Ini Strategi Baharu Subaru Untuk Bersaing Dalam Pasaran EV

Subaru merancang untuk menubuhkan fasiliti penyelidikan dan pembangunan setinggi tujuh tingkat bernilai USD272 juta di Gunma, wilayah yang terletak di sebelah utara Tokyo. Perancangan ini dibuat sebagai persediaan untuk bersaing dengan pengeluar kereta EV yang lain pada masa akan datang.
Fasiliti ini dijangka akan dibuka pada tahun 2024 dan bakal membawa masuk sehingga 2,800 orang pekerja dan jurutera. Kewujudan fasiliti ini dapat membantu kakitangan bekerja dengan lebih efisien di bawah satu bumbung yang sama.
Berkenaan dengan rancangan jangka panjang syarikat, Subaru menyasarkan supaya EV yang dihasilkan dapat membekalkan sehingga 40 peratus daripada jualan keseluruhan global pada penghujung dekad ini. Model elektrik pertama Subaru iaitu Solterra, bakal dilancarkan tahun depan di negara Jepun, Amerika Syarikat, Kanada, Eropah dan China.

Solterra dibangunkan hasil kerjasama dengan Toyota dan dibina berdasarkan platform khas EV, e-Subaru Global Platform, teknologi yang seangkatan dengan e-TNGA daripada Toyota. Diumumkan pada tahun 2019, kerjasama ini diwujudkan dengan tujuan untuk menggabungkan modul dan komponen dalam pembinaan versi EV yang berbeza.
Usaha pembangunan kereta EV ini semakin diberikan perhatian memandangkan Subaru turut ingin merealisasikan rancangan mereka iaitu bagi mengurangkan sekurang-kurangnya sehingga 90% kadar emisi karbon dioksida daripada kereta-kereta yang dijual di seluruh dunia menjelang tahun 2050.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8297
SELANGOR
BST4507
JOHOR
JD6041J
PULAU PINANG
PSF3293
PERAK
APL2531
PAHANG
CFH6254
KEDAH
KGH8707
NEGERI SEMBILAN
NEL6915
KOTA KINABALU
SJT9017
KUCHING
QAB5172P
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual
10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.
03-09-2026
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard
Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.
03-09-2026
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam
Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal
03-09-2026
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat