- Berita
- Kereta Baru
- Lamborghini Countach LPI 800-4: Hanya 112 Unit Ditawarkan Di Seluruh Dunia – Apa Keistimewaannya?
Lamborghini Countach LPI 800-4: Hanya 112 Unit Ditawarkan Di Seluruh Dunia – Apa Keistimewaannya?
Sempena ulang tahun Countach yang ke-50, Automobili Lamborghini telah mendedahkan kepada umum kehadiran Countach LPI 800-4, model rekaan semula edisi terhad sebagai meraikan status barisan ini yang cukup ikonik pada pandangan orang ramai.
Model yang direka semula ini menampilkan gaya tersendiri yang bak kata mat saleh, sleek. Reka bentuknya cukup inovatif dengan sudut-sudut dan garisan yang tajam. Rekaannya diinspirasikan daripada LP 500 dan LP 400 serta kereta edisi Quattrovalvole. LPI 800-4 menandakan 'kelahiran' imej baharu bagi Countach.

Satu perubahan yang ketara dapat dilihat adalah ketiadaan spoiler belakang yang sememangnya berbeza daripada model asal. Liang kemasukan udara (air intake) NACA juga dapat dilihat pada bahagian tepi dan pintu bagi mangatasi isu penyejukan yang wujud pada prototaip LP 112.

Antara reka bentuk ikonik yang terdapat pada Countach terbaharu ini ialah garisan unik Periscopio pada bahagian bumbung dan belakang kereta, bampar belakang "inverted wedge" dan empat paip ekzos.

Bergerak ke dalam kabin kereta, LPI 800-4 menampilkan gaya mewah dengan penggunaan balutan kulit dan jahitan geometri seperti mana yang terdapat pada Countach asal. Ia juga lengkap denga teknologi skrin sentuh tengah HDMI bersaiz 8.4 inci untuk tujuan kawalan termasuklah Connectivity dan Apple CarPlay.
Kereta sport mewah ini dikuasakan oleh enjin V12 6.5L serta dilengkapi teknologi kapasitor Lamborghini. Hasilnya, ia boleh melakukan pecutan abad daripada 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 2.8 saat dan 0 ke 200 km/j dalam masa 8.6 saat. Kelajuan maksimum yang boleh dicapai ialah 355 km/j.
Sebuah model kereta yang mantap, namun pengeluarannya terhad kepada 112 unit sahaja. Semasa membuat pemilihan unit, pelanggan boleh memilih daripada beberapa buah pilihan warna Heritage yang terdiri daripada warna-warna solid seperti Impact White dan Giallo Countach hinggalah kepada warna metalik moden seperti Viola Pasifae atau Blu Uranus.

Countach LPI 800-4 dijangka akan sampai kepada tangan pembeli di seluruh dunia pada suku pertama 2022. Harganya? Sudah semestinya mencapai jutaan ringgit atau dengan lebih tepatnya sebanyak $2.6 juta (kira-kira RM11 juta) seunit. Namun harga ini bukanlah satu isu bagi golongan bangsawan. Buktinya? Kesemua 112 unit terhad yang ditawarkan ini dah habis terjual! Wow!
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT2420
SELANGOR
BSP108
JOHOR
JYU4311
PULAU PINANG
PSB2687
PERAK
APG4941
PAHANG
CFG1524
KEDAH
KGF1925
NEGERI SEMBILAN
NEJ9813
KOTA KINABALU
SJR2795
KUCHING
QAB5250N
Terakhir Kemas Kini 11 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Lamborghini Revuelto Versi PHEV Dilancarkan – Hypercar PHEV V12, Cecah 1,001 HP
Automobili Lamborghini sebentar tadi telah melancarkan Lamborghini Revuelto. Ini spesifikasinya...
01-09-2023
Tiada Yang Tinggal, Semua Model ICE Lamborghini Habis Terjual
Klik untuk ketahui kenapa semua model ICE Automobili Lamborghini habis terjual.
10-07-2023
Pengganti Lamborghini Huracán Guna Enjin V8 Dengan Sistem Hibrid?
Lamborghini dikhabarkan bakal mengeluarkan supercar dengan enjin V8 turbo berkembar serta sistem hibrid.
21-09-2022
Lamborghini Urus Adalah Model Paling Laris
Lamborghini Urus kini masih lagi memegang takhta sebagai SUV Lamborghini yang paling laris dijual.
08-06-2022
Automobili Lamborghini Sertai Konvoi Sejauh 322KM
Sekumpulan Lamborghini menyertai konvoi di Scotland baru-baru ini.
07-02-2022
Ini Yang Dilakukan Lamborghini Untuk Capai Sasaran Neutral Karbon
Automobili Lamborghini ingin mempercepat usaha ke arah penyahkarbonan. Ini antara strategi yang digunakan...
17-11-2021
Bagi Menghormati Warisan Seni Bina, Sian Kelilingi Portico di Bologna
UNESCO mengiktiraf Portico di Bologna sebagai tapak warisan baru-baru ini.
18-10-2021
Ini Dia 5 Kereta Lamborghini Yang Paling Ikonik Dalam Sejarah
Antara model Lamborghini yang paling ikonik sepanjang kewujudannya yang masih ramai tak tahu.
07-10-2021
Berita Terkini
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan
Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!
08-04-2026
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.
08-04-2026
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki
Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.
07-04-2026
DENZA B8: SUV Off-Road Mewah Bakal Menggegarkan Jalan Raya Malaysia
ROI Denza B8 sudah dibuka.
06-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
