Kilang EV Foxconn Bakal Dibuka Di AS & Thailand Pada Tahun 2022

Pengeluar elektronik kontrak terbesar dunia, Foxconn telah mengumumkan perancangan mereka untuk membina kilang pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di AS dan Thailand pada tahun akan datang.
"Kami merancang untuk memulakan pengeluaran besar-besaran di AS dan Thailand pada tahun 2023. Selain di AS dan Thailand, kami juga sedang mengadakan perbincangan tentang kemungkinan lokasi lain di Eropah sebagai sebahagian daripada strategi jejak EV global kami," ujar Pengerusi Foxconn, Young Liu memaklumkan kepada pelabur dalam satu panggilan.

Bagi fasiliti di AS, Foxconn bercadang untuk membina EV untuk syarikat seperti Fisker. Dengan perjanjian yang telah ditandatangani pada bulan Mei, Foxconn sudah pun memulakan perancangan untuk menghasilkan EV bagi syarikat tersebut pada penghujung tahun 2023.


Selain itu, Foxconn juga dikatakan sedang berunding dengan tiga negeri di Amerika Syarikat untuk membangunkan kilang EV pertama mereka di Amerika Utara, termasuklah Wisconsin - yang telah berjanji untuk mengubah fasiliti sedia ada dengan pertukaran pelaburan sebanyak $10 juta.
Sementara itu, kilang di Thailand pula akan ditubuhkan dengan kerjasama syarikat minyak dan gas Thailand, PTT, untuk membangunkan platform pengeluaran EV dan komponen. Di peringkat permulaan, kilang ini akan lebih tertumpu kepada penghasilan produk untuk pasaran Thailand sebelum berkembang untuk tujuan eksport ke negara-negara lain dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).
Foxconn turut mengumumkan perancangan mereka untuk membeli kilang penghasilan cip daripada pengeluar cip memori di Taiwan dengan nilaian mencecah $90 juta. Tindakan ini diambil sebagai sebahagian daripada usaha untuk mendapatkan semikonduktor ekoran isu kekurangan cip di peringkat dunia.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7425
SELANGOR
BST4359
JOHOR
JD5680J
PULAU PINANG
PSF3086
PERAK
APL2341
PAHANG
CFH6187
KEDAH
KGH8563
NEGERI SEMBILAN
NEL6817
KOTA KINABALU
SJT8784
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 03 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pertama Kali Balik Kampung Guna EV: Realiti Sebenar Yang Ramai Tak Tahu!
Pertama Kali Balik Kampung Guna EV? Jangan Takut, Ini Sebab Kenapa Jem Raya Takkan Habiskan Bateri Anda!"
21-05-2026
4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda
Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.
26-03-2026
PERODUA Bakal Terajui EV Murah
PERODUA dilantik untuk menerajui pengeluaran kenderaan elektrik mampu milik di bawah NIMP 2030.
18-01-2024
Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20
Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20
27-06-2023
Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!
Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!
20-06-2023
Cuba Pelbagai EV Baharu Dari Hanya RM120/Hari Dengan GoCar
GoCar Malaysia telah mengumumkan penambahan model-model terkini kenderaan elektrik (EV).
22-05-2023
Gentari Dah Mula Pasang Pengecas EV Ke Luar Negara?
Gentari pasang pengecas kereta elektrik di Thailand
19-05-2023
Puluhan Ribu Pengunjung Hari Pertama Malaysia Autoshow
Orang ramai mula menyerbu Malaysia Autoshow 2023 berikutan cuti umum sempena Hari Wesak.
04-05-2023
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat