- Berita
- Kereta Baru
- Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION Dilancarkan! Kereta Paling Cun Dihasilkan Volkswagen?
Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION Dilancarkan! Kereta Paling Cun Dihasilkan Volkswagen?
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru sahaja melancarkan model andalan terbaharunya iaitu Arteon R-Line 4MOTION.
![]()
"Arteon boleh dikatakan sebagai model tercantik dalam barisan kereta kami - bersesuaian dengan prestasinya yang menakjubkan dan juga perbaikan yang diberikan pada bahagian kabin kereta, bukan sekadar kecantikan semata-mata. Selain itu, buat masa ini ia ditawarkan tanpa dikenakan cukai jualan, oleh itu saya yakin Arteon R-Line 4MOTION yang terbaharu ini akan menjadi model yang laris kerana keunikannya dalam pasaran," ujar Pengarah Pengurusan VPCM, Erik Winter.
Enjin yang digunakan ialah enjin berpengecas turbo TSI 2.0L yang boleh menjana output maksimum 284 hp dan 350 Nm tork. Kuasa yang dihasilkan oleh enjin akan melalui kotak gear jenis klac basah direct shift (DSG) 7-kelajuan. Hasilnya, ia mampu melakukan pecutan daripada 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 5.6 saat.
Arteon terbaharu ini didatangkan dengan sistem pacuan semua roda 4MOTION dan memiliki kadar penggunaan minyak yang efisien iaitu 7.4L/100 km.
Ciri utama bahagian luar kereta adalah seperti sistem lampu depan LED sepenuhnya yang turut dilengkapi lampu selekoh dinamik. Sementara itu, lampu belakang yang digunakan pula ialah lampu LED 3D beserta signal pusingan sequential. Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi dengan sistem pencahayaan All Weather Light (Cahaya Semua Cuaca).

Bergerak ke bahagian dalam, tempat duduk yang digunakan ialah ErgoComfort yang dibalut dengan kulit Nappa gayaan karbon. Pemandu kereta dapat menikmati keselesaan yang maksimum dengan adanya pilihan pelarasan 14 arah serta fungsi urutan. Arteon terbaharu ini turut dilengkapi 30 pilihan warna ambien dengan tahap intensiti yang boleh dilaraskan.

Bagi pencinta sistem audio, teknologi audio yang digunakan model ini cukup memuaskan. Menggunakan sistem Harman Kardon 700 watt beserta 12 buah speaker, ia dapat menghasilkan bunyi dalam empat mod berbeza iaitu Pure, Chill Out, Live dan Energy.
Kereta ini menggunakan Digital Cockpit bersaiz 11.7 inci yang beresolusi tinggi. Pemandu boleh mengakses data pemanduan melalui enam paparan skrin pilihan dan 30 kombinasi berbeza yang turut didatangkan dengan sistem navigasi 2D dan 3D serta paparan peta penuh 100 peratus.
Sistem infotainmen Discover Pro yang digunakan adalah bersaiz 9.2 inci dan boleh disambungkan dengan Apple CarPlay serta Android Auto. Selain itu, penyejuk udara Climatronik 3 zon yang disediakan boleh dikawal menggunakan panel kawalan yang sensitif sentuhan.
Kenderaan turut memiliki sistem kawalan cesi dinamik (DCC) yang merangkumi 15 pilihan kenaikan dan 5 pilihan mod pemanduan iaitu Eco, Comfort, Normal, Sport dan Individual.

Arteon terbaharu ini dilengkapi sistem bantuan pemandu seperti Bantuan Lorong, Bantuan Sisi, Sistem Amaran Pemandu, Amaran Lintasan Trafik Belakang, Sistem Keliling 360 Darjah, Sistem Brek Pasca Pelanggaran, Sistem Respon Rempuhan Pintar (ICRS) dan Kunci Diferensial Elektronik (XDS).
Ciri bantuan yang didatangkan secara standard ialah Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Perlindungan Pejalan Kaki Bonet Aktif (ABPP), Sistem Pemantauan Tekanan Tayar, dan Manoeuvre Braking.
Model Arteon yang terkini juga memiliki but dengan kapasiti simpanan seluas 563L, lengkap dengan fungsi Easy Open dan Easy Close yang membolehkan pintu but dibuka/ditutup secara automatik tanpa perlu menggunakan tangan.
Arteon terbaharu ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu Manganese Grey, Lapiz Blue, Pyrite Silver, Deep Black dan Oryx White.

Ditawarkan dalam harga yang bermula dari RM247,670.97, Arteon R-Line 4MOTION yang serba baharu ini didatangkan bersama dengan pakej penyelenggaraan percuma selama 3 tahun, jaminan tanpa had perjalanan selama 5 tahun dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.
Untuk tempahan dan informasi berkenaan Arteon R-Line 4MOTION, layari volkswagen.com.my.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT7468
SELANGOR
BSU3867
JOHOR
JF6365J
PULAU PINANG
PSG3972
PERAK
APM2142
PAHANG
CFJ874
KEDAH
KGJ4505
NEGERI SEMBILAN
NEM2670
KOTA KINABALU
SJU5337
KUCHING
QAB7486P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge