Ini Dia 5 Kereta Lamborghini Yang Paling Ikonik Dalam Sejarah
Jenama kereta sport mewah dunia, Lamborghini, keluaran negara Itali yang dilahirkan di kilang House of Sant’Agata Bolognese ini merupakan lambang kepada kecemerlangan dan inovasi dalam dunia automotif.

Dalam artikel ini, penulis kongsikan antara model Lamborghini yang paling ikonik sepanjang kewujudannya yang masih ramai tak tahu.
Model yang pertama, Lamborghini Marzal adalan kereta yang terkenal kerana menggunakan banyak permukaan kaca.

Dibangunkan sebagai grand tourer dengan empat tempat duduk, Marzal telah direka oleh Marcello Gandini untuk Carrozzeria Bertone.
Antara ciri yang menjadikan rekaan Marzal begitu unik sekali adalah bahagian dalamannya yang secara keseluruhannya menggunakan balutan kulit berwarna perak (silver).

Tema yang diketengahkan untuk rekaan Marzal ialah heksagon atau bentuk segi enam. Ciri heksagon ini boleh dilihat daripada bentuk papan pemuka, tingkap belakang dan juga potongan bentuk konsol.
Walau bagaimanapun, ciri yang paling menyerlah pada kereta ini ialah permukaan gelasnya yang besar, bersaiz 4.5 meter persegi merangkumi pintu gull-wing hinggalah ke bahagian bumbung.

Ini menjadikan Marzal sebagai kereta dengan permukaan kaca terbesar yang berfungsi sepenuhnya dalam sejarah.
Model menarik Lamborghini yang seterusnya ialah Lamborghini Miura, model yang dihasilkan oleh pasukan pereka termuda dalam sejarah jenama ini.

Daripada awal perjalanan keusahawanan pemilik syarikat, Ferrucio Lamborghini, beliau ingin membuka peluang kepada orang muda yang pintar dan berkebolehan. Idea inilah yang mencetuskan kelahiran projek Miura.
Dengan misi untuk mencabar pesaing-pesaing lain yang ada pada ketika itu, Ferrucio menggabungkan golongan-golongan profesional yang termuda dalam dunia automotif bagi menjayakan projek.

Proses rekrut dimulakan pada tahun 1966 dengan purata usia 29 tahun. Mereka yang direkrut ialah pereka Marcello Gandini, pemandu penguji Bob Wallace, ketua jurutera Gian Paolo Dallara dan pembantu jurutera Paolo Stanzani.
Lama-kelamaan anak-anak muda ini menjadi pakar dalam bidang masing-masing, membuktikan betapa Ferruccio Lamborghini memiliki pandangan yang sangat jauh tentang kebolehan mereka.
![]()
Kereta ini merupakan kereta pengeluaran besar-besaran untuk kegunaan jalan raya yang terendah pernah dihasilkan.
Pada tahun 1960-an, kereta berbumbung rendah untuk memantapkan ciri aerodinamik merupakan aspek paling kritikal yang dipertimbangkan pereka kereta sport ketika itu.

Dengan ketinggian hanya 1,055 mm, reka bentuk yang diketengahkan Miura masih lagi menjadi konsep penting yang digunakan Lamborghini sehingga kini.
Model yang seterusnya ialah Lamborghini LM002, model Super SUV pertama dalam sejarah yang telah dipertontonkan kepada orang ramai secara rasminya pada tahun 1986 semasa Brussels Motor Show.

Model terakhir dengan nama sama, LM002 yang memasuki proses pengeluaran pada asalnya merupakan projek penghasilan kenderaan berprestasi tinggi untuk tujuan ketenteraan.
Semasa pelancarannya, LM002 merupakan satu-satunya kenderaan seumpamanya dalam pasaran disebabkan reka bentuk dan juga prestasinya yang betul-betul canggih, sepertimana kereta super sport Lamborghini yang lain.

Enjin yang digunakan model ini ialah enjin 5167 cc yang dapat menghamburkan kuasa setinggi 450 hp pada 6,800 rpm, dengan kebolehan penggunaan di laluan off-road.
Dihasilkan hanya sebanyak 300 unit, badannya diperbuat daripada aluminium dan gentian kaca, merupakan sebuah kereta pacuan semua roda, dengan transfer-case 2 kelajuan bersama-sama pengunci diferensial tengah dan boleh melalui kecerunan 120 peratus.

LM002 merupakan satu-satunya Super SUV yang pertama dalam sejarah pada ketika itu. Pencapaiannya ini kembali diulangi dengan kehadiran Lamborghini Urus, model terbaharu Super SUV yang dikeluarkan secara besar-besaran.
Akhir sekali, model yang kelima ialah Lamborghini Countach, supercar pertama yang dihasilkan dengan 'scissor doors.'

Dihasilkan oleh Marcello Gandini pada tahun 1971, 'scissor doors' merupakan rekaan bukaan pintu kereta secara menegak yang kini menjadi ciri penting bagi kebanyakan kereta-kereta sport V12 keluaran Automobili Lamborghini.
Pintu sebegini menjadi penyelesaian kepada isu ruangan yang sempit di tempat parkir yang membuatkan pintu panjang tidak dapat dibuka.


Ciri Lamborghini yang ikonik ini boleh dilihat pada model-model kereta seperti Diablo, pewaris Countach, Murciélago, Reventón, Veneno, Centenario dan Aventador.
Seperti yang telah dibuktikan dalam artikel ini, Automobili Lamborghini telah mencatatkan banyak peristiwa penting dalam sejarah yang tidak mustahil akan diteruskan lagi pada masa akan datang.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF7809
SELANGOR
BSR5442
JOHOR
JA1337J
PULAU PINANG
PSD7184
PERAK
APJ7691
PAHANG
CFH1442
KEDAH
KGH308
NEGERI SEMBILAN
NEK8945
KOTA KINABALU
SJT426
KUCHING
QAB1845P
Terakhir Kemas Kini 14 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Lamborghini Revuelto Versi PHEV Dilancarkan – Hypercar PHEV V12, Cecah 1,001 HP
Automobili Lamborghini sebentar tadi telah melancarkan Lamborghini Revuelto. Ini spesifikasinya...
01-09-2023
Tiada Yang Tinggal, Semua Model ICE Lamborghini Habis Terjual
Klik untuk ketahui kenapa semua model ICE Automobili Lamborghini habis terjual.
10-07-2023
Pengganti Lamborghini Huracán Guna Enjin V8 Dengan Sistem Hibrid?
Lamborghini dikhabarkan bakal mengeluarkan supercar dengan enjin V8 turbo berkembar serta sistem hibrid.
21-09-2022
Lamborghini Urus Adalah Model Paling Laris
Lamborghini Urus kini masih lagi memegang takhta sebagai SUV Lamborghini yang paling laris dijual.
08-06-2022
Automobili Lamborghini Sertai Konvoi Sejauh 322KM
Sekumpulan Lamborghini menyertai konvoi di Scotland baru-baru ini.
07-02-2022
Ini Yang Dilakukan Lamborghini Untuk Capai Sasaran Neutral Karbon
Automobili Lamborghini ingin mempercepat usaha ke arah penyahkarbonan. Ini antara strategi yang digunakan...
17-11-2021
Bagi Menghormati Warisan Seni Bina, Sian Kelilingi Portico di Bologna
UNESCO mengiktiraf Portico di Bologna sebagai tapak warisan baru-baru ini.
18-10-2021
Lamborghini Countach LPI 800-4: Hanya 112 Unit Ditawarkan Di Seluruh Dunia – Apa Keistimewaannya?
Sempena ulang tahun Countach yang ke-50, Automobili Lamborghini telah mendedahkan kepada umum kehadiran Countach LPI 800-4
20-08-2021
Berita Terkini
Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti
Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.
13-07-2026
Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan
Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.
12-07-2026
4 Penunggang RXZ Maut
Empat penunggang motosikal Yamaha RX-Z maut dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
12-07-2026
Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar
Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.
10-07-2026
Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi
Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.
10-07-2026
Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura
Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.
09-07-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
