Porsche 911 GT2 RS Pecah Rekod Baharu Di Litar Nürburgring
Pada 14 Jun 2021, tercipta sejarah baharu apabila 911 GT2 RS berjaya mencatatkan masa pusingan terpantas di litar berkepanjangan 20.8 km Nürburgring Nordschleife, mengalahkan model kereta yang memegang rekod sebelum ini, Mercedes-AMG GT Black Series.

Naib Presiden Porsche bagi barisan model kereta 911 dan 718, Frank-Steffen Walliser berkata, "Pelanggan GT kami selalu menggunakan kereta mereka dalam litar, misalnya pada track day, oleh itu jurutera-jurutera di Manthey dan Porsche telah bekerjasama untuk membangunkan pakej yang ditala dengan sempurna bagi membolehkan 911 GT2 RS memiliki prestasi yang tinggi."
Manthey Performance Kit yang menjadi 'kelengkapan' bagi 911 GT RS telah dibangunkan hasil kerjasama antara jurutera Porsche di Weissach dan juga pakar-pakar Manthey di Nordschleife.

Pengarah pengurusan Manthey-Racing GmbH, Nicolas Raeder berkata, "Kami berbangga kerana Lars Kern dapat meningkatkan masa pusingan 911 GT2 RS dengan cara ini, terima kasih kepada Performance Kit yang dibangunkan bersama dengan Porsche yang dioptimumkan dalam pelbagai aspek."
Lars Kern mencatatkan masa terbaik bagi 911 GT2 RS yang berkuasa 690 hp (515 kW) pada 6:43.300. Masa yang dicatatkan ini berjaya mengatasi rekod sedia ada pada 6:48.047 yang telah dicapai oleh Mercedes-AMG GT Black Series. Masa yang berjaya dicapai Porsche adalah 4.747 saat lebih pantas berbanding Mercedes.

911 GT2 RS memecut laju dengan menggunakan satu set tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 R (boleh digunakan di jalan raya biasa) dengan purata kelajuan 185.87 km/j.
Tambah Kern, "911 GT2 RS melekat pada trek seperti gam dengan adanya Manthey Performance Kit. Rasanya seperti berada dalam sebuah kereta lumba lebih-lebih lagi bila bergerak laju di selekoh.


Manthey Performance Kit daripada Porsche Tequipment merangkumi bahagian cesi kereta, komponen aerodinamik dan brek, serta rim aloi magnesium ringan Weissach Package.
"Komponen individu daripada Performance Kit digabungkan dengan tepat antara satu sama lain. Kesemua peralatan ini berfungsi dengan efektif apabila dipasangkan bersama-sama. Disebabkan itu buat masa ini, kit ini hanya ditawarkan sebagai satu pakej penuh. Tawaran secara individu (atau berasingan) sedang dalam penilaian," tambah Naib Presiden Individualisasi dan Klasik Porsche AG, Alexander Fabig.

Komponen aerodinamik kereta terdiri daripada kepak pada bahagian spoiler depan. Kepak ini dapat meningkatkan daya kestabilan atau downforce pada gandar depan. Ciri aerodinamik kereta ditingkatkan lagi dengan penggunaan material karbon sebagai underbody dan juga elemen air guide pada roda depan.
Downforce gandar depan ditingkatkan daripada 49 kg kepada 70 kg pada 200 km/j. Sementara itu downforce gandar belakang pula daripada 93 kg kepada 200 kg dalam kelajuan yang sama.
Ciri aerodinamik lain ialah spoiler belakang baharu, peresap yang telah diberikan perubahan dan satu set cakera aero pada roda belakang.

Selain itu, ia turut digunakan ialah suspensi coil-over yang dioptimumkan untuk kegunaan litar dengan penyerap hentak hadapan yang boleh diselaraskan kepada tiga jenis tetapan berbeza dan empat tetapan pada bahagian belakang.
Ciri lain yang membantu meningkatkan prestasi kereta ialah pad brek perlumbaan yang khas bagi sistem brek seramik PCCB. Pad brek yang digunakan ini dapat mengurangkan kehausan brek dan dalam masa yang sama meningkatkan tahap responsif dan ketepatan kawalan.

Mengenai rim magnesiumnya pula, Weissach Package merangkumi satu set rim berdiameter 20 inci untuk bahagian depan dan satu set rim 21 inci untuk roda belakang. Set rim yang digunakan ini dapat mengurangkan berat sehingga 11.4 kg.
Rim ini ditawarkan dalam warna-warna seperti Brilliant Silver, Black, Aurum, White Gold Metallic dan Platinum hues.
"Dengan bahagian-bahagian yang baru dibangunkan ini, kami membuatkan kereta yang sudah sedia bagus untuk menjadi lebih baik. 911 GT2 RS dengan Manthey Performance Kit dihasilkan dengan sempurna bagi pelanggan yang ingin membawa kereta mereka di atas litar terutamanya di Nürburgring Nordschleife," ujar Naib Presiden GT Cars, Andreas Preuninger.
![]()
Manthey Performance Kit daripada Porsche Tequipment untuk 911 GT2 RS sudah boleh didapati di mana-mana Porsche Centre di Eropah. Kit ini bakal memasuki pasaran negara lain tidak lama lagi.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM1817
SELANGOR
BST1296
JOHOR
JC8435J
PULAU PINANG
PSE9277
PERAK
APK8472
PAHANG
CFH5129
KEDAH
KGH6528
NEGERI SEMBILAN
NEL5286
KOTA KINABALU
SJT6375
KUCHING
QAB4359P
Terakhir Kemas Kini 22 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Porsche Sambut Pengeluaran Taycan Yang Ke-100,000, Tahniah!
Porsche meraikan pengeluaran unit Taycan yang ke-100,000 baru-baru ini.
09-11-2022
Porsche Hangus, Mujur Pemandu Selamat!
Sebuah kereta mewah jenis Porsche musnah terbakar berhampiran banguanan Kellie’s Castle, Perak.
06-10-2022
Porsche Umum Ketibaan Porsche 911 Carrera GTS Cabriolet America Edition
Porsche mengumumkan ketibaan kereta sports paling istimewa, Porsche 911 Carrera GTS Cabriolet America Edition yang akan berada di bilik pameran dalam tempoh terdekat ini.
13-06-2022
Porsche Cayenne Adalah Model Pertama Pemasangan Tempatan
Kilang pemasangan kereta sport Porsche di Kulim, Kedah
29-03-2022
Kapal Kargo Yang Membawa Kereta Mewah Itu Diselubungi Asap Tebal
Kapal kargo yang membawa kira-kira 4.000 kenderaan termasuk Porsche, Audi dan Bentley, terbakar di kawasan perairan berhampiran Azores di Itali.
22-02-2022
Porsche Labur Dalam Cetakan 3D, Ini Sebabnya...
Porsche bercadang untuk memperkembang perniagaan melalui pembabitan dalam dunia pembuatan.
17-02-2022
Ketua Pegawai Eksekutif Porsche Tidak Melepaskan Peluang Mengikuti Perjalanan Itu
Ketua Pegawai Eksekutif Porsche Cars di Kanada, Marc Ouayoun mengunjungi tujuh pusat kereta Porsche yang terletak di seluruh Kanada baru-baru ini.
13-10-2021
Porsche Meraikan 50 Tahun R&D Di Weissach Dengan Pameran Inovatif
Muzium Porsche di Zuffenhausen menyambut tahun ke-50 penubuhan pusat penyelidikan dan pembangunan Porsche.
20-09-2021
Berita Terkini
Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu
Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.
21-08-2026
Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya
Geng basikal dinasihatkan berhati-hati mengayuh basikal di jalan besar.
21-08-2026
Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?
Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.
21-08-2026
China Hubungi MITI Nak Uji Kereta Terbang Di Malaysia?
Syarikat China Minat Jadikan Malaysia Untuk Uji Kereta Terbang.
20-08-2026
Kes Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori JIM: Pemandu Dibenar Ikat Jamin RM60,000
Rempuh Lampu Isyarat Hingga Meragut 3 Nyawa, Pemandu 'Black Maria' Mengaku Tidak Bersalah.
20-08-2026
Minyak Naik Beberapa Sen Sahaja
Antara Kenaikan Dan Ketenangan: Minyak Tanpa Subsidi Melambung, Bantuan BUDI Terus Jadi Penyelamat.
20-08-2026
Tiada Lagi Kesesakan Parah ke Pantai Timur? Projek RM2.1B KLK Diijangka Siap 2029
Sinar Baharu Pengguna KLK: Projek Pelebaran & Terowong Ketiga Atasi Kesesakan Musim Perayaan.
20-08-2026
Kekurangan Dana Bukan Halangan, KKR Cari Inovasi Moden Selenggara Jalan
AI: Langkah Inovatif KKR Tangani Jalan Menua.
20-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat