan OMV.
27-12-2025
Pembeli EV Lega, Walau Kereta Diterima Selepas 1 Januari, Masih Ada Insentif Cukai
Menjelang kiraan detik ke tahun 2026, timbul kegusaran dalam kalangan pembeli kenderaan elektrik (EV) tentang status pengecualian cukai mereka.
23-12-2025
Chery Kini Pengeluar Kereta Bukan Nasional Ketiga Terlaris Di Malaysia
Chery semakin menunjukkan ‘taringnya’ setelah berjaya menaikkan kedudukan menjadi pengeluar kereta bukan nasional ketiga terlaris di Malaysia berdasarkan prestasi jualan sehingga Julai 2025.
26-08-2025
Berita Terkini
Zeekr 009 Jadi Shuttle VIP Rasmi di Subang SkyPark
Eksklusif! Zeekr 009 Tawar Servis Shuttle Mewah di Subang SkyPark.
10-09-2026
Percayakah Anda Sistem MLFF Mampu Caj Tol Kereta Dengan Betul ?
Betul Ke Sistem MLFF Malaysia Boleh Kenal Pasti Kereta Anda Tanpa Salah?
10-09-2026
Ops JPJ Johor: 120 Kenderaan Disita, Cukai Jalan Mati
120 Kenderaan Disita, Cukai Jalan Mati.
10-09-2026
Adjust Mileage Kereta Terpakai Normal Di Malaysia
Isu adjust mileage kereta terpakai kembali tular.
09-09-2026
Berapa Lama Bantuan Lebuhraya Sampai?
Respons Bantuan Lebuh Raya BESRAYA, NPE & LEKAS Kini Lapan Minit.
09-09-2026
Ubah Suai Ekstrem RM150k, Honda Civic Type R Disita JPJ
JPJ menyita 37 kenderaan termasuk Honda Civic Type R yang diubah suai sehingga RM150,000 dalam Ops Ekstrem di Kuala Lumpur. Operasi akan diperluas ke seluruh negara.
09-09-2026
Atasi Gangguan Seksual, E-Hailing Khas Wanita Bakal Realiti?
E-Hailing Khas Wanita: MOT Mahu Pemandu & Penumpang "Puan".
08-09-2026
Cabutan Bertuah Menang RXZ - Dr Akmal Benarkan Makcik Simpan Motor
RXZ Tular: Dr Akmal Mengalah, Hadiah Tetap Milik Makcik 54 Tahun.
08-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat