ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Hyundai-Sime Darby Motors Rasmi Kona 1.6 N Line & 1.6 Turbo – Ini Ciri-Ciri Menariknya...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Beberapa hari yang lepas, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah merasmikan model  B-SUV Kona iaitu varian 1.6 N Line dan 1.6 Turbo. 1.6 N Line ditawarkan pada harga RM156,888, sementara itu, 1.6 Turbo pula pada harga RM146,888. Harga yang dinyatakan adalah untuk Semenanjung Malaysia, di atas jalan termasuk pengecualian Cukai Jualan Penjana, tidak termasuk insurans.





Kedua-dua varian 1.6 T-GDi dilengkapi dengan Smartstream G1.6 T-GDi yang berkuasa tinggi, enjin petrol 4 silinder sebaris berpengecas turbo yang digabungkan dengan  Smartsteam 7DCT – Transmisi Dwi Klac 7 Kelajuan generasi kedua yang boleh menghamburkan kuasa  sebanyak 198 PS pada 6,000 rpm dan 265 Nm tork pada 1,600-4,500 rpm.  Enjin Smartstream yang digunakan mampu memberikan prestasi dinamik yang lebih lancar. Sistem ini juga dapat mengurangkan  kadar pelepasan emisi dan menawarkan tahap penggunaan minyak yang lebih efisien.

 

Varian terbaharu ini juga dilengkapi dengan sistem keselamatan Hyundai Smartsense dan pelbagai teknologi bantuan pemandu. Set Hyundai Smartsense merangkumi Bantuan Mengelak Pelanggaran Titik Buta (BCA) dengan Bantuan Mengelak Pelanggaran Lintasan Trafik Belakang  (RCCA), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Bantuan Ikut Lorong (LFA), Kawalan Pelayaran Pintar dengan Stop & Go yang mengekalkan fungsi SCC walaupun kereta sedang berhenti sepenuhnya.  Ciri lain ialah Bantuan Mengelak Pelanggaran Hadapan (FCA), Amaran Perhatian Pemandu (DAW) dengan Amaran Pergerakan Kenderaan Hadapan (LVDA), Amaran Penumpang Belakang (ROA), Amaran Keluar Selamat (SEW) dan Bantuan Lampu Suluh Tinggi (HBA) yang mana kawalan tinggi-rendah lampu beroperasi secara automatik berdasarkan pengesanan lalu lintas hadapan.

 

Kona 1.6 Turbo memiliki ciri luaran dan dalaman yang sama dengan varian Kona 2.0 Active, kecuali dua ciri iaitu roof rack dan juga penggunaan dua warna pada badan kereta yang eksklusif hanya pada varian 1.6 Turbo.  Ciri penting bahagian luar kereta ialah reka bentuk bahagian depannya yang cukup menarik perhatian, lengkap dengan lampu DRL LED yang lebar dan halus serta gril tengah dengan rekaan yang unik. Pada bahagian belakang, ia menggunakan lampu baharu dengan reka bentuk yang melintang.

 

Untuk versi KONA N Line pula secara keseluruhannya ia menampilkan gaya yang lebih sporty dan progresif. Versi N Line memiliki lip yang berbentuk aerodinamik N-style dengan sirip tepi yang rendah ke bawah.

 

Bampar belakang menggunakan peresap aerodinamik tengah yang besar dengan warna yang kontra daripada badan kereta. Fascia bampar memiliki reka bentuk tajam dan dilengkapi dengan sirip N-style untuk aliran udara.






Kona 1.6 Turbo N Line dan 1.6 Turbo didatangkan dalam lima pilihan warna iaitu Surfy Blue, Dive in Jeju, Ignite Flame, Pulse Red, dan Misty Jungle. Setiap warna didatangkan dengan bumbung dua tona Phantom Black.  Bumbung dua tona bagi versi ini turut didatangkan dengan perumah cermin yang serasi dengan rekaan kereta. Ciri ini menampakkan kereta lebih sporty dan bergaya, memberikan pelanggan lebih banyak pilihan untuk mengekspresikan diri.  Selain itu, varian-varian terbaharu ini turut didatangkan dengan rim bersaiz 18 inci.









Kedua-dua varian Kona turut menampilkan reka letak baharu yang sama dengan Kona 2.0. Antaranya ialah ruang konsol, kluster digital 10.25 inci dengan skrin AVN 8 inci. Lengkap dengan fungsi sambungan kepada beberapa peranti Bluetooth dan juga sambungan kepada Android Auto dan Apple CarPlay. Ciri lain ialah brek parkir elektrik, teknologi pencahayaan ambien terkini yang akan menyalakan lampu pada bahagian pemegang cawan tengah, serta tempat letak kaki tepi bahagian pemandu dan penumpang. Terdapat juga kemasan aluminium di sekeliling speaker dan corong udara.

 

Sebagai alternatif kepada rekaan dalaman yang gelap, Kona 1.6 Turbo turut ditawarkan dalam kemasan berwarna lebih terang dan menyegarkan pandangan iaitu warna kuning air cerah pada panel pintu dan tempat duduk.




KONA didatangkan dengan jaminan selama 5 tahun atau 300,000 km, yang mana terdahulu, dan juga servis penyelenggaraan percuma selama 3 tahun atau sejauh 50,000 km, yang mana terdahulu.




Sesiapa yang berminat boleh membuat tempahan dalam talian melalui platform beli belah Hyundai, Cl!ck to Buy atau hubungi mana-mana pengedar Hyundai yang sah. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Careline Pelanggan Hyundai di 1-300-13-2000.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRA2444

SELANGOR

BSQ3640

JOHOR

JYX3040

PULAU PINANG

PSC5019

PERAK

APH6757

PAHANG

CFG6020

KEDAH

KGG2171

NEGERI SEMBILAN

NEK4872

KOTA KINABALU

SJR9999*

KUCHING

QAB8428N

Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

28-08-2024
Pandu Uji

12-04-2023
Berita Auto

Hyundai Kona Dilancarkan Di Malaysia: Harga Bermula Dari RM149,888 Hingga RM199,888

Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) secara rasminya melancarkan kenderaan elektrik pertamanya, Hyundai Kona Electric 2021.

23-11-2021
Berita Auto

Jangan Terlepas! Promosi 3 Hari Jualan Kereta Terpakai Diperakui Hyundai, Ada Jaminan 2 Ke 3 Tahun!

Beberapa unit kereta terpakai Hyundai yang diperakui akan ditawarkan dalam harga istimewa melalui Hyundai Promise

17-09-2021
Berita Auto

Alternatif Terbaharu: Program Pajakan Smart Hyundai Grand Starex Dilancarkan

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan Program Pajak Smart Hyundai Grand Starex yang menawarkan program sewa tiga hingga lima tahun yang membolehkan pemilikan Grand Starex tanpa rasa bimbang.

19-08-2021
Berita Auto

Hyundai Tawar Program Penghargaan Kepada Petugas Hadapan

Menyedari usaha petugas hadapan dalam memerangi krisis Covid-19, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) mengambil inisiatif dengan melancarkan Program Penghargaan Petugas Hadapan baru-baru ini.

17-08-2021
Berita Auto

Bayaran Tempahan Diskaun RM200 Guna Platform Beli-belah Dalam Talian Hyundai!

Hyundai-Sime Darby Motors telah memperkenalkan platform beli-belah dalam talian

08-06-2021
Berita Auto

Pelan Pembiayaan Untuk Pembelian Kereta Baharu

Hyundai-Sime Darby Motors (HDSM) memperkenalkan pelan pembiayaan baharunya yang menawarkan ansuran lebih fleksibel dan berpatutan sehingga sembilan tahun dengan pinjaman pembiayaan sebanyak 90 peratus sempena Sambutan Hari Raya.

11-05-2021

Berita Terkini

Kereta Baru

Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.

22-05-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.

22-05-2026
Kereta Baru

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.

21-05-2026
Kereta Baru

DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k

Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.

21-05-2026
Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru

Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.

14-05-2026
Kereta Baru

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.

13-05-2026
Kereta Baru

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.